Mahkamah isytihar DUN Sarawak ada kuasa lucut kelayakan Adun DAP

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri Sarawak ada kuasa untuk melucutkan kelayakan Adun Pujut, Ting Tiong Choon dari DAP kerana dakwaan dua kewarganegaraan.

Mahkamah isytihar DUN Sarawak ada kuasa lucut kelayakan Adun DAP
Mahkamah isytihar DUN Sarawak ada kuasa lucut kelayakan Adun DAP

Keputusan majoriti 7-2 itu bermakna Ting bukan lagi seorang wakil rakyat tetapi, menurut pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengikuti kes itu, terserah kepada DUN untuk tentukan adakah pilihan raya kecil perlu diadakan.

ARTIKEL MENARIK:(Video) Bapa 5 anak maut dirempuh pemandu mabuk di Penang

Loading...
loading...
Hakim Abdul Rahman Sebli, yang menyampaikan keputusan itu, berkata mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan DUN.

“Perkara 19 Perlembagaan Sarawak dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan mengecualikan mahkamah daripada mempersoalkan keputusan DUN,” katanya semasa membenarkan rayuan speaker dan 2 lain terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk terbalikkan keputusan DUN melucutkan kelayakan Ting.

Hakim-hakim lain dalam kumpulan majoriti adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh, Nalini Pathmanathan, Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim.


Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah dalam kumpulan minoriti.

loading...

Tengku Maimun berkata keputusan terserah pada Mahkamah Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan kerana pertikaian itu mengenai status Ting sebelum dia terpilih.


Ting Tiong Choon.

DUN Sarawak; speakernya, Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; dan bekas menteri kewangan II negeri, Wong Soon Koh merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang terbalikkan keputusan DUN melucutkan kelayakan Ting.

Kelayakan Ting sebagai seorang wakil rakyat dilucutkan pada 12 Mei 2017 susulan usul yang dibentangkan oleh Wong, menteri perdagangan antarabangsa dan e-dagang Sarawak ketika itu, kerana didakwa mempunyai kewarganegaraan Australia.

Beliau kemudian memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching pada 7 Jun 2017 bagi mencabar keputusan DUN itu.

Pada 17 Jun 2017, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan tindakan DUN melucutkan kelayakan Ting adalah menyalahi undang-undang.

Pada 13 Julai 2018, Mahkamah Rayuan dalam keputusan 2-1 mengisytiharkan DUN melampaui kuasanya apabila mengecam keanggotaan Ting sebagai seorang wakil rakyat atas sebab kewarganegaraan itu.

Ting dilapor melepaskan kerakyataan Australianya sebelum terpilih sebagai calon Pujut.


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم