KEMELUT rumah tangga yang sedang dilalui Bella Astillah memberikan kesan cukup besar buat pelakon itu sehingga dia dikatakan hilang selera makan dan tidak mampu tidur lena.
Perkara itu dikongsi oleh rakan artis iaitu Puteri Sarah Liyana yang turut memaklumkan fizikal Bella juga kelihatan berbeza selepas kontroversi membabitkan suaminya menjadi bualan hangat.
ARTIKEL MENARIK:Anak-anak tak tahu masalah rumah tangga – Bella Astillah
“Dia masih tidak boleh terima apa yang terjadi. Dia tidak boleh makan, tak boleh tidur. Dia kurus sangat,” katanya.
Rumah tangga Aliff dan Bella kini menjadi perhatian ramai.
Puteri Sarah memberitahu perkata itu dalam sesi siaran langsung di laman TikTok ketika dia sedang melakukan jualan produk.
Dalam pada itu, Sarah turut memohon orang ramai mendoakan Bella supaya kuat berdepan ujian berkenaan.
“Pada hari pertama Ramadan ini , jom sama-sama kita mendoakan Bella Astillah. Semoga dipermudahkan semua urusan.
“Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja..semoga dia kuat dan tabah,” ujarnya.
Sementara itu, rata-rata peminat turut meluahkan rasa simpati terhadap Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, selepas kecoh isu suaminya iaitu pelakon Aliff Aziz ditangkap berkhalwat pada Sabtu lalu.
Aliff ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Bella juga dikhabarkan menarik diri dari terlibat dengan penggambaran drama Terjerat.
Mereka kemudian dibebaskan denga jaminan pada sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.
Sementara itu menerusi perkongsian di laman Instagram sebelum ini, Bella memaklumkan dia menarik diri dari terlibat dalam penggambaran drama Terjerat yang turut menggandingkan Aliff serta Ruhainies sebagai watak utama.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -Slamber Media
Post a Comment