7 sebab Anwar Ibrahim bukan calon terbaik PM ke-8

DISYAKI mempunyai hubungan rapat dengan kuasa luar yang mungkin mengancam kedaulatan negara. Selama ini beliau gagal membuktikan pelbagai tuduhan menjadi ejen kuasa luar terutama Amerika Syarikat

7 sebab Anwar Ibrahim bukan calon terbaik PM ke-8
7 sebab Anwar Ibrahim bukan calon terbaik PM ke-8

2. Amat mesra DAP yang merupakan parti rasis cauvinis yang sangat ekstrem menentang perpaduan, semangat nasional dan Perlembagaan Persekutuan. DAP juga merupakan punca utama Tun M terpaksa meleburkan PH

  ARTIKEL MENARIK: Semua komponen PH calonkan Anwar PM ke-8



Loading...
loading...
3. Terkenal dengan tindakan tidak demokratik dan membelakangkan mandat rakyat dalam Langkah Kajang pada tahun 2014 dan Langkah Port Dickson pada tahun 2018. Adakah tahun 2020 akan mencatatkan Langkah Kiri bagi beliau?

4. Telah kehilangan seniority dalam Kabinet selama lebih kurang lapan tahun akibat meringkuk dalam penjara kali pertama dari 1999 hingga 2004 dan kemudian dari 2015 hingga 2018. Beliau juga tidak digemari Perdana Menteri ke-7 Tun M pasca PRU-14. Hanya masa yang akan menentukan jika Tun M menggunakan teknik yang sama kali ini untuk menghalang kemaraan Anwar bagi menjadi Perdana Menteri ke-8

5. Telah tua dan tidak sihat. Walaupun Tun M jauh lebih tua, riak wajah beliau lebih kelihatan letih, tertekan dan sakit. Mungkin disebabkan layanan yang diterima sepanjang tempoh beliau dalam penjara. Atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan politik yang begitu kuat dari dalam dan luar negara


6. Terkini parti-parti yang menyokong Anwar sebagai PM ke-8 adalah DAP, khadamnya PAN serta sebahagian PKR. Statistik menunjukkan 2 per 3 daripada ahli Parlimen yang menyokong beliau adalah bukan Islam. Boleh anda bayangkan barisan Kabinet yang bakal terbentuk jika Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri? Sudah tentulah jawatan menteri dan timbalan menteri akan didominasi oleh ahli Parlimen DAP dan PKR yang bukan Islam dan antinasional (lebih ramai berbanding Kabinet PH sebelum ini)


loading...
7. Tiada track record kepimpinan peringkat nasional atau dunia yang membanggakan kerana sejak menjadi Menteri Kewangan 1991 hingga 1999 dan Timbalan Perdana Menteri 1993 hingga 1999, beliau sentiasa dibayangi Tun M.

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA


Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم