1000 kes bertambah dalam 5 hari. Satu negara ini sudah siap sedia hadapi gelombang seterusnya dan ini punca kes mereka naik mendadak

Korea Selatan menyaksikan pertambahan hampir 1,000 kes dalam tempoh lima hari kebelakangan ini.MEMBIMBANGKAN.Begitulah kisahnya mengenai peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan.Terbaharu, jumlah kes Covid-19 di Korea Selatan meningkat dengan ketara pada Selasa apabila jangkitan membabitkan kluster gereja di Seoul tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan.

1000 kes bertambah dalam 5 hari. Satu negara ini sudah siap sedia hadapi gelombang seterusnya dan ini punca kes mereka naik mendadak
Ia mendorong kerajaan mempertimbangkan langkah pencegahan lebih ketat di bandar raya itu.Negara itu menambah 246 lagi kes Covid-19, termasuk 235 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 15,761, lapor agensi berita Yonhap menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

ARTIKEL MENARIK:Tergamam Indonesia diumumkan Zon Hitam Covid 19. Mengejutkan ini rupanya punca negara itu diisytiharkan Zonnn Hitam. Sampai mcm ni sekali keadaan disana.
loading...




Kes berada pada angka tiga digit untuk hari kelima berturut-turut, berikutan 166 lagi jangkitan pada Sabtu dan 103 Jumaat.Pada Ahad, Korea Selatan melaporkan 279 jangkitan baharu, pertama kali sejak awal Mac, angka itu melepasi 200 dan sebanyak 197 pada Isnin.

Korea Selatan menyaksikan pertambahan hampir 1,000 kes dalam tempoh lima hari kebelakangan ini.Negara itu sebelum ini belum pernah melaksanakan sekatan pergerakan yang ketat, berusaha untuk mengekang penularan virus dan pada masa sama mengekalkan kebanyakan aktiviti harian serta perniagaan.Pihak berkuasa kesihatan memutuskan untuk meningkatkan tahap penjarakkan sosial di Seoul dan kawasan berdekatan kepada Tahap Dua selama dua minggu bermula Ahad.- BERNAMA

Lain Macam Satu Negara Ni. Uzbekistan Nekad Tawarkan RM12800 Kepada Pelancong Kalau Dapat Covid19

Uzbekistan sangat yakin pelancong takkan dijangkiti COVID-19 ketika melancong di negara mereka – sehinggakan kerajaan mereka menawarkan pampasan USD3,000 (RM12,794) seorang jika ada pelancong yang dijangkiti COVID-19 ketika melancong di negara tersebut.Sehingga kini Uzbekistan hanya mencatat 19 kes pemergian akibat COVID-19 hasil tindakan pantas kerajaan mereka menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan.

Yakin negara mereka sudah bebas COVID-19, kerajaan Uzbekistan cuba merangsang sektor pelancongan negara mereka dengan melancarkan kempen ‘Safe Travel Guaranteed’. Di bawah kempen ‘Safe Travel Guaranteed’, pelancong akan diberi wang tunai sebanyak RM12,794 jika mereka dijangkiti COVID-19 ketika melancong di Uzbekistan.

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menandatangani ikrar kempen pelancongan tersebut pada Selasa lepas. Difahamkan kos RM12,794 merupakan anggaran kos yang diperlukan oleh pelancong untuk mendapat rawatan COVID-19 di negara tersebut. “Kami mahu beri jaminan kepada pelancong bahawa mereka boleh datang ke Uzbekistan,” kata Sophie Ibbotson, duta pelancongan Uzbekistan di UK.

“Kerajaan Uzbek sangat yakin dengan SOP keselamatan dalam sektor pelancongan mereka sehinggakan Presiden sendiri janji bagi duit kalau pelancong dijangkiti COVID-19 ketika bercuti di Uzbekistan.”Uzbekistan semakin mendapat tempat dalam hati pelancong luar negara kerana kekayaan sejarahnya sebagai salah satu laluan penting jalan perdagangan kuno ‘Jalan Sutera’ yang menghubungkan tamadun Barat dengan Timur.Embed from Getty Images Selain itu negara Asia Tengah itu turut terkenal sebagai destinasi popular untuk peminat sukan panjat batu (rock climbing).


loading...


Pelancong mesti patuhi SOP di Uzbekistan

Untuk menerima wang tunai tersebut, pelancong bagaimanapun mesti menempah percutian mereka dengan agensi pemandu pelancong di Uzbekistan. Pemandu pelancong, hotel dan tempat pelancongan mesti menerima sijil kelulusan dan mengamalkan SOP betul seperti yang diberikan oleh kerajaan.Ketika ini Uzbekistan telah membuka pintu antarabangsanya kepada pengunjung dari negara-negara rendah risiko seperti China, Israel, Jepun dan Korea Selatan. Pelancong dari UK dan Eropah pula mesti menjalani proses kuarantin selama 14 hari apabila tiba di Uzbekistan.

Inisiatif kempen ini merupakan usaha kerajaan Uzbek untuk merangsang industri pelancongan mereka.Pada tahun lepas, Uzbekistan dinamakan sebagai pasaran pelancongan keempat paling meningkat menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).Ini bagaimanapun bukan kali pertama kempen sebegini dilancarkan.

Sebelum ini kerajaan negeri Sicily di Itali mengumumkan akan membayar separuh kos penerbangan dan sepertiga kos hotel kepada pelancong.Cancin pula akan menaja separuh kos hotel pelancong mereka. Kemboja pula mengumumkan pendekatan berbeza. Pelancong Kemboja dikehendaki meletakkan deposit sebanyak USD3,000 (RM12,794) seorang untuk menanggung kos perubatan jika mereka dijangkiti COVID-19 di sana.

Wabak COVID19 Masih Belum Menemukan Pengakhirannya. Menarik Sekali Kejadian Yang Berlaku Di 3 Negara Ini Sehingga Meraih Perhatian Dunia

BANGKOK: Pemilik 58 spesies pokok yang mempunyai nilai ekonomi kini boleh mencagarkannya untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Dasar baharu itu dimaklumkan oleh Kerajaan Thailand, Narumon Pinyosinwat, menerusi laman Facebook beliau. “Dasar ini diusulkan Menteri Perdagangan sebagai pendekatan bagi membantu orang ramai mendapatkan pembiayaan kewangan dan mempromosikan penanaman pokok-pokok berharga dari segi ekonomi dalam kalangan masyarakat.

“Justeru, kementerian mengeluarkan peraturan mengenai jenis jaminan lain yang dapat digunakan di bawah Undang-Undang Jaminan Perniagaan BE 2558. Pada masa sama, jenis pokok berharga dari segi ekonomi akan disesuaikan dengan Undang-Undang Perladangan Hutan BE ,” katanya. Pinyosinwat turut memuat naik gambar dan senarai 58 jenis pokok berharga itu dengan nama yang dikenali dalam bahasa Thai diikuti nama saintifiknya dalam Bahasa Inggeris. Antaranya ialah pokok jati, mangga, durian, asam jawa dan semua jenis buluh. -bh

Swab test Covid-19 patah dalam hidung, punca kanak-kanak comel ini pergi buat selamanya


IBU bapa mana dalam dunia ini sanggup terima berita yang sangat tidak dijangka seperti ini. Siapa pun pasti akan terkejut. Hanya disebabkan swab test atau alat ujian bagi mengesan jangkitan wabak Covid-19 patah di dalam hidung ketika pemeriksaan dilakukan, seorang kanak-kanak lelaki comel ini dilaporkan sudah tiada. Memetik laporan Sabaq News, dalam satu kejadian yang berlaku di Arab Saudi, seorang kanak-kanak lelaki menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Umum Shaqra apabila alat swab test patah di dalam hidungnya.

Kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital apabila mengalami demam yang tinggi beberapa hari sebelum kejadian. Dia kemudian mendapat rawatan untuk memeriksa adakah dirinya dijangkiti Covid-19. Namun ketika diperiksa menggunakan alat swsb yang dimasukkan ke hidungnya, alat itu tiba-tiba patah di dalam hidungnya. Doktor terpaksa menggunakan ubat bius untuk melihat di mana kedudukan alat test swab tersebut.

Mal4ngnya, alat swab itu melekat di tekaknya yang membawa akibat kepada kesukarannya bernafas hingga membawa kepada punca pemergiannya. Dalam pada itu, Gulf News melaporkan, anak kecil tersebut pergi selepas 24 jam memasuki hospital tersebut. Ayahnya, Abdullah Al Joufan ketika menceritakan detik sedih itu mengakui, awalnya dia menolak agar anaknya dibius untuk melihat di mana alat swab tersebut. Bagaimanapun para doktor mendesak agar imbasan dilakukan. M4langnya, ketiadaan doktor pakar yang sedang bercuti menyukarkan operasi dilakukan dengan segera untuk menarik swab yang terlekat di tekak anak kecil itu.

Akui Al Joufan, sebaik mengetahui doktor pakar bercuti, dia mahu memindahkan anaknya ke sebuah hospital di Riyadh, tetapi ambulans pula datang lambat. Sebaik ambulans datang, anaknya sudah pun tiada. Ekoran kisah ini menjadi tular, bapa si anak itu mendapat panggilan telefon dari Menteri Kesihatan Arab Saudi, DR Tawfiq Al Rabiah yang menyampaikan ucapan sedih di atas pemergian anak kecil itu malah salam juga disampaikan dari Pengarah Urusan Kesihatan di Royadh Hassan Al Shahrani. Menteri Kesihatan itu berjanji akan menyiasat kes ini lebih lanjut.-sinarplus

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم