Pelakon Que Haidar dikritik oleh seorang warga maya mengenai adabnya berswafoto di tempat persemadian bersama isteri, Linda Jasmine dan anaknya.
Warganet tersebut dikatakan Que tergolong orang yang cetek pengetahuan agama mengenai adab di tempat persemadian. Que memuat naik paparan skrin komen pengikut tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya. Pelakon tersebut turut memberi respon mengenai komen tersebut di dalam kapsyennya.
ARTIKEL MENARIK:Wanita zaman sekarang ramai yang suka ambik laki orang. Mengejutkan bia tiba tiba Lisdawati luahkan sesuatu bila suaminya buat macam ni.
“Alhamdulillah ada yang sudi tegur saya. Tapikan lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu serta beragama Islam. “Apa yang saya tahu kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik,” tulisnya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang lain apabila merasakan perbuatan warganet itu agak keterlaluan dan tidak beradab.
Terdahulu, menerusi sebuah entri di IG, Que memuat naik fotonya bersama isteri dan anak yang sedang menziarahi tempat persemadian. Namun Que tidak memberitahu milik siapakah yang diziarahi. Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.
Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 10, dan Tengku Cleopatra Haidar, 8. Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.
Que selami jiwa lelaki berjiwa manja
Biarpun bersikap selektif dalam memilih naskhah lakonan, namun nama Que Haidar tidak terpinggir apabila terus menjadi pilihan pengarah membintangi drama mahupun telefilem hebat. Kemunculan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama), Anugerah Skrin TV3 menerusi drama Terlerai Takbir Kasih pada 2009 itu hanya sesekali muncul di kaca televisyen (TV), tetapi ia memberi impak dan lakonannya sering diingati.
Sekian lama tidak muncul, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar membintangi telefilem Pencipta Pegang Waktu yang disiarkan di TV3 pada Jumaat lalu. Menerusi telefilem arahan Zainorhisyam Samudin itu, Que bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid, Khir Rahman dan Puteri Balqis.
Que berkata, prinsipnya yang selektif memilih sesebuah karya adalah satu perkara yang membuatnya selesa, biarpun kelibatnya jarang kelihatan di kaca TV. “Saya memilih dalam menilai setiap naskhah drama mahupun telefilem. Lebih tepat, saya sebenarnya sangat memilih. “Allah memilih seseorang sebagai individu yang berpengaruh tentu ada sebab mendalam. Bukan sekadar mencari rezeki dengan pengaruh dimiliki, tetapi ia daripada itu.
“Saya melihat tanggungjawab cukup untuk masyarakat. Ia termasuklah mendidik, mempengaruhi, menjadikan contoh baik untuk masyarakat dan industri hiburan,” katanya kepada BH Online. Suami kepada Linda Jasmine itu berkata, ini kali kedua memegang watak lelaki berwatak manja dan terbaharu menerusi telefilem Pencipta Pegang Waktu.
Bagaimanapun, katanya, percubaannya menerusi watak Zee itu lebih istimewa. Malah, lebih teruja apabila bergandingan dengan Fauziah atau Kak Ogy. “Bagi saya, ia satu kenangan istimewa dapat bergandingan dengan primadona hebat itu. Dari kecil, saya membesar dengan lakonan Kak Ogy. Saya teruja berlakon bersamanya. “Kalau ikutkan, ini kali kedua saya bergandingan dengannya. Cuma, drama yang kami berlakon bersama dahulu tak disiarkan. Saya sendiri tak tahu kenapa jadi begitu.
“Saya juga sudah dua kali berlakon di bawah arahan Kak Ogy. Untuk kali ini, saya bukan sahaja dapat berkongsi rasa, memberi gelaran baharu padanya iaitu Mama Sasa watak yang dipegang,” katanya. Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2008 dan 2009 itu berkata, dia suka jalan cerita telefilem berkenaan. Malah, berkongsi idea bersama penulis skrip, Siti Jasmina Ibrahim. “Hakikatnya, ada di kalangan kita yang suka menjatuh sesuatu perkaa tanpa tahu jalan cerita. Adatlah manusia, ada sisi baik serta kurang baik. Cuma, aib dilindungi atau tidak.
“Saya kenal ramai lelaki berwatak manja seperti macam Zee. Lebih lagi, apabila menceburi dunia seni, tetapi golongan ini semuanya baik-baik. “Saya cuba mengangkat jiwa, rasa dan doa mereka. Saya suka pendekatan Ustaz Ebit Lew dalam berdepan dengan golongan ini. Dia tidak menghina dan tidak memandang rendah, tetapi lebih kepada kasih sayang sesama manusia,” katanya yang turut mengadakan kelas lakonan secara persendirian atau anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Warganet Keliru Sama Ada Anak Faham Bahasa Melayu Atau Tidak, Ini Jawapan Que Haidar!
Pelakon Que Haidar berkongsi sebuah rakaman video anak-anaknya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra bersama pembantu rumah mereka yang dikenali dengan nama Mus. Menerusi video tersebut, dua orang puteri Que kelihatan sedih apabila pembantu rumah membuat keputusan untuk berhenti kerja selepas tiga tahun. “Bergenang air mata saya bila tengok anak-anak macam ni.
“Hari ni hari terakhir pembantu rumah kami berkhidmat dengan kami setelah tiga tahun. “Kesian tengok Ratu dan Cleo. Insya-Allah nanti kalau panjang umur lagi jumpa lagi kak Mus,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya. Menjengah di ruangan komen, terdapat seorang pengikut yang keliru apabila melihat anak-anak Que faham dalam bahasa Melayu.
“Bibik cakap bahasa Melayu ke bro. Anak-anak faham la ek bahasa Melayu,” tulisnya. Jawab Que, anak-anaknya fasih bertutur dalam bahasa ibunda. “Dia orang boleh cakap Melayu la,” balasnya. Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 9, dan Tengku Cleopatra Haidar, 7. Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.
Lelaki kalau ‘membawang’ kalah perempuan…
Watak lelaki berwatak manja, Zee lakonan pelakon hebat, Que Haidar dalam telefilem Pencipta Pegang Waktu yang ditayangkan di TV3 sempena Hari Raya Aidiladha, kelmarin, menjadi perhatian warganet. Dalam pada watak itu mendapat pujian ramai, tidak kurang juga yang menjadikan lakonan dan penampilan Que itu sebagai bahan bualan mereka. Dalam erti kata lain ‘membawang’ di laman sosial.
Buktinya apabila seniwati Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang turut membintangi telefilem itu memuat naik tangkap layar komen pengguna laman sosial di YouTube. “Bila lelaki membawang! Tahap apakah ini mentaliti tu? Itukan watak dia dalam telefilem ini. Memang tak boleh hadam mentaliti manusia macam ni la. “Mesej pencipta pegang waktu jangan nilai orang. Mereka tengok di YouTube tapi masih tak faham mesej cerita ni. Mari sini saya nak kuliahkan yang berkata negatif Zee Gems,” tulisnya di Facebook. Berdasarkan komen yang ditulis, mereka ‘membawang’ mengenai penampilan Que.
“Pasal apa Que Haidar muka dah macam wanita veteran pula sekarang ni, bertambah kuat,” tulis akaun itu. Ia seterusnya dibalas oleh beberapa komen lain yang turut bercakap perkara sama. “Tu la rasanya dia dah macam ni sekarang bukan macam dulu yang macho,” tulis pengguna akaun Md Tarmizi. Bagaimanapun, komen itu dinafikan pengguna akaun lain yang menyifatkan lakonan Que menjadi. “Dah dia bawa watak lelaki berwatakan manja, memang la macam itu,” tulis pengguna akaun Zul Khairi. Pengguna akaun Adi DJ juga beranggapan lakonan Que berjaya. “Itu bererti lakonan beliau menjadi. Itu kan kesan mekap saja dan memang peran beliau watak manja. Syabas Que Haidar,” tulisnya.
إرسال تعليق