Budak maut dicampak nenek tirinya dari tingkat 6

Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemui di lantai pangsapuri dengan kesan darah dalam kejadian jam 5.30 pagi Sabtu lalu di Mumbai, India.

Budak maut dicampak nenek tirinya dari tingkat 6
Budak maut dicampak nenek tirinya dari tingkat 6
Jiran yang mengenali mangsa, Jiya Ansari, kemudian memaklumkan penemuan mengejutkan itu kepada keluarga mangsa.

  ARTIKEL MENARIK:  Suami cukur kepala isteri kerana bengang temui rambut mangsa dalam hidangan breakfast


Loading...
loading...
Mangsa terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Siasatan awal pihak polis mendapati tingkap dan pintu rumah itu berkunci dan menimbulkan rasa curiga. Malah, posisi mangsa ketika ditemui juga menunjukkan dia seperti dicampak keluar.

Ekoran itu, polis mengesyaki individu yang melakukan perbuatan itu merupakan ahli keluarga mangsa sendiri.


Suspek, iaitu nenek tiri mangsa, akhirnya mengaku mencampak mangsa keluar dari tingkap. Suspek berkata, dia bertindak sedemikian kerana tidka menyukai cucu perempuan dan sentiasa 'terganggu' apabila mangsa bermain di rumah.


loading...
20 hari sebelum kejadian itu juga, suspek berselisihan faham dengan anak lelaki dan menantunya mengenai mangsa, lalu keluar dari rumah sebelum pulang semula selepas beberapa hari kemudian.

DIfahamkan, mangsa juga sering jatuh sakit dan menangis. Disebabkan terganggu dengan suara tangisan mangsa, suspek mencampak keluar Jiya dari tingkap tingkat enam kediamannya semasa ahli keluarga yang lain sedang tidur.

Suspek mengunci tingkap dan kembali ke bilik tidur seperti tiada apa-apa yang berlaku.

SUspek ditahan polis semalam dan didakwa membunuh cucunya.


Sumber: Astro Awani via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post