Pemandu mabuk rempuh kereta polis ditahan

Seorang pemandu yang disyaki mabuk melanggar sebuah kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, di sini, awal hari ini.

Pemandu mabuk rempuh kereta polis ditahan
Pemandu mabuk rempuh kereta polis ditahan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai satu kemalangan jalan raya pada pukul 4.02 pagi melibatkan sebuah kereta berada di tengah jalan dalam keadaan rosak teruk dan tidak boleh bergerak.

  ARTIKEL MENARIK: 1 maut, 4 cedera gara-gara pemandu Ford Fiesta melawan arus



Loading...
loading...
“Anggota berpangkat koperal yang bertugas meletakkan kereta peronda polis dipandunya di belakang kenderaan kemalangan (tengah jalan) itu dan memasang lampu biru serta lampu kecemasan selain membantu kawalan lalu lintas.

“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Nissan tiba-tiba datang dari arah belakang lalu merempuh kereta peronda polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Zani berkata pemandu kereta Nissan itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan.

2.jpg

3.jpg

4.jpg



loading...



5.jpg

6.jpg

7.jpg

8.jpg

Sumber: Bernama  via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post