Zulfarhan dibuli secara melampau – Pendakwaan

PUTRAJAYA – Pihak pendakwaan berhujah di Mahkamah Rayuan hari ini, Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dibuli secara melampau oleh sekumpulan penuntut universiti itu, tujuh tahun lalu berhubung dakwaan kecurian komputer riba yang tidak dibuktikan.

Zulfarhan dibuli secara melampau – Pendakwaan



Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai berhujah, enam bekas penuntut itu memilih Zulfarhan dan menderanya termasuk menekap alat sulit dengan seterika wap untuk mencungkil maklumat berhubung kehilangan komputer riba milik salah seorang daripada mereka, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal.

ARTIKEL MENARIK:Seorang anggota tentera maut, lima cedera trak terbabas elak kereta


Hujah beliau, kecederaan yang dialami oleh mangsa mencukupi bagi membuktikan elemen membunuh dengan niat seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mesej perlu disebarkan kepada masyarakat bahawa perbuatan buli melampau sehingga membawa kepada kematian perlu dibalas dengan hukuman mati.

“Kamu melakukan jenayah sehingga kehilangan nyawa, jadi kamu harus membalasnya dengan nyawa,” hujah Mangai.

Beliau memohon rayuan itu dibenarkan dan keenam-enamnya disabitkan di bawah Seksyen 302 atas pertuduhan membunuh dengan niat yang mewajarkan hukuman mati dikenakan terhadap mereka.

Mangai turut memohon panel itu mempertimbang kenyataan impak mangsa milik ibu Zulfarhan, Hawa Osman yang pernah dibaca di mahkamah yang antara lain menyatakan kejadian yang berlaku memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarganya.




Ujar Mangai, kesihatan ibunya terjejas selain mengalami katarak yang serius akibat kerap menangis ekoran kesedihan melampau serta mengalami darah tinggi kerana sukar tidur.

Menurut pihak pendakwaan, kejadian itu menyebabkan wanita tersebut trauma untuk melepaskan anak-anak lain menyambung pengajian di peringkat tertinggi kerana bimbang kejadian berulang.

“Ibu Zulfarhan juga tidak membenarkan anak-anak lain memasuki badan beruniform dan memberikan tanggapan negatif ke atas badan beruniform yang meragut nyawa anaknya,” ujar Mangai.

Rayuan yang didengar di hadapan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin bersambung esok. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post