Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemui di lantai pangsapuri dengan kesan darah dalam kejadian jam 5.30 pagi Sabtu lalu di Mumbai, India.
Budak maut dicampak nenek tirinya dari tingkat 6 |
ARTIKEL MENARIK: Suami cukur kepala isteri kerana bengang temui rambut mangsa dalam hidangan breakfast
Loading...
loading...
Siasatan awal pihak polis mendapati tingkap dan pintu rumah itu berkunci dan menimbulkan rasa curiga. Malah, posisi mangsa ketika ditemui juga menunjukkan dia seperti dicampak keluar.
Ekoran itu, polis mengesyaki individu yang melakukan perbuatan itu merupakan ahli keluarga mangsa sendiri.
Suspek, iaitu nenek tiri mangsa, akhirnya mengaku mencampak mangsa keluar dari tingkap. Suspek berkata, dia bertindak sedemikian kerana tidka menyukai cucu perempuan dan sentiasa 'terganggu' apabila mangsa bermain di rumah.
loading...
DIfahamkan, mangsa juga sering jatuh sakit dan menangis. Disebabkan terganggu dengan suara tangisan mangsa, suspek mencampak keluar Jiya dari tingkap tingkat enam kediamannya semasa ahli keluarga yang lain sedang tidur.
Suspek mengunci tingkap dan kembali ke bilik tidur seperti tiada apa-apa yang berlaku.
SUspek ditahan polis semalam dan didakwa membunuh cucunya.
Sumber: Astro Awani via The Reporter
loading...
إرسال تعليق