Isu Rusuhan India. Dr Zakir Naik Dedah Apa Sebenarnya Yang Belaku

Isu rusuhan agama di India turut mendapat perhatian Dr Zakir Naik. Baru ni beliau dedah apa yang sebenarnya berlaku. Tak sangka. Baca selanjutnya.


Isu Rusuhan India. Dr Zakir Naik Dedah Apa Sebenarnya Yang Belaku
Isu Rusuhan India. Dr Zakir Naik Dedah Apa Sebenarnya Yang Belaku

Rusuhan Agama Hindu Dan Islam Berlaku Selepas Undang-Undang Kewarganegaraan

ARTIKEL MENARIK: 'Saya menyesal, saya reda dengan hukuman ini' - Ibu dipenjara 18 tahun kerana lemaskan anaknya terkencing dalam seluar


Loading...
loading...
Dr Zakir Naik baru ni keluarkan kenyataan bahawa tindakan kekerasan dan penindasan yang dialami oleh umat Islam di India adalah disebabkan Undang-Undang Kewarganegaraan yang baru dibuat.


“Saudara-saudari umat Islam kami di Delhi, India, diseksa, dibunuh, dan ditindas hanya kerana membuat demonstrasi aman menentang Undang-Undang Amendemen Kewarganegaraan yang tidak adil,” katanya dalam siaran dunia yang diterima Kiblat.net pada Kamis (27/02/2020).
Menurutnya, orang-orang Islam India dipukul sampai wajah mereka berlumuran darah dan susah untuk dikenali. Lebih malampau lagi, mereka mangsa ini dipaksa untuk membaca slogan-slogan Hindu ketika mereka berbaring di tanah.
Dengan banyaknya video-video kekejaman telah tersebar, menunjukkan bukti kukuh yang penindasan dan kekejaman terhadap umat Islam India direstui oleh pemerintah India. Beberapa juga video menunjukkan sekumpulan pelampau Hindu membaling batu kepada orang-orang Islam dan lebih teruk lagi, polis India turut memukul mangsa-mangsa ini tanpa sikap ehsan.
“Ketika teriakan ‘Jai Sri Ram’ sedang bergema, aura kekerasan ada di mana-mana. Lebih dari 30 orang Islam telah terbunuh, dengan korban ini terus meningkat, dan lebih dari 100 mangsa lain cedera akibat dipukul dan ditembak” tambah lagi Dr Zakir Naik.

loading...
Hanya Segelintir Hindu Yang Jadi Pelampau
Menurutnya, pemerintah India semacam sedang berusaha menghancurkan keharmonian dan perpaduan selama puluhan tahun antara umat Hindu dan Muslim di India.
“Orang-orang dari semua agama dan etnik berkumpul untuk mengutuk kekerasan yang tidak masuk akal ini,” tuturnya.
Namun begitu, yang menjadi pelampau Hindu ini hanya segelintir sahaja. Ini disebabkan oleh ramai juga orang Hindu yang baik hati membantu orang-orang Islam yang jadi mangsa ni.

Seorang lelaki Hindu sedang membantu umat Islam lain untuk kutip cebisan al Quran yang dibakar


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم