Tiga Hari Bergelar Suami, Safwan Nazri Rasa Janggal Serumah Dengan Isteri, “Rasa Pelik Juga Sekarang Ini Ada Isteri Apabila Bangun Tidur“

SELAMAT bergelar suami pada Jumaat lalu, pelakon Safwan Nazri mengakui masih berasa janggal dengan status baharu itu.

Tiga Hari Bergelar Suami, Safwan Nazri Rasa Janggal Serumah Dengan Isteri, “Rasa Pelik Juga Sekarang Ini Ada Isteri Apabila Bangun Tidur“



Biarpun sudah mengenali wanita itu selama sembilan tahun, Safwan, 28, memberitahu perasaan selepas bernikah seperti baru bercinta.

ARTIKEL MENARIK:Ramai marah! ibu Tangmo Nida sanggup maafkan 2 suspek selepas terima wang. Jumlahnya buat dia susah nak tolak


“Rasa pelik juga sekarang ini ada isteri apabila bangun tidur dan tinggal bersama.

“Kami dah kenal selama sembilan tahun. Walau sudah tahu perangai masing-masing, tetapi perasaan selepas bernikah seperti baru bercinta.

“Pernikahan ini adalah satu tanggungjawab besar buat saya selepas ini sebagai seorang suami,” katanya ketika dihubungi mStar.

safwan nazri 3

Safwan dan isteri diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung pada Sabtu

Safwan dinikahkan dengan kakitangan kerajaan Fathin Nur Amalina di sebuah dewan di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Safwan memberi mas kahwin bernilai RM1,001 dan hantaran sebanyak RM20,000.

Sementara itu, Safwan turut memberitahu isterinya juga terkejut apabila jumlah pengikut di media sosial meningkat selepas berkahwin.

Walau sudah tahu perangai masing-masing, tetapi perasaan selepas bernikah seperti baru bercinta

“Isteri saya berkhidmat sebagai seorang kakitangan kerajaan. Jadi dia tidak biasa dengan dunia glamor dan terkejut apabila pengikut di Instagram meningkat selepas kami berkahwin.

“Bagaimanapun dia sudah faham bagaimana cara kerja seorang pelakon seperti jadual yang tidak menentu dan balik kerja lewat malam.

“Sebab itu juga saya memilih dia sebagai isteri kerana dia sangat memahami dan memberi sokongan untuk saya terus berlakon,” ujarnya.

Bercakap tentang perancangan keluarga, pasangan ini tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat.

Selain itu, pelakon drama Halim Halima ini merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Sedikit Trivia Pelakon Safwan,

Muhammad Safwan bin Mohammad Nazri (lahir 9 November 1994) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas finalis Hero Remaja edisi 2017. Beliau mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama Kan Kukejar Cinta Kamu di Astro Ria dan drama Dua Takdir Cinta di Astro Prima.

Biodata Safwan Nazri, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu | Iluminasi

Safwan Nazri dilahirkan pada 9 November 1994 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Beliau juga mewujudkan akaun Instagram sejak tahun 2014, namun hanya mula aktif sejak Mac 2016 di mana semenjak itu beliau mula mendapat perhatian di kalangan para pengikut yang semakin bertambah dek kerana video lakonan bersama rakan sekelas yang dimuatnaik dan hobinya bermain sukan badminton dan futsal.





Jangan Mudah Gelarkan Kami 'Geng Kunyit' - Safwan Nazri | Gempak

Sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau turut mengambil tawaran kerja sebagai model sambilan. Matlamatnya ingin menyebarkan mesej serta positiviti melalui bidang lakonan yang diceburi. Beliau juga pernah menyertai pertandingan Pencarian Hero Remaja edisi 2017 dan beliau menyifatkan gelaran ‘hero’ mempunyai keperluan untuk menjadi individu yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Nak Cuba Jadi Content Creator Tapi Tak 'Confident', Ini 4 Tip Safwan Nazri - REMAJA

Beliau turut mengagumi kekebalan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa dalam menangani kritikan negatif seawal pembabitan beliau yang seterusnya membawa kepada kejayaan besar selebriti dan usahawan itu. Safwan yang ingin mengikut jejak langkahnya menyifatkan Neelofa sebagai contoh artis yang memiliki ‘beauty with brain’. Wanita idamannya seorang yang berwajah jelita, mempunyai kelembutan serta tahu menghormati orang tua.

Biodata Safwan Nazri, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu | Iluminasi

Beliau pernah meluahkan rasa terkilan apabila rakan-rakan peserta Hero Remaja 2017 termasuk dirinya digelarkan ‘geng kunyit’ hanya kerana menangis sewaktu segmen penyingkiran.

Sumber Mstar viatwo.e-kesah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم