Terpaksa jual penutup subang isteri baiki motosikal

PETALING JAYA – Tindakan seorang warga emas menjual penutup subang isterinya di sebuah kedai emas di Kuantan mengundang sebak orang ramai.

Terpaksa jual penutup subang isteri baiki motosikal



Kakitangan kedai emas berkenaan memaklumkan, lelaki itu yang merujuk dirinya sebagai ‘pak cik’ turut bertanya, berapa pulangan yang bakal diperolehi jika barang tersebut dijual.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Mara, Yayasan Darul Hanan bantu tiga beradik yatim piatu di Tanah Merah


“Kena periksa juga guna asid. Nak tengok emas atau tidak. Dua-dua asid kita titis, semua warna kekal. Jadi memang betul 916,” katanya di Facebook.

Dengan berat 0.19 gram, ia dinilaikan dengan wang sebanyak RM57 namun kakitangan kedai berkenaan menggenapkan ia kepada RM60 sekali gus membuatkan lelaki itu gembira.

“Alhamdulillah dik, nak tukar tayar motosikal pak cik sebab dah pecah,” kata lelaki itu ringkas.

Hantaran itu mengundang sebak orang ramai, malah ada juga yang berkongsi pengalaman serupa.




“Sama macam kisah saya. Terpaksa buka subang sepasang bagi suami gadai dekat kedai emas yang jauh dari tempat kereta kami rosak. Sudah la tengah bawa bayi baru lahir keluar dari hospital lepas bersalin,” kongsi seorang pengguna.

“Aku tak boleh betul la benda-benda macam ni,” luah Shikon Shafei.

“Menitik air mata saya. Terbayang ayah sendiri bila perlukan pertolongan. Semoga pak cik ni sihat selalu, dipermudahkan urusan mencari rezeki,” kata seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post