Pelakon Ammar Alfian berkongsi rasa simpati terhadap Aaron Aziz selepas kenyataan dikeluarkan Syamsul Yusof mengenai punca ketiadaan aktor tersebut dalam filem The Original Gangster.
Ammar menerusi ruangan IG Story berkata, pengorbanan dan komitmen Aaron dalam menjayakan wataknya tidak seharusnya diperlekeh.
ARTIKEL MENARIK:“Baik Tak Payah Kalau Disuruh Buka Tudung” – Jawab Mia Sara Setelah Lama Tak Berlakon
“Saya DM tak dapat, jadi saya buat hantaran di sini.
“Hubungan kita mungkin tidak serapat hubungan abang dengan pelakon-pelakon lain, tetapi apabila mendengar penjelasan tentang apa yang berlaku, selepas semua kerja keras tidak di hargai… i can feel u,” akuinya.
Dalam pada itu, Ammar turut menawarkan dirinya untuk membantu Aaron menjalani latihan.
“Jika perlukan pertolongan, saya bersedia membantu pada bila-bila masa sahaja dengan sepenuh hati saya.
“Prove to people wrong by your action and dedication. Age is only a number. You can lose dem fat but never lose your dignity,” katanya memberi semangat.
Tambah Ammar lagi, dia masih mahu berlawan dengan aktor berusia 47 tahun itu.
Menerusi hantaran lain, Ammar sempat menitip pesanan positif buat kedua-dua aktor terbabit.
Menurut Ammar, adalah lebih baik sekiranya Syamsul dan Aaron dapat duduk berbincang kerana industri ini terlalu kecil untuk bermasam muka.
“Kan bagus dapat duduk cam ni berbincang. Tak perlu gaduh-gaduh berbalas aib masing-masing. Industri kita ni kecil sangat, pusing-pusing jumpa juga.
“Kita dah makin tua tak ada guna bermusuhan dan kita lelaki, kita tak bersikap macam perempuan, penuh emosi,” tegurnya.
Pun begitu, Ammar mengakui tiada hak untuk bercakap mengenai perkara tersebut berlebih-lebihan kerana dia tidak ada kaitan dengan hal yang berlaku.
“Aku tau aku tak ada kena-mengena dalam hal yang berlaku tetapi melihat mereka bergaduh begini dan orang lain pula sedang enjoy drama ini, aku tak suka.
“May these men settle it like man and move,” katanya.
Terdahulu, pelakon Aaron Aziz menerusi sebuah rakaman video mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku antara dia dengan Syamsul.
Kenyataan yang dibuat Aaron ternyata bertentangan dengan apa yang disebut Syamsul dalam sesi sidang media sebelum itu.
Syamsul mendakwa faktor usia, berat badan dan kesihatan menjadi punca Aaron digugurkan dari filem arahannya. – BOOM!
Kredit -
Post a Comment