“Jgn belagak terima anugerah tu..”- Qistina Raisah Perli? Sekali Bell tampil sekolahkn dia..

Memulakan karier lakonan sejak berusia empat tahun, pelakon remaja, Qistina Raisah, 15, mendedahkan dirinya sudah lama menyimpan hasrat untuk menggengam trofi bagi sesuatu anugerah.

“Jgn belagak terima anugerah tu..”- Qistina Raisah Perli? Sekali Bell tampil sekolahkn dia..



Namun begitu, pemilik nama Nur Qistina Mohd Kamarul Azri menyerahkan segala kepada rezeki, apatah lagi ramai di kalangan selebriti senior masih belum memenangi sebarang trofi sepanjang penglibatan mereka dalam industri hiburan tanah air.

ARTIKEL MENARIK:“Netizen Macam Kau Kan B*doh..” – Dituduh Sikap Kasar Jadi Punca Cerai, Puteri Sarah Balas Komen Netizen Biadab


“Saya sangat teringin (anugerah) tetapi ia bergantung pada rezeki… ramai artis hebat lain pun tidak menang anugerah lagi,”katanya.

Anugerah tu tiada apa-apa pun…

Qistina berkata, dia tidak kisah sekiranya tidak memenangi anugerah sekalipun dan menganggap ia ‘tiada apa-apa’ namun bersyukur sekiranya dikurniakan rezeki tersebut.

“Bagi saya anugerah itu ibarat itu sahaja, macam tiada apa-apa.
“Tapi, kalau dapat Alhamdulillah. Tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki,”ujarnya.

Dalam pada itu, bintang filem Rahsia menasihati para selebriti yang telah pun menerima anugerah untuk tidak memandang hina atau rendah kepada mereka yang masih belum mendapat pengiktirafan sebagai anak seni.



Katanya, setiap pelakon masih perlu belajar biarpun mereka telah menerima anugerah.

“Semua orang ada perasaan. Jangan hina atau pandang rendah kepada sesiapa yang dah menang anugerah atau sebaliknya.
“Siapa dah menang, itu rezeki. Tapi setiap kali berlakon, kita kena belajar lagi,”jelasnya



Ini Jawapan Bell:

Menepati ramalan rakyat Malaysia, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular dalam Anugerah Bintang Popular 35 (ABP) di Istana Budaya, malam ini.


Kemenangan tersebut merupakan satu penghargaan buat Bell selepas 37 tahun tidak pernah merangkul sebarang anugerah.

Bell yang popular menerusi watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa terharu dengan sokongan ramai sehinga melayakkan dirinya merangkul trofi tersebut.

Menerusi kategori Artis Komedi Popular, Bell berentap dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Nama Bell juga muncul sebagai 10 artis meraih undian tertinggi ABP termasuk Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Meerqen dan Siti Nordiana.

Sumber: FUH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


Kredit -Rakan Media Network


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post