Seorang suami mendakwa telah ‘dimadukan’ oleh isterinya selepas mendapat tahu tentang perkahwinan kedua wanita itu di Terengganu, April lalu.
Menurut Rahaman Mohamed Jaafar, dia mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 32 tahun itu pada Januari 2019 dan mereka bernikah di Narathiwat, Thailand.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Ramai mahu sedekah rider Foodpanda motosikal baharu
Kata lelaki berusia 47 tahun itu, perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lepas dan telah didaftarkan di pejabat agama.
Namun, sejak Januari tahun ini isterinya itu tiba-tiba menghilangkan diri selepas keluar dari rumah mereka dan pada April lalu dia mendapat tahu bahawa wanita itu telah berkahwin.
Isteri daftar kahwin dengan lelaki lain
Jelas Rahaman lagi, dia sendiri telah membuat semakan dan mendapati isterinya ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment