“Sebagai Isteri Dan Ibu, Saya Mahukan Yang Terbaik” – Nur Fazura

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura enggan memberikan sebarang komen penuh mengenai situasinya kini setelah ditemui usai sahaja sebutan kes perceraian yang diadakan pagi tadi.







Masih lagi bergelar isteri kepada Fattah Amin, Fazura yang berhadapan media di mahkamah dilihat kekal tenang setelah dia nekad memfailkan perceraian pada 13 September lalu.


ARTIKEL MENARIK:Fazura akan saman penyebar fitnah



Tiada apa-apa yang hendak saya komen hari ini. Sebagai isteri dan ibu saya hanya mahukan yang terbaik. Berdiam lebih baik. Keadaan saya tenang sahaja.

Difahamkan, sebutan kali kedua bakal diadakan pada 7 Oktober ini.




Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman memaklumkan pihaknya akan meneliti cadangan yang diberikan Fattah namun tidak dapat mendedahkan ia kepada umum.


Kredit -beautifulnara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم