(Video) Remaja maut, kepala parah selepas melakukan Tripping Jump Challenge

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia selepas melakukan permainan popular yang trending di media sosial, iaitu Tripping Jump Challenge.

(Video) Remaja maut, kepala parah selepas melakukan Tripping Jump Challenge
(Video) Remaja maut, kepala parah selepas melakukan Tripping Jump Challenge

Emanuela Medeiros, cedera di bahagian kepala selepas jatuh terhentak di lantai di sekolahnya, Mossoro, Rio, Brazil. Mangsa mengalami trauma di kepala dan dihantar oleh pihak sekolah ke hospital dalam kejadian yang berlaku pada November 2019, tetapi viral semula di media sosial pada minggu ini.

  ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Gila budak ni!' - Padah cuba lari dari polis trafik, penunggang motosikal melambung sebelum jatuh terseret


Loading...
loading...
Difahamkan, Emanuela melakukan permainan itu bersama dengan dua rakannya yang sebelum itu mengajaknya untuk bermain permainan itu. Selepas melompat, dua rakannya menendang kaki Emanuela menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak kuat di lantai. 

Sementara itu, pakar perubatan memberi amaran bahawa permainan seperti itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan di bahagian tulang belakang, retak tempurung kepala dan maut. 


Video permainan itu yang dilakukan oleh individu pelbagai peringkat usia turut viral dan ada di antaranya mengalami kesakitan dan tidak sedarkan diri. 


loading...


Ibu bapa perlu menasihatkan anak-anak untuk tidak bermain permainan seperti ini yang boleh menyebabkan kematian.




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم