Anwar dakwa masih ada sokongan bentuk kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 5 Rejab 1441H, Sabtu – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau masih mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menghidupkan semula kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Anwar dakwa masih ada sokongan bentuk kerajaan PH
Anwar dakwa masih ada sokongan bentuk kerajaan PH

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi menerusi akaun Twitter @anwaribrahim, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menyatakan bahawa Ahli Parlimen yang berikrar untuk menyokong beliau telah berbuat demikian secara individu, merujuk kepada temu bual empat mata Yang di-Pertuan Agong dengan Ahli Parlimen untuk mengetahui siapa yang mereka pilih sebagai perdana menteri bagi menamatkan krisis politik semasa yang melanda negara ini.  

  ARTIKEL MENARIK: Peletakan jawatan Tommy kemenangan rakyat Malaysia



Loading...
loading...
“Saya tahu sesetengah Ahli Parlimen di pihak sebelah sana tidak gembira kerana pemimpin parti mereka telah merampas suara mereka,” katanya. 

Anwar kemudian mengakhiri hantaran itu dengan: “Marilah kita jayakan proses demokratik ini. InsyaAllah.”

Terdahulu, ketika memberikan maklum balas kepada Istana Negara yang meminta parti politik menamakan calon mereka untuk jawatan perdana menteri, Bersatu, Barisan Nasional dan PAS telah mengumumkan bahawa pilihan mereka ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, DAP, Bersatu dan Amanah, tumbang pada Isnin selepas Bersatu dan 10 ahli parlimen PKR keluar parti dan pakatan itu.





loading...
Susulan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai perdana menteri namun dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong.  – Bernama
Via

-----------------------------------------------------------------
loading...

1 تعليقات

  1. Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT

    More than 160 thousand men and women are losing weight with a easy and SECRET "water hack" to lose 1-2 lbs every night while they sleep.

    It is easy and works with everybody.

    This is how to do it yourself:

    1) Get a clear glass and fill it half glass

    2) Now learn this weight losing hack

    and be 1-2 lbs lighter in the morning!

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم