Anak sulung Noh Salleh, Athira meninggal dunia

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi khabar duka apabila anak pertama yang dikandung isteri, Fatin Athira meninggal dunia tujuh bulan lalu.

Anak sulung Noh Salleh, Athira meninggal dunia



Khabar tersebut dikongsikan Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, dalam Instagramnya sambil memandang positif terhadap ujian yang dilalui.

ARTIKEL MENARIK:Dulu dibenci sekarang dah ada yang rindu – Ali Puteh


“Hari ini 22 September genap tujuh bulan kami kehilangan anak dalam kandungan.

“Kalian tak tahu kan? Dalam kesukaran berjuang untuk Musa, kami juga bergelut memastikan anak di dalam kandungan sihat namun, Tuhan jemput dia awal.

“Segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain perbaiki diri sebagai suami isteri,” katanya.

Bagaimanapun, Noh tidak menyatakan dengan lebih terperinci mengenai bayi itu.

Dalam masa sama, pelantun lagu Pagi Yang Gelap itu bersyukur dikelilingi orang baik selain sempat menamakan bayi itu dengan nama Julian.

“Meskipun perit nak lalui segala yang aneh tetapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih ‘steady’ serta tenang sebab kami berjuang pertempuran hebat dan menang.




“Beruntung kami di kelilingi orang-orang baik, teman-teman dan keluarga yang tidak henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani pergi ke kubur sementara kami tidak stabil mental dan emosi.

“Kami juga namakan anak kami Julian. Insya-Allah semoga Tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengan dia nanti,” ujarnya.

Selain itu, Noh memuat naik hantaran tersebut pada hari ini sempena ulang tahun perkahwinan pertamanya dengan isteri. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post