Melalui laporan Gempak, pelakon veteran terkenal, Fauziah Ahmad Daud menasihati mana-mana pelakon yang menyimpan cita-cita tinggi mahu memenangi Anugerah Akademi Hollywood atau lebih dikenali sebagai Oscar agar belajar untuk menjiwai watak dalam sesebuah karya dahulu.
Baiki lakonan sebelum simpan cita-cita tinggi
ARTIKEL MENARIK:‘Nak jadi P. Ramlee, tahu tak mati nanti pun susah’
Kata Fauziah Ahmad Daud atau mesra dikenali sebagai, Kak Ogy, seseorang pelakon perlu memperbaiki seni lakonan sebelum menyimpan cita-cita tinggi.
Tidak salah jika kita berfikiran secara global tapi saya pernah menonton lakonan pelakon ini. Sebagai seorang kakak dan seniwati, pelakon itu perlu memperbaiki seni lakonannya. Kalau saya cakap lebih-lebih macam ni pun, pelakon itu mungkin tak faham.
Dalam pada itu, Kak Ogy turut menyaran pelakon berkenaan untuk menjiwai watak lebih mendalam bagi memantapkan lagi lakonannya.
Tak pandang rendah
Tapi ramai pelakon baru yang hanya melontarkan dialog tetapi tidak mampu memasuki ke dalam watak tersebut.
Namun begitu, pelakon veteran itu sama sekali tidak memandang rendah terhadap impian pelakon tersebut untuk memenangi trofi di anugerah berprestij itu.
Bahkan, turut menyokong dan mendorong pelakon itu untuk kekal berusaha dalam merealisasikan impian tersebut.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment