Pejalan kaki maut dihempap Myvi yang dipandu laju

Seorang wanita meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Myvi di MRR2, Exit Taman Melawati menuju ke Hulu Kelang, semalam.

Pejalan kaki maut dihempap Myvi yang dipandu laju
Pejalan kaki maut dihempap Myvi yang dipandu laju
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi Khamis, mangsa yang sedang berjalan kaki di laluan pejalan kaki ke tempat kerjanya dihempap oleh kereta Myvi.

ARTIKEL MENARIK:

Mangsa yang dikenali sebagai Makcik Tuni oleh penduduk Kampung Setia Jaya dan bekerja sebagai tukang urut sering menggunakan laluan itu sejak 22 tahun lalu, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Menurut sumber, lelaki berusia 19 tahun yang memandu kereta Myvi itu hilang kawalan ketika melalui selekoh di jalan tersebut sebelum berpusing lalu menghempap mangsa.

2.jpg

3.jpg

5.jpg

6.jpg

7.jpg


Berdasarkan video rakaman dashcam seorang pemandu kereta, kereta Myvi itu terdahulu dilihat memandu secara berbahaya dan hampir melanggar kereta perakam video tersebut.

9.jpg

10.jpg

Difahamkan, kawasan tersebut merupakan kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut terutamanya di waktu malam di mana lampu jalan tidak menyala dan musim hujan.

11.jpg

Sumber: Orang Wangsa Maju via The Reporter



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post