(Video) 'Jangan! Saya janji tak nak buat lagi, saya bersumpah dengan Al-Quran' - Budak lajak menangis ditahan geng van jenazah

Tak serik walaupun sudah berkali-kali diberi teguran, bukannya budak-budak ini tak ada akaun media sosial, tetapi sengaja memilih untuk menjadi anak derhaka lagi menyusahkan ibu bapa dan masyarakat.

(Video) 'Jangan! Saya janji tak nak buat lagi, saya bersumpah dengan Al-Quran' - Budak lajak menangis ditahan geng van jenazah
(Video) 'Jangan! Saya janji tak nak buat lagi, saya bersumpah dengan Al-Quran' - Budak lajak menangis ditahan geng van jenazah

Kes kemalangan sehingga meragut nyawa budak basikal lajak seolah-olah tidak memberi ketakutan kepada penggemar aktiviti ini, malah mereka semakin berani keluar malam dan menggadai keselamatan diri serta mencabar pihak berkuasa.

  ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Bajet gengster, tunggu polis datang kutip kau' - Netizen bengang pelajar dilempang pembuli di sekolah


Loading...
loading...
Baru-baru ini viral di media sosial yang memaparkan usaha sekumpulan lelaki mengesan geng basikal lajak yang berpeleseran di jalan raya pada waktu malam di sekitar kawasan Klang. 'Operasi' yang dijalankan menggunakan van jenazah itu dipercayai berjaya menahan 13 remaja lelaki. 

Geng Jenazah: "Kalau kau mati, kalau eksiden dik, kau duduk seorang-seorang je, bukan ditanam dengan kawan-kawan kau. Kau duduk dalam ni (keranda), kalau kau tak insaf juga tak tahulah."

Budak Lajak 1 (14 tahun): "Saya insaf...."


Geng Jenazah: "Sat lagi kita tinggal dia, kita lock semua (pintu) biar dia duduk seorang-seorang dalam ni."


loading...
Budak Lajak 1: "Jangan.. aAaAAaaa~ Tak nak (buat lagi), saya janji. Saya bersumpah dengan Al-Quran." 



Sementara itu, budak lajak kedua (12 tahun) pula disoal siasat dan pada mulanya enggan mengaku dia bermain basikal lajak kononnya keluar untuk membeli barang. Tetapi selepas diasak, akhirnya dia mengaku. 

(Video) 'Ini jalan bapak kau ke?!' - Basuh kereta di tengah jalan, netizen selar pemilik Myvi tak bertamadun ini
Menurutnya, dia keluar dari jam 11 malam untuk bermain basikal lajak dengan kawannya tanpa pengetahuan ibu bapa sebelum dia ditahan oleh Geng Jenazah pada jam 3 pagi. 

Memetik laporan dari Sinar Harian, Wan Cai berkata, tiada jenazah yang dibawa pada malam itu dan tujuan mereka berbuat demikian untuk menimbulkan rasa insaf dalam diri sekumpulan remaja itu. 




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم