Tak puas hati isteri lari, suami 'parang' punggung anak sampai cedera

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai seorang bapa mendera anak perempuannya tanpa belas kasihan dengan menggunakan parang.

Tak puas hati isteri lari, suami 'parang' punggung anak sampai cedera
Tak puas hati isteri lari, suami 'parang' punggung anak sampai cedera
Menurut individu yang memuat naik gambar kejadian itu berkata, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah sehingga tergamak mencederakan mangsa.

  ARTIKEL MENARIK: Kim Jong-un bunuh pegawainya yang disyaki punyai simptom koronavirus kerana ingkar arahan kuarantin



Loading...
loading...
"Kenapa lelaki ini bodoh sangat. Kenapa dia pukul anak dia sendiri guna pisau. Itulah orang ni kurang ajar sangat, bodoh. Aku tak pernah tengok orang pukul guna pisau walaupun anak dia sendiri.

"Janganlah guna pisau. Itulah orang ni makan dadah ke, jahat ke atau dia mahu bunuh anak dia sampai punggung kemerahan," kata Bibily di Facebook Sarawak Community.

Ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di Sarawak. Namun semakan mendapati kejadian itu berlaku pada Mei lalu di Vietnam pada 15 Mei lalu.




loading...
Ibu mangsa, Ngo Ngoc L, 27, berkata, dia menerima mesej bergambar di Facebook dari suaminya, Tran Minh T, 30, yang menunjukkan mangsa dipukul di bahagian punggung bertubi-tubi sehingga cedera.

Selain itu, kedua-dua tangan mangsa turut dipukul dengan menggunakan parang.

Apa yang membimbangkan Ngo, Tran mengugut mahu membunuh dia jika terserempak dengan Ngo di mana-mana.

Difahamkan, pasangan itu sebelum ini tinggal bersama di rumah ibu bapa Tran. Selepas Ngo melahirkan anak, Tran selalu membelasahkan tanpa belas kasihan. Apabila mangsa berusia 4.5 tahun, dia juga selalu dipukul.

Keadaan itu menyebabkan Ngo mengambil keputusan untuk berhijrah ke Bandar Ho Chi Minh dan membuka syarikat pakaian bagi menjana pendapatan agar dia dapat menyara hidup anaknya.

Namun, selepas Ngo keluar dari rumah itu, Tran membawa seorang wanita tinggal bersama dengannya.

Dalam laporan terakhir, Ngo masih meminta bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya kerana bimbang mangsa didera dengan lebih teruk.

Ngo menjelaskan, dia terpaksa keluar dari rumah meninggalkan anaknya dengan harapan mangsa dijaga dengan baik oleh Tran dan dia akan kembali mengambil anaknya itu setelah dia stabil. Namun sebaliknya yang berlaku.


Sumber: Chaali, Sarawak Community via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post