Jika dahulu sebut sahaja nama Mia Sara Nasuha, pasti ramai mengenalinya.
Mula membuat debut lakonan ketika usianya setahun, diyakini ramai penonton amat menyukai kredibiliti pelakon cilik yang kini meningkat remaja.
ARTIKEL MENARIK:Farid Kamil Keluar Ayat Pasal Wanita Nama Diana Dipvkul Dan Tahun Ni Org Sama Pvkul Wanita Lain. Netizen Kaitkan Dgn Syamsul
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon, Mia mendedahkan terdapat syarikat produksi memintanya untuk membuka tudung sedangkan dia sudah berhijab sekian lama.
Mia Sara mula berlakon pada usia setahun.
Gadis berusia 16 tahun itu berkata, ramai menyangka dia sudah tidak aktif berlakon, tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak banyak tawaran.
“Nak suruh saya buka tudung, tak mungkin akan berlaku. Saya lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung demi memenuhi permintaan mereka.
“Saya akui, tawaran lakonan semakin berkurangan sejak mula mengenakan hijab. Ia tidak lebat seperti suatu ketika dahulu. Baru-baru ini pun masih ada tawaran yang meminta saya membuka tudung selepas diberitahu mengenai watak yang ditawarkan.
“Bukan sekali, ia berlaku berkali-kali. Lebih-lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan, bukannya sebab saya tak mahu berlakon,” ujar Mia.
Mia mula mencipta nama ketika bergelar pelakon kanak-kanak.
Dalam pada itu, Mia turut meminta pihak produksi diluar sana menghormati dirinya yang sudah berhijab.
“Apabila kurang berlakon, timbul pula andaian saya sudah tidak berminat berlakon lagi dan mahu fokus pada pelajaran.
“Saya minta sangat pihak luar menghormati pendirian saya yang sudah bertudung. Saya pakai tudung bukan atas paksaan sesiapa, ia hadir atas kerelaan hati,” akuinya.
Mia merupakan antara aktres yang pernah mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak seiring eranya seperti Puteri Balqis, Rykarl Iskandar, Jay Nazif dan Muhammad Arif Abdullah.
Kini peralihan usia membawa Mia sebagai antara nama yang dilihat mampu menjadi pelapis dalam industri drama dan perfileman tempatan. – BOOM!
Kredit - Boom! Malaysia.
إرسال تعليق