Akui 5 Tahun Tak Boleh Lupakan Aiman Hakim. Tak Sangka Rupanya Sepanjang 5 Tahun Tu Ini Yang Terjadi Pada Fathia Latiff.

Pelakon Fathia Latiff akui melalui fasa sukar dalam hidup sepanjang tempoh 5 tahun untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza. Kata Fathia, tidak mudah untuk melupakan individu yang pernah disayangi namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.

Akui 5 Tahun Tak Boleh Lupakan Aiman Hakim. Tak Sangka Rupanya Sepanjang 5 Tahun Tu Ini Yang Terjadi Pada Fathia Latiff.
Akui 5 Tahun Tak Boleh Lupakan Aiman Hakim. Tak Sangka Rupanya Sepanjang 5 Tahun Tu Ini Yang Terjadi Pada Fathia Latiff.

“5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak move on. “Tapi alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat. Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam,” kata Fathia kepada Gempak.



ARTIKEL MENARIK:Terkejut Tangan Entah Kat Mana. Ank Sheila Rusly Muatnaik Gambar Dengan Chacha Maembong. Tak Sangka Bapak Siap Masuk Komen.
loading...


Malah Fathia gembira dengan kehidupan baharu Aiman dan mendoakan kesejahteraannya bersama pasangan, Zahirah Macwilson. “Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga,” tambahnya. Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun berpisah pada 2015. Aiman dan Zahirah pula mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu.

Sumber : Gempak via Metro Kini

Akui pernah tewas tatkala diuji. Fathia muncul kembali dengan berhijab dan minta peluang kedua. Berikut penjelasan lanjut daripada Fathia

Umum mengetahui bahawa pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini berhijab sudah kembali membukanya dengan alasan tidak mahu teruskan hidup berpura-pura. Selepas satu demi satu kontroversi yang timbul kerananya, pelakon wanita itu

difahamkan telah kembali menyarungkan tudung sepenuhnya sejak sebelum Ramadan lalu. Akur dengan kepercayaan dan pegangan agama yang abadi, Fathia tidak mempunyai alasan yang boleh diberikan bagi menjawab persoalan mengapa dia kembali bertudung melainkan mengakui bahawa manusia biasa tidak terlepas daripada perlakuan khilaf.

Wanita itu berharap agar dia diberi peluang kedua untuk berubah dan mengubah dirinya selepas mengakui bahawa walaupun sudah tidak muda tetapi dia tidak matang suatu ketika dahulu. “Saya pernah, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.” Fathia juga tidak segan mendedahkan yang dia membuat sesuatu kerana tewas ketika diuji. Akhirnya kekurangbijaksanaan diri itu nyata memakan diri sendiri.

“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.Tidak mahu mengamalkan konsep ‘pakai buang’ dalam hal bertudung, Fathia akhirnya menetapkan pendirian untuk mematuhi tuntutan sebagai wanita Islam itu. Bahkan ibunya sendiri ada berpesan bahawa hijab bukanlah satu ‘trend’ atau pun ikutan.

“Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ketinggalan.” Walaubagaimanapun, pelakon wanita itu mengakui bahawa dia memahami sekiranya ada sesetengah pihak yang prejudis terhadap keputusannya untuk kembali berhijab. Kelihatan nekad dengan perubahan itu, Fathia juga diliha sudah memadam gambarnya tidak bertudung di seluruh laman media sosial.

Sumber:Bh Online

Fathia Latiff Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Cina

Pelbagai gosipi terpalit dirinya tahun lalu sehingga mempunyai masalah mental seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, namun Fathia Latiff berharap tahun 2020 dapat memberi sinar baru untuk dirinya terus berada dalam industri seni tanah air. Hatinya tidak dimiliki sesiapa selepas putus cinta dengan Aiman Hakim lima tahun lalu, Fathia berkata dia tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh dengan orang dalam industri. Katanya lagi, dia lebih tertarik dengan lelaki berbangsa Cina.

“Saya lebih terbuka hati untuk bercinta dengan orang dalam seni tapi perasaan itu masih tidak pasti lagi dan berbelah bagi. Pada masa sama, saya rasa saya lebih tertarik dengan lelaki berbangsa cina. “Bagi saya mereka berbeza, ada rupa, baik dan hormat orang lain. Saya tak terbuka hati untuk menerima lelaki mat salleh, seperti artis-artis lain. Cukuplah sekadar dalam negara kita sahaja,” katanya kepada Media Hiburan.

Usianya kini mencecah 33 tahun, Fathia berkata dia masih belum bersedia untuk berumah tangga. Tambahnya lagi, buat masa ini dia mahu memberi fokus dalam bidang nyanyian namun tidak akan menolak tawaran berlakon jika diberikan watak sesuai. “Buat masa ini saya tak nak bercinta dengan siapa-siapa dan saya tak terlintas untuk mendirikan rumah tangga setakat ini. Sekarang saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya lakukan dalam bidang nyanyian terlebih dahulu. “Tahun ini saya mahu fokus pada kerjaya nyanyian dan jika ada tawaran berlakon dan watak yang diberikan sesuai, apa salahnya,” katanya.

Sumber:Perak Today


loading...


‘Bukan mudah hendak istiqamah’

KUALA LUMPUR: Selepas lebih setahun mencetuskan kontroversi apabila menanggalkan hijab atas alasan enggan hidup berpura-pura, Fathia Latiff kembali bertudung sebelum Ramadan lalu. Fathia atau nama penuhnya, Nur Fathia Abdul Latiff, bagaimanapun reda jika ada pihak skeptikal dengan tindakannya berhijab semula. “Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.

“Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah hendak istiqamah.” Saya pernah terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung. “Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.

“Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah,” katanya kepada BH Online. Pelakon kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang ini mengaku diri menunjukkan ketidakpuashatian hingga tewas ketika diuji. “Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.

“Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi. “Saya membuat sesuatu tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk. “Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam,” katanya.

Fathia teringat pesanan ibu mengenai pemakaian hijab bukan suatu ikutan.”Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ketinggalan,” katanya. Selepas lebih 10 tahun berkongsi bakat seni, Fathia masih merindui bidang lakonan. “Ada peminat yang bertanya bila saya mahu berlakon lagi? Kalau ada kesempatan dan peluang berlakon, saya mahu tebus semula,” katanya. Sementara itu, pemerhatian di Instagram dan Facebook aktres ini mendapati, Fathia mula memuat naik foto bertudung dan membuang gambar lama.

Sumber:Berita Harian via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم