Pelakon Datin Almy Nadia gagal menahan perasaan sedih selepas ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di laman Instagram.
Ditipu ‘Scammer’
ARTIKEL MENARIK:“Part Aurat Tak Belajar Ke?”- Netizen Tegur Nabil Ahmad Pakai Seluar Pendek Ketika Bercuti
Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh suaminya yang juga pelakon popular, Datuk Fizz Fairuz, kelihatan Almy mengalirkan airmata selepas menceritakan perihal sebenar sebelum ditenangkan oleh Fizz.
Menurut Almy, lazimnya dia akan membeli barangan atas talian menerusi sebuah platform jualan terkenal. Bagaimanapun, kali ini dia ingin mencuba membeli kereta sorong bayi di laman Instagram kerana ingin menyokong para peniaga namun tidak menyangka akan ditipu.
“Tiba-tiba macam nak shopping dekat IG, nak support lah konan sebab I tengah explore IG” katanya kepada Fizz
RM570 Lesap!
Tambah Almy, dia telah ditipu sebanyak RM570 dan akan membuat laporan polis bagi tindakan susulan. Dalam pada itu, Fizz turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar dapat membuat penelitian terlebih dahulu sebelum membeli barangan secara atas talian.
Tidak menolak kegiatan tersebut semakin berleluasa, Fizz turut mengambil tindakan seterusnya dengan berkongsi akaun ‘scammer ‘terbabit selain memaklumkan telah menghubungi pihak bank untuk perihal susulan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pasangan selebriti ini meminta mereka untuk terus bersabar selain akui pernah menjadi mangsa penipuan.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق