(Video) Suami bawa kepala isterinya yang dipenggal di jalan raya buat orang ramai lari ketakutan

Seorang lelaki dirakam membawa kepala isterinya di jalan raya selepas dia membunuh wanita itu.

(Video) Suami bawa kepala isterinya yang dipenggal di jalan raya buat orang ramai lari ketakutan
(Video) Suami bawa kepala isterinya yang dipenggal di jalan raya buat orang ramai lari ketakutan
Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Sabtu lalu di Bahadurpur, Uttar Pradesh, India, video menunjukkan Akhulesh Rawat, 30, membawa kepala isterinya, Rajani, 26, yang masih berdarah di jalan raya membuatkan ramai orang awam menjerit ketakutan.

  ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Mak, ayah maaf kalau tak dapat kahwin & ada anak' - Khunsa putuskan untuk jadi lelaki, sempat hidup sebagai perempuan selama 16 tahun


Loading...
loading...
Tidak beberapa lama kemudian, suspek ditahan polis dan sempat menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik. Suspek dibawa ke Balai Polis Jahgirabad.

Suprintendan Polis Arvind Chaturvedi berkata, pasangan itu berkahwin sejak dua tahun lalu dan pada tahun 2019 pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan. Namun anak mereka meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan ekoran masalah kesihatan.

Rajani kemudian tinggal di rumah ibu bapanya dan empat hari kemudian Akhilesh membawa Rajani pulang ke rumah.

Pada pagi Sabtu (hari kejadian), pasangan itu bertengkar dan Akhilesh didakwa menyerang Rajani dengan senjata tajam.

"Suspek bergaduh dengan isterinya lalu mengheret mangsa keluar dari rumah dan memenggal kepalanya.




loading...
2.jpg

"Selepas itu, suspek berjalan ke balai polis sambil membawa kepala mangsa. 

"Senjata yang digunakan suspek juga telah dirampas di rumahnya," kata Arvind yang memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kejadian itu bagi mengetahui motif suspek berbuat demikian.

Difahamkan, bapa mangsa pernah memfailkan kes terhadap suspek di mahkamah berhubung tuntutan mas kahwin. 
India mencatatkan kes kematian melibatkan mas kahwin tertinggi dengan 8,391 kes kematian yang dilaporkan pada tahun 2020 sama ada mangsa (wanita) dibunuh atau membunuh diri kerana tidak tahan dengan didera dan diseksa suami atau mertua yang mempertikaikan mengenai mas kahwin. 


Sumber: Daily Mail via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم