“Korang Yang Viral Jangan Kaitkan Saya” – Netizen ‘Flashback’ Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik, Haneesya Hanya Mampu Ketawa

Tiba-tiba sahaja nama pelakon dan model, Haneesya Hanee menjadi bualan netizen gara-gara tindakan sesetengah netizen yang mengungkit kembali kisah lamanya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja sekitar empat tahun yang lalu.

“Korang Yang Viral Jangan Kaitkan Saya” – Netizen ‘Flashback’ Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik, Haneesya Hanya Mampu Ketawa



Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 32, berkata dia hanya mampu ketawa apabila perkara itu dibangkitkan semula apatah lagi nama selebriti lain turut dikaitkan dalam hal tersebut.

ARTIKEL MENARIK:“Apa Uncle Merapu Ni?” – Kekasih Anak ND Lala Berang Nama Kena ‘Petik’, Dakwa Kenyataan Penafian Adalah Palsu



Aku ni dah lama tak buka twitter. Tiba-tiba dapat notification banyak masuk. Saya tak tahu apa yang berlaku tetapi apabila baca tentang kisah silam, saya akan gelak.




Haneesya membuat ciapan itu sebagai respon kepada netizen di aplikasi X yang membangkitkan kembali punca gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik.

Dalam ciapan asal, seorang individu meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui seorang selebriti popular yang namanya dikenali sehingga di Indonesia menjadi punca gelaran Dewi Remaja milik Haneesya Hanee ditarik balik.

Hold up aku ni dh lama tk bukak twitter, ttb notification bnyk masuk. Idk what’s happening but the moment i read about my past story I WILL LAUGH. Korang ni aku gelak pun salah HAHAHAHAHAHAHAHAHHAAH
Segala mak nenek silam aku korang ungkit?
Org lain yg viral tlg jgn kaitkn i https://t.co/pwGwlYnxpi

— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) September 7, 2023

Korang ni aku gelak pun salah. Segalam mak nenek kisah silam aku korang ungkit. Orang lain viral tolong jangan kaitkan dengan saya.

Terdahulu, Haneesya menjadi bualan hangat netizen ketika itu apabila sebuah video memaparkan beberapa peserta Dewi Remaja edisi itu berhibur di kelab malam dan memegan gelas minuman keras.


Kredit -beautifulnara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post