Mendapan tanah besar di Lebuh Raya Karak, trafik sesak kedua-dua arah

BENTONG – Kejadian mendapan tanah iaitu ‘sinkhole’ dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 66.1 arah Timur dan Barat Bentong, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, sebentar tadi.

Mendapan tanah besar di Lebuh Raya Karak, trafik sesak kedua-dua arah



Menurut laporan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Twitternya tadi, kejadian mendapan tanah itu telah menghalang lorong kiri dan kanan.

ARTIKEL MENARIK:Jangan keliru makluman ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan’


“Pengguna dinasihatkan untuk ambil susur keluar ke bandar Bentong,” ujarnya.

Jelasnya, trafik sesak di kedua-kedua arah susulan kenderaan tidak boleh melalui jalan raya itu.




Meninjau komen di ciapan terbabit, Kosmo! mendapati pengguna jalan raya mendakwa mereka terpaksa berpatah balik secara lawan arus akibat insiden berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Kredit -Kosmo Digital


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post