Apa salah pengawal keselamatan? Itu antara persoalan yang diajukan oleh netizen selepas menonton klip video yang tular baru-baru ini mengenai insiden pergaduhan pasangan suami isteri dengan seorang pengawal keselamatan.
Harapkan Pengawal Keselamatan Jaga Anak
ARTIKEL MENARIK:Buat Hal Di KLCC, Minah Saleh ‘Karen’ Akhirnya Dik0mp4un RM3,000
Dalam video itu, kelihatan pasangan suami isteri itu menengking serta memaki hamun pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kondominium di Sentul, Kuala Lumpur , Difahamkan, insiden itu berpunca daripada pasangan suami isteri tersebut yang meninggalkan anak mereka di meja pengawal keselamatan yang mengharapkan dapat dijaga oleh mereka untuk seketika.
Tuduh Tidak Bertanggungjawab
Gaiz. My place https://t.co/1o1t4UwNda pic.twitter.com/dlMvwxXQZP
— shryn (@WXYZ______) October 31, 2021
Namun, ketika itu pengawal keselamatan di blok tersebut sedang melakukan tugasan sebelum berlakunya pertelingkahan berikutan pasangan itu menuduh mereka tidak bertanggungjawab.
“Ceritanya macam ini. Dia tinggalkan anak dia dekat sini. Dia harapkan security (pengawal keselamatan) jaga. Lepas itu bila pengawal keselamatan masuk dalam ada kerja, lepas itu dia (lelaki) datang, dia maki” ujar salah seorang pengawal keselamatan
Susulan itu, pihak pengurusan kondominium tersebut akan mengambil tindakan susulan dan laporan polis juga telah dibuat terhadap pasangan suami isteri itu atas ugutan dan cubaan melakukan kekasaran fizikal.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق