Kerajaan Terengganu tiada halangan untuk membenarkan peniaga kecil-kecilan berniaga di tepi jalan asalkan mempunyai lesen dan berniaga di tempat yang dibenarkan. KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu tiada halangan untuk membenarkan peniaga kecil-kecilan berniaga di tepi jalan asalkan mempunyai lesen dan berniaga di tempat yang dibenarkan.
Tiada halangan untuk berniaga tapi kena ikut SOP yang ditetapkan. Tindakan akan diambil sekiranya tidak mematuhi SOP. |
ARTIKEL MENARIK:Semalam larang tapi harini DS Ismail Sabri benarkan untuk kenderaan. Tak sangka SOP yang semalam DS Ismail Sabri umumkan telah ditukar dan dilonggarkan peraturan baru
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak halang berniaga tapi kena ada lesen, kena berdaftar dengan PBT dan tempat berniaga juga mesti yang diluluskan. “Kalau berniaga di rizab jalan besar, yang boleh menjadi halangan dan risiko sesuatu yang buruk berlaku, itu kita tidak benarkan,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Jelas Dr Alias, kerajaan tidak mahu menghalang rakyat mencari rezeki yang halal, namun peniaga mesti mengikut peraturan demi keselamatan semua. Oleh itu katanya, PBT akan terus membuat pemantauan dari masa ke masa dan akan membantu mempermudahkan urusan lesen.
“Kalau patut beri lesen, kita akan beri dan jika tempat itu tidak dibenarkan kerana bahaya, kita akan minta pindah ke tempat yang lebih selamat. “Sebab itu lesen dan syarat berniaga perlu dipatuhi, selain membuat suntikan typhoid dan menjaga kebersihan pengendalian makanan dan tempat berniaga itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata, peniaga perlu mematuhi peraturan bagi mengelakkan peristiwa malang sebelum ini iaitu keracunan makanan sehingga menyebabkan pemergian berlaku lagi. “Saya minta maaf kalau ada PBT bertindak dengan menyaman, sebab ada kalanya tidak dapat dielakkan kerana ada yang degil dan tidak mahu mematuhi arahan kita,” katanya.
Sumber:Sinar Harian
Covid-19: Kos tinggi di hotel dorong benar kuarantin di rumah
KUALA LUMPUR: Kos penginapan yang tinggi di hotel mendorong kerajaan membenarkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah sendiri. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain menjimatkan perbelanjaan kerajaan, kaedah itu juga diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Beliau berkata, langkah itu juga dibuat selepas mendapati peratusan rakyat dijangkiti COVID-19 selepas pulang dari luar negara adalah kecil. “Dengan kadar (positif) yang rendah, kita rasa ada baiknya membenarkan mereka menjalani kuarantin di rumah. Memang ia diterima pakai WHO.
“Walaupun kuarantin di rumah, kita masih boleh memantau kerana mereka dikehendaki mendaftar dalam aplikasi MySejahtera. “Dengan adanya aplikasi itu, kita boleh gunakan dan memberi gelang tangan untuk mereka kuarantin selama 14 hari serta membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Sumber:Berita Harian
Kebenaran solat Jumaat, ibadah haji diputuskan Khamis ini
PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuat keputusan sama ada solat Jumaat dan berjemaah dibenarkan diadakan di masjid seluruh negara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pengumuman tersebut akan dibuat pada Khamis ini selepas perbincangan dilakukan bersama pihak berkaitan. “Kita buat perbincangan secara khusus dengan pihak berautoriti dan ada kena mengena dengan dasar yang ingin diputuskan. Insya-Allah pada Khamis ini kita akan umumkan,” katanya pada sidang media berkenaan kad laporan bagi Mei dan pelancaran laman web rasmi menteri di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai nasib 31,000 bakal jemaah haji, beliau berkata, kerajaan akan membuat keputusan pada hari sama. “Untuk haji pun sama. Kita akan umumkan hari Khamis ini,” katanya.Pada Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP bagi menggantikan PKPB dalam strategi negara memerangi pandemik koronavirus (Covid-19).
PKPP menyaksikan hampir keseluruhan sekatan yang dibuat sebelum ini telah dibuka semula. Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan hanya tujuh kes positif Covid-19 di negara ini direkodkan dan merupakan angka terendah sejak gelombang kedua wabak it melanda negara pada Mac lalu.
Sumber:SinarHarian
PKPP ujian sebenar tahap disiplin kendiri rakyat
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hadir sidang media harian berkaitan jangkian Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok merupakan ujian sebenar terhadap tahap disiplin kendiri dan sosial dalam kalangan masyarakat untuk membendung penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketiadaan kes penularan dalam negara membabitkan warganegara yang dicatatkan pada hari ini merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes-kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara dan membandingkannya dengan graf pemodelan Covid-19 seperti yang telah diramal oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), KKM.
“Berdasarkan maklumat itu didapati ianya adalah sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan tersebut (kawasan biru). “Ini sememangnya menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil oleh kerajaan serta pematuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan saranan yang diberikan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan harapan kini terletak pada rakyat secara keseluruhannya untuk mematuhi SOP yang ditetapkan. “Masyarakat harus kekal waspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada peningkatan kes Covid-19 di kalangan masyarakat setempat,” katanya.
Sumber:Sinar Harian
New Zealand rai kejayaan bebas Covid-19
Kes Covid-19 pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari, serentak dengan itu negara berkenaan turut mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.
ANKARA – New Zealand pada Isnin meraikan kemenangan memerangi wabak novel koronavirus (Covid-19) selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengumumkan negara itu tidak lagi mempunyai kes aktif, lapor agensi berita Anadolu.
Pada satu sidang akhbar di Wellington, Arden berkata, pesakit Covid-19 terakhir telah disahkan sembuh, berita gembira itu mendapat pujian banyak pihak dan menjadi antara tajuk utama di seluruh dunia. Kes Covid-19 pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari, serentak dengan itu negara berkenaan turut mengumumkan ketidakizinan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.
Pada awalnya, Ardern hanya mengenakan sekatan separa pada 23 Mac. Dua hari selepas itu, kerajaan mengisytiharkan sekatan pergerakan di seluruh negara apabila negara itu mengesahkan 200 kes. Kemudian pada 27 April, sekatan pergerakan dilonggarkan dengan Wellington membenarkan beberapa perniagaan beroperasi semula dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.
Bagaimanapun, perintah duduk di rumah masih dikuat kuasa. Pada 13 Mei, New Zealand semakin melonggarkan sekatan, membenarkan perniagaan, kafe dan restoran dibuka semula, majlis perkahwinan dan persemadian juga dibenarkan dengan mematuhi syarat penjarakkan sosial.
Sebahagian sektor pendidikan juga dibenar beroperasi semula. Pada Isnin, Kementerian Kesihatan mengatakan tiada lagi kes aktif Covid-19 di New Zealand, pesakit terakhir berjaya sembuh. “Ini berita baik. Tidak mempunyai kes aktif buat pertama kalinya sejak 28 Februari amat bermakna dalam perjalanan melawan Covid-19, namun langkah pencegahan dan berwaspada perlu terus diamalkan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Ashley Bloomfield.
Pada Selasa, Ardern mengumumkan kehidupan di New Zealand akan kembali seperti biasa dan menarik balik sekatan. “Kita tidak mempunyai lagi kes baharu Covid-19 dan mulai hari ini kita bergerak ke Tahap Satu daripada Tahap Dua tetapi sempadan masih ditutup,” katanya.
Penduduk yang tiba di negara ini masih perlu dikuarantin selama dua minggu dan akan menjalani saringan dua kali dalam tempoh kuarantin. New Zealand mencatatkan kes Covid-19 sebanyak 1,504 dengan 22 pemergian.
Sejak pertama kali muncul di Wuhan, China pada Disember, virus yang boleh buat orang pergi selamanya itu sudah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah. Wabak itu telah menyebabkan lebih 406,400 pemergian orang di seluruh dunia dengan lebih 7.09 juta kes disahkan manakala lebih 3.18 juta pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Sumber:Sinar Harian via Era Kini
إرسال تعليق