Saya baru kahwin tiga tahun dan ada baby berumur lima bulan. Tadi saya tunggu suami balik kerja jam 5 petang dalam keadaan teruja dan gembira sangat.
'Mati-mati saya percayakan dia selama ini' - Isteri hidap kanser tahap 3 terkilan dikhianati suami curang |
ARTIKEL MENARIK: 'Aku ceraikan bini aku dengan talak 3' - Isteri kerap minta cerai ketika bergaduh, akhirnya suami terlafaz kerana emosi
Loading...
loading...
Tapi tak apalah, saya faham yang dia mencari rezeki untuk kami sekeluarga. So tiket itu saya berikan kepada abang-abang saya. Saya duduk seorang di rumah dengan baby.
Tengah-tengah online Instagram, tiba-tiba ada kawan DM saya. Dia hantar gambar suami saya dengan perempuan lain yang sedang menonton perlawanan bola di stadium.
Pastu saya terus stalk Instagram perempuan itu. Rupa-rupanya memang betul saya ditipu oleh suami. Mati-mati saya percayakan dia selama ini. Saya nampak perempuan itu update gambar diorang date pada masa suami saya kata kononnya ada kerja overtime sampai lewat malam.
loading...
Alahai, saya tak tahu apa nak buat. Saya asyik terfikir apa salah saya, apa kurangnya saya. Mungkin dari aspek kecantikan, saya kalah kot. Saya dapat tahu perempuan itu pula adalah bekas EX dia.
Tak apalah wahai encik suami, saya akan pertahankan rumah tangga kita selagi saya mampu.
Abang, kalau abang nampak luahan hati saya ini, saya tengah menghidap kanser rahim stage 3. Saya tahu abang ada kat dalam KRT ini. Cuma nak pesan, bila saya dah tak ada nanti, abang tolong jagakan baby kita ye. Dan perempuan itu bolehlah jadi mak tiri kat baby kita.
Saya cuma nak meluangkan masa dengan abang je dan masa inilah yang sesuai sebab abang suka tengok bola. Terima kasih di atas budi baik abang selama ini. Anak kita tu jaga elok-elok nah. Sayang abang.
Saya bukan nak meraih simpati, cuma nak berpesan pada kita semua. Hargailah suami atau isteri korang. Nak curang? Jangan, lama-lama diorang akan tahu juga.
Sekian luahan saya, terima kasih admin.
Sumber: Kisah Rumah Tangga via The Reporter
loading...
إرسال تعليق