Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahirah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai. Begitupun, posting itu kemudian disalah erti pihak tertentu yang mempersoalkan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.
Bahkan, di ruangan komennya, individu berkenaan meminta agar pelakon yang dikenali dengan panggila Shiera itu untuk tidak menjual, sebaliknya memberikan sahaja kepada mereka yang memerlukan.“Sedekah sahajalah. Sudah tak ada duit sangat ke nak jual bagai.
ARTIKEL MENARIK:Tular bila Miera Leyana dikatakan bermadu. Kini giliran suami pula keluarkan kenyataan untuk terang cerita sebenar di sebalik perkahwinan mereka
“Kita yang kais pagi makan pagi pun tak terfikir nak jual baju yang dah pakai,” tulisnya.Bagaimanapun, tindakan individu tersebut kemudian mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.
Bahkan, Shiera kemudian tampil menegur individu berkenaan yang disifatkan agak kasar.
“Eh, jangan kecilkan hati orang. Kasar cakap tu. Baik sangat kamu ni sampai lupa baik orang..nampak jahat orang sahaja ya.“Salah sebab kasar, tak siasat tu baju siapa, duit pergi mana, ni menuju ke arah negatif,” jawabnya.Bahkan, dalam satu entri berasingan, Shiera turut berkongsi imej paparan tangkap layar komen-komen individu berkenaan di Instagram.“Lama tak ada kes. Ada balik parasitt dalam Instagram aku.
“Kadang-kadang bila cakap depan-depan menyakiitkan hati. Ya, dia orang baik, orang bersedekah, tapi suka kecilkan hati kita.“Dia kata IG dia orang yang kuat mengata, orang yang kurang kasih sayang, dia mengata kita, dia tak follow kita, dia kacauu kita,” sindiir Shiera.
Terdahulu, Shiera meluahkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.“Baju show nak jual…show pulak..baju pergi kenduri, pergi jalan. Di mana dan bila kita nak jual ni? Bulan ni sibuk, nanti datang bulan kita jual di Instagram,” katanya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini
Sumber:gempak
Ekoran Berita Perpisahan Sharifah Sakinah Dan Suami. Kakaknya Sharifah Shahirah Munculkan Diri Dan Dedahkan Kisah Sebenar Yang Terjadi Antara Mereka
SHARIFAH Shahirah menjelaskan mengenai perpisahan adiknya.”KEDUA belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa,” kata penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mengenai perpisahan adiknya yang juga pelakon, Sharifah Sakinah dengan suami, Aliff Adha pada Mei lalu. Shahirah yang mesra disapa Shira berkata, perbincangan yang dibuat bersama keluarga itu tidak menjurvs kepada mencari salah siapa. Malah, Shira mengakui Aliff seorang suami yang baik sepanjang lima tahun berkahwin dengan Sakinah.“Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu. “Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan berbalah salahkn sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami. “Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh,” katanya kepada Harian Metro. Shira menjelaskan dia tidak tahu menahu punca perpisahan pasangan itu. “Jangan tanya sebab apa mereka berpisah, sebab memang tidak tahu apa-apa.
“Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay. “Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka,” katanya. Terdahulu, Sakinah berkongsi perkahwinan dibina bersama Aliff terlerai pada Mei lalu selepas tidak lagi tinggal sebumbung pada Mac lalu. Pasangan itu berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais yang kini berusia tiga tahun.-mymetro
Lepas berpisah dgn suami akhirnya Sharifah Sakinah bongkarkan tentang bekas suami layan apps dating. Pendedahan itu buat semua tergamam
KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berk3cai sejak Mei lalu. Sharifah Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu. “Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu. “Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH Online. Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus menc3tuskan spekulasi hubungan mereka.
Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu. “Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur. “Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya. Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.
Biodata
1. Pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired. Dikenali sebagai Sharifah Sakinah. 2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 28 Mei 1989. 3. Merupakan pelakon, pelawak dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.
4. Dua kakaknya juga merupakan anak seni iaitu pelakon Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau Sharifah Haslinda / Lynn dan pelawak Sharifah Shahirah. 5. Mula menempa nama selepas membintangi sitkom Hotel Mania pada 2010.
6. Antara drama dibintanginya seperti Dottie, Ana Lu’lu, Benci Vs Cinta, Yem Rempit, Isteri vs Tunang, Girlfriend Aku Dari Nraka The Series, My Coffee Prince, Selafaz Cinta dan Voice Note. 7. Termasuk telefilem Bimbi & Bonnie, Kulit, Wau Kasih, Fatonah Azali, Rumah No. 10, Rumah Hantu Sakit Jiwa, Bini Aku Dari… dan banyak lagi.
8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ular, Pekak, Kimchi Untuk Awak dan Rise: Ini Kalilah. 9. Pemegang trofi Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada 2014.
10. Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 selepas mengikat tali pertunangan pada 2014. Mereka menyambut kehadiran cahaya mata bernama Anais Adha pada 24 Mei 2017.
Sharifah Sakinah mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suami, Aliff Adha, sejak Mei lalu. Dalam perkembangan lain, aktres serba boleh itu baru selesai menjalani penggambaran telefilem, Kasih Tau Foo Fah berganding dengan Michael Ang. Telefilem itu akan disiarkan TV3 pada 29 0gos depan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Imej terbaru anak Sharifah Sakinah menjadi bualan warganet. Tak sangka ini jawapan sakinah tentang isu itu.
Sakinah menafikan tindakannya membotakkan kepala anaknya disebabkan mengalami penyakit serius atau dijangkiti kuman. Perkongsian video pelakon Sharifah Sakinah memperlihatkan kepala anak perempuannya, Anais berimej botak menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet. Rata-rata warganet beranggapan tindakan pemilik Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 30, disebabkan kanak-kanak itu mengalami penyakit yang serius atau dijangkiti kutu rambut. Bagaimanapun, Sakinah menafikan semua telahan itu dan meminta warganet untuk terus membuat spekulasi.
“Terlalu banyak spekulasi mengenai kenapa kepala Anais botak sekarang ini. Adakah dia sakit? Adakah dijangkiti kutu?. “Ada melekat kekotoran? Dia menjadi kreatif dan potong rambutnya sendiri? Bukan semua yang dikatakan. “Teruskan membuat spekulasi,” tulis Sakinah menerusi laman Instagramnya. Dalam pada itu, ada segelintir pula menganggap tindakan aktres itu bertujuan supaya rambut anaknya tumbuh dengan lebih lebat dan cantik. Malah,warganet turut memuji wajah Anais lebih kelihatan seiras dengan aktres berkenaan.
“Ala nak bagi rambut lebat lagi tumbuh ya. Tu sebab dia botakkan, sebab pernah buat kat anak buah dulu. Lepas botak, rambut tumbuh cantik dan lebat. Jadi, Anais akan cantik selepas ini. “Tak apa. Rambut boleh tumbuh lagi. Mana tahu semakin lawa rambut akan datang. “Anais nampak comel dalam video. Baru pertama kali nampak dia iras Kinah. Selalu nampak iras suami saja,” komen beberapa warganet. Adik kepada penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah ini berkahwin dengan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Anais Adha pada 24 Mei 2017. Sumber: Mstar
Sakinah dapat lampu hijau pusat tahfiz
Berikutan membawa sekumpulan kanak-kanak tahfiz menonton wayang filem seram Pusaka Sabtu lalu, pelakon Sharifah Sakinah dikritik warganet yang berasa kurang senang dengan niat baiknya. Sakinah menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram berkata, dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian warganet hingga ada yang salah faham.
“Saya minta maaf jika menyinggvng sesiapa. Ia bermula dengan niat baik tetapi tak sangka pula jadi kontroversi,” katanya. Menurut Sakinah, sebelum membawa pelajar tahfiz terbabit keluar, dia terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pengurusan sekolah mengenai aktiviti yang dirancang.
“Saya mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan tahfiz. Saya bawa mereka menonton dan makan di luar, pada masa sama menyokong filem tempatan yang bagus. “Kalau sekadar beli satu atau dua tiket ia tidak mencukupi untuk membantu filem tempatan. Jadi saya terfikir untuk bawa pelajar tahfiz sekali gus dapat menggembirakan kanak-kanak ini. “Mereka suka Pusaka kerana filem ini berkaitan agama dan jin. Ada mesejnya di situ,” kata Sakinah. Sumber : myMetro
via Era Kini
إرسال تعليق