Satu Persatu Rezeki Hafidz Roshdi Hilang, Penerbit A.Aida Beritahu Kenapa Tidak Akan Ambil Dia Berlakon Kecuali Hafidz Buat Ini

Susulan kontroversi panas yang terpalit dengan pelakon Hafidz Roshdi, penerbit popular Datuk A Aida enggan memberi peluang kepada pelakon itu berlakon dalam drama atau filem terbitan syarikatnya.

Satu Persatu Rezeki Hafidz Roshdi Hilang, Penerbit A.Aida Beritahu Kenapa Tidak Akan Ambil Dia Berlakon Kecuali Hafidz Buat Ini



Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sensitiviti masyarakat yang terkesan selain tidak mahu ‘merisikokan’ karya terbitannya.


ARTIKEL MENARIK:5 Tahun Hilang, Keadaan Cico Semakin Baik Dan Siap Menyanyi. Ibunya, Uji Rashid Luah Rasa Syukur


“Apa yang dilakukan (Hafidz) menyentuh sensitiviti masyarakat dan membuat penonton beremosi. Ini tidak bagus untuk syarikat produksi saya jika perkara seumpama itu terjadi.

“Disebabkan itu, saya tidak akan ambil pelakon seperti dia. Kalau dia ada, drama saya mungkin tiada ‘rating’. Ini salah satu kemungkinan sahaja. Sama ada drama itu ‘meletup’ atau dikecam. Jadi seboleh mungkin saya cuba mengelak,” katanya.

Akan Ambil Semula Berlakon Jika Hafidz Buat Ini


Menurut A Aida, dia bagaimanapun tidak berniat menutup periuk nasi pelakon itu selama-lamanya dan sedia menawarkan sebarang watak jika pelakon itu menyesal atas perbuatannya itu.

“Saya ambil contoh, Ismail Izzani yang sedang menjayakan penggambaran bersama syarikat produksi saya. Dalam kes ini, saya tiada masalah.

“Apa yang saya tahu, masalah Ismail bersifat peribadi. Namun, kalau masalah artis membabitkan orang lain seperti mengasari wanita dan menyentuh sensitiviti masyarakat, saya tidak akan ambil berlakon.

“Ismail bagi saya, pelakon yang bagus. Setiap hari dia datang ke lokasi penggambaran mengikut jadual yang ditetapkan. Dia tiada masalah dan sanggup belajar,” katanya.

Terdahulu Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat dalam laman media sosial susulan isu curang.

Khamis lalu, isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata.

Hafidz dilapor menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain, A Aida berkata, dia masih bertindak sebagai penyedia kandungan untuk saluran Salam HD.

“Dalam sebulan, kami buat penggambaran untuk lima hingga enam judul. Disebabkan sibuk dengan Salam HD, bagi stesen lain, saya hanya fokus untuk TV3,” katanya.




“Melingkup Lah Kau Tak Ada Job” – Netizen Minta Pihak Produksi Boikot Hafidz Roshdi


Ternyata tindakan Hafidz itu mengundang pelbagai reaksi daripada kebanyakkan pihak yang rata-ratanya berang dengan pelakon Bisik-Bisik Gelora itu yang menaikkan tanggan kepada isterinya.

Terkini, berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan berpendapat Hafidz patut digam daripada industri hiburan tanah air.

Malah, ramai menyuarakan agar penerbit dan pengarah tempatan untuk memboikot Hafidz daripada mana-mana stesen televisyen (TV).


Lebih mengejutkan, ada juga netizen yang berpendapat sekiranya terdapat mana-mana penerbit ataupun pengarah yang mengambil Hafidz berlakon tidak akan menguntungkan.

Sehingga kini, Hafidz masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan mengenai kemelut rumah tangganya itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon lelaki yang menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis pada Sabtu.

Februari lalu, Nurul Shuhada tampil mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Sumber : HMETRO ONLINE / XTRA


Kredit -two.e-kesah

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post