Bukan calang calang rupanya Tomok ni. Tomok dedah dia hampir tak teruskan 2 sem serta dia telah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam satu bidang ini

Penyanyi, Tomok meluahkan rasa lega selepas dirinya selasai menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang berlangsung pada Ahad.Menurut Tomok, dengan berakhirnya peperiksaan tersebut maka pengajiannya di Universiti Utara Malaysia juga bakal melabuhkan tidak lama lagi.

Bukan calang calang rupanya Tomok ni. Tomok dedah dia hampir tak teruskan 2 sem serta dia telah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam satu bidang ini
Penyanyi, Tomok meluahkan rasa lega selepas dirinya selasai menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang berlangsung pada Ahad.Menurut Tomok, dengan berakhirnya peperiksaan tersebut maka pengajiannya di Universiti Utara Malaysia juga bakal melabuhkan tidak lama lagi.

ARTIKEL MENARIK:Terpaksa ke hospital gara gara kejadian yang tidak diingini berlaku kat kaki. Nadia Brian kongsi keadaan dia sekarang dan hal rumah tangganya
loading...




“Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang pernah memberikan ilmu untuk kami semua,” tulisnya.Bekas vokalis kumpulan New Boyz itu berkata demikian menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Tomok turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang membantunya sepanjang lima tahun melanjutkan pelajaran.“Terima kasih pada kawan-kawan class BCIM yang selalu berikan sokongan kat aku. Walaupun sebenarnya aku nak give up masa sem 2 lagi.

“Terima kasih @idzwan1877 dan Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak atas segala tunjuk ajar selama ini.“Terima kasih buat isteri dan anak-anak yang memahami ayah. Insyaallah ayah lakukan yang terbaik buat kita sekeluarga


“Yang paling penting, terima kasih ALLAH untuk segalanya. Aku bersyukur YA ALLAH untuk segala nikmat yang di berikan.“Semoga aku dapat jadi seorang insan yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” katanya lagi.Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Tomok berjaya menamatkan pengajiannya itu.Terdahulu, Tomok melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif di UUM bersama beberapa selebriti lain seperti Fattah Amin, Altimet dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Tomok


loading...


Setelah Lama Buka Perniagaan Tudung Tomok Umum Sesuatu Mengenai Bisnesnya. Dia Dedah Sesuatu Punca Semua Ini Terjadi

Selepas lima tahun menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra, penyanyi Tomok mengumumkan penutupan perniagaan itu pada Khamis. Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas usaha untuk bertahan tidak berjaya. “Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih korang yang pernah sokong Arriandra yang pernah bekerja dengan kami, pernah beli tudung dari kami, pernah datang booth dan juga beli secara online.


“Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia… bisnes ada naik turun,” ujarnya. Stok tudung yang akan dilelong Tomok. Perniagaan tudung itu diusahakan Tomok bersama rakan kongsinya yang dijual menerusi dalam talian dan laman e-dagang. Dalam pada itu, penyanyi lagu Bekas Kekasih ini akan membuat jualan murah dalam masa terdekat bagi menghabiskan stok yang tinggal. “Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini nanti saya cari tempat untuk habiskan lebihan tudung. “InsyaAllah ada yang lebih baik di masa yang akan datang Insyaallah, Aamiin.

Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan

“Hari ni kami terpaksa pindah keluar dari tempat ini. Siapa berminat, InsyaAllah kami akan adakan clearance sale. Tomok bersama isteri dan anak-anak mereka. “InsyaAllah kami akan jual murah-murah saja RM5 pun ada. Korang ambil la, nak tutup kedai dah ni,” kata Tomok. Arriandra merupakan gabungan nama dua orang anak lelaki Tomok dan isterinya Rahayu Abbas iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman. Selain bisnes tudung, Tomok turut mempunyai francais minuman Chatime serta pemanis mulut Street Churros yang terletak di Aeon Mall, Shah Alam dan Seremban2.

Tomok dapat anak perempuan

Lama mengidam puteri, isteri Tomok selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, tengah hari tadi. Berkongsi berita gembira itu, Tomok memberitahu, isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 1 tengah hari. Bayi comel seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal.


“Alhamdulillah impian mahukan anak perempuan ini lebih kepada isteri saya… Rezeki menyebelahinya. “Sebelum ini, kami dikurniakan dua hero. Kali ini, isteri saya ada geng. Bolehlah pakai sedondon nanti,” kata Tomok kepada BH Online. Tomok berkata, isteri dan bayi mereka sihat. Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.

Rakan Artis Dedah Sikap Sebenar Tomok…Apa Sudah Jadi?

Penyanyi Tomok sememangnya dikenali sebagai seorang yang  selesa berkongsi mengenai kisah kisah kerjaya dan keluarga. Namun begitu, tidak ramai yang tahu tentang sikap sebenar Tomok dalam kehidupan sebenar dan di luar pandangan peminat. Menerusi satu dokumentari khas bertajuk TOMOKTWNTY yang kini ditayangkan di laman YouTube, rakan-rakan artis serta peminat telah dedahkan sikap pemilik nama sebenar Shah Indrawan ini.

Memasuki episod ketiga yang mula ditayangkan hari ini, banyak perkara yang dedahkan oleh beberapa rakan artis untuk disaksikan oleh para peminat. Antara artis berkongsi cerita dalam TOMOKTWNTY adalah Black Hanifah, Zimi, Gjie 6ixth Sense, Johan, Zahid dan ramai lagi. Episod pertama telah pun disiarkan pada tanggal 27 Disember lalu.
TOMOKTWNTY boleh ditonton menerusi saluran YouTube Monkey Bone dan setiap episod akan disiarkan dua minggu sekali.

Tomok namakan anak Siti Khadijah

Penyanyi Tomok memilih nama Siti Khadijah buat anak ketiganya yang dilahirkan pada 4 Jun lalu. Pengumuman itu dibuat anak Tomok di Instagram miliknya. Sementara itu, isteri bekas vokalis Newz Boys, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi seberat tiga kilogram itu secara normal selepas lima tahun menanti anak perempuan. Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.

Hargai jasa wira negara, Tomok hulur bantuan makanan

Pengorbanan dan jasa pasukan barisan hadapan negara bagi mengawal penularan wabak Covid-19 terus dihargai ramai. Terbaharu, penyanyi Tomok turut tidak terkecuali menunjukkan tanda terima kasih dengan menghulurkan bantuan makanan kepada pasukan petugas.

Semalam, Tomok memuat naik sekeping gambar di laman sosial Twitter sedang membawa bungkusan makanan sambil memaklumkan ia merupakan sumbangan darinya serta beberapa barisan rakan artis yang lain. “Dari saya, Black, Achey dan Shuib untuk mereka yang bertugas,” tulisnya.

Tomok sebelum ini undang kontroversi selepas memuat naik status di Instagram mengenai bantuan khusus bagi penggiat seni yang terjejas akibat perlakuan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, Tomok memohon maaf di atas sikapnya sehingga undang rasa berang banyak pihak.

Tomok tak putus-putus bersyukur

“INI rezeki yang Allah nak bagi kepada kami. Isteri saya pun memang teringin sangat nak ada anak perempuan,” kata penyanyi Tomok yang dikurniakan anak perempuan semalam. Tomok yang sudah memiliki dua anak lelaki ketika dihubungi tidak putus-putus mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana mengurniakan anak perempuan dalam keluarganya.

“Terima kasih Allah. Kami gembira dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga kami ini. Dua anak saya Arrian dan Andra amat gembira dapat adik, cuma mereka agak kecewa kerana tak dapat pergi ke hospital. “Insya-Allah kalau tiada apa-apa masalah, esok isteri saya dibenarkan keluar,” katanya.

Semalam Tomok berkongsi wajah puterinya itu di Instagram untuk tatapan peminat. Dia turut melahirkan kata-kata kesyukuran kerana isterinya selamat melahirkan bayi perempuan. Manakala isterinya, Rahayu Abas menerusi hantaran di Instagram pula memaklumkan bayi itu dilahirkan selepas azan Zuhur pada jam 1.25 petang dengan berat 2.98 kilogram.

Ditanya nama pilihan, Tomok mengakui sudah mempunyai nama yang sesuai. “Kami sudah ada nama untuk bayi ini dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. Berita kehamilan Ayu diumumkan Tomok di Instagram pada 25 Oktober tahun lalu. Ketika itu dia berharap menimang anak perempuan pula bagi melengkapkan keluarga mereka.

Dia turut berharap orang ramai turut mendoakan yang baik-baik buat isterinya serta bayi dalam kandungan.Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, dan Rahayu berkahwin pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.

via Era Kini
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم