Satu pasangan suami isteri Orang Asli dari Pekan, Pahang mendesak agar pihak polis mendedahkan sebab mereka tidak dibenarkan melihat CCTV setelah anak mereka dilaporkan mati ketika dalam tahanan lokap IPD Pekan pada 4 Mei lalu.
Lapor Sinar Harian, Noriah Hitam,51, dan suami, Me King King,58, berkata pihak mereka langsugn tidak dimaklumkan mengenai perkembangan kes kematian anaknya, Norazman Me,25, yang ditahan kerana terlibat dalam kes curi motosikal.
ARTIKEL MENARIK:‘Kau keluarkanlah si pelaku dari tempat persembunyiannya’
Kata Noriah, mereka hanya diberitahu siasatan kes dijalankan pasukan polis dari Bukit Aman.
Sekarang sudah hampir lima bulan kejadian berlaku namun kami langsung tidak menerima sebarang maklum balas daripada polis. Saya tidak puas hati dan mendesak siasatan kematian anak saya dilakukan secara terperinci dan adil.
Noriah juga kesal kerana dia dan suami tidak dibenarkan untuk melihat rakaman CCTV lokap bagi melihat kejadian sebenar yang berlaku.
4 Mei lalu kira-kira jam 3 pagi, kami dapat panggilan daripada polis memaklumkan anak lelaki saya meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke HTAA untuk proses bedah siasat.
Mayat diserahkan kepada keluarga setelah selesai bedah siasat untuk dibawa pulang dan dikebumikan.
Selepas itu, kami langsung tidak menerima sebarang jawapan kes ini walaupun beberapa kali cuba menghubungi pegawai terlibat melalui panggilan telefon dan WhatsApp untuk mengetahui perkembangannya.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihak mereka sudah melakukan siasatan awal berkenaan insiden kematian tahana berkenaan.
Kes ini telah dibuka kertas siasatan SDR (mati mengejut) selepas kejadian. Saya juga bersedia untuk bertemu dengan keluarga mangsa bagi tujuan penjelasan lanjut berkaitan kes itu.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment