KKM bercadang untuk lanjutkan PKPP. Ini keterangan langsung dari DS Dr Adham Baba berhubungkait dengan isu yang sedang menjadi bualan ramai

KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mencadangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir 31 Ogos ini.

KKM bercadang untuk lanjutkan PKPP. Ini keterangan langsung dari DS Dr Adham Baba berhubungkait dengan isu yang sedang menjadi bualan ramai
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, saranan berkenaan diusulkan berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung koronavirus (Covid-19) berlaku tidak kurang dari dua tahun.

ARTIKEL MENARIK:Ibuyati mahu p0lis slasat Tun M, Kamal Ashnawi. K3s kehilangan wan melebihi RM11 trilion
loading...


Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan untuk meneruskan atau menamatkan PKPP bergantung kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MKN.”Kes di negara masih meningkat dengan kes import di negara yang tertentu bertambah, tetapi Malaysia dapat mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya selepas merasmikan program Perkeso Prihatin 10gara Selamat di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuan.Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, beliau menjelaskan tindakan itu mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988.

“Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.”KKM tengok pelbagai sudut dan kompaun maksimum ialah RM1,000 (di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), kalau ada (pihak berkuasa) membuat pendkwaan lain… itu terpulang,” katanya.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988 memperuntukkan denda maksimum RM1,000 yang mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara sama ada warganegara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.-sinarharian

Kluster Tawar Di Kedah Meningkat Sampai Dua Angka. KKM Dedahkan Kes Baharu Ini Terjadi Dan Harap Semua Peka Dengan Keadaan Yang Berlaku Di Kawasan Tersebut

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan lapan kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,257 kes setakat Sabtu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 183 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada lapan kes baharu yang dilaporkan, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang rakyat Malaysia dan dua bukan warganegara.Menurut Dr Noor Hisham, kesemua lima kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada kluster Tawar di Kedah.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.”Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes,” katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,949 kes.”Sehingga kini, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.Mengenai kluster Tawar di Kedah, Dr Noor Hisham berkata, lima kes baharu yang dicatatkan pada Sabtu menjadikan jumlah terkini daripada kluster itu sebanyak 63 kes.


loading...


Bertambah 6 Kes Positif Baharu. KKM Beri Penjelasan Berkaitan Kluster Tawar Yang Merekodkan Pertambahan Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat pertambahan 6 kes baharu di Kluster Tawar, 5 daripadanya adalah generasi kedua. Maklumat tentang Kluster Tawar pada hari ini melibatkan 5 kes di Kedah dan 1 kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak 39 kes.

Sehingga 16 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 899 orang telah disaring dalam kluster ini.Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (727 disaring): 35 kes dikesan positif Covid-19, 643 individu negatif,49 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (164 disaring):4 kes dikesan positif Covid-19, 155 individu negatif, 5 individu masih menunggu keputusan.

3. Perak (8 disaring):Tiada kes dikesan positif Covid-19, 5 individu negatif, 3 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terdahulu, kluster ini mencatatkan 12 kes baharu. Manakala 2 lagi kluster yang turut dimuatnaik semalam (Muda dan Sala) tidak melaporkan sebarang kes baharu setakat hari ini.

Sumber: KKM

Kluster Sivagangga Makin Bertambah. Individu Yang Sebelum Ini Tidak Mengaku Akhirnya Dikenakan Tindakan Dan Lebih Mengejutkan Terbongkar Jua Cara Kluster Ini Merebak

Akibat ingkar arahan untuk menjalani kuarantin dirumah, pengusaha Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra akhirnya dikenakan untuk ke tirai besi dan didnda. Dia yang baru pulang dari India pada 13 Julai telah menjadi punca kepada  kluster, Kluster Sivagangga. Ini meyebabkan dia dikenakan tindakan tersebut selama lima bulan dan didnda sebanyak RM12,000.

Nezar Mohamed Sabur Batcha bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebelum ini namun mengakui kesalahan berkenaan setelah jurubahasa membacakan empat prtuduhn ke atasnya dihadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun keatasnya.

Prtuduhn pertama dan kedua, dia dikatakan tinggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani kuarantin apabila dia berada di Bank Rakyat Jitra pada 14 Julai dan Agro Bank Jitra pada hari yang sama. Untuk kes ketiga dan keempat, dia berada di Pusat Khidmat Hasil LHDN Kubang Pasu dan Public Bank Jitra pada hari yang sama. Sikap tidak bertanggungjawab pemilik kedai nasi kandar ini menyebabkan 45 orang individu positif COVID-19, melibatkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

OHMEDIA: SEMOGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MEREKA  YANG DIMINTA UNTUK KUARANTINKAN DIRI SETELAH PULANG DARI NEGARA BERISIKO.  Kredit: Berita Harian

Ekoran Kluster Sivagangga Aktif Di 3 Negeri. Dr Noor Hisham Bongkarkan Punca Utama Kluster Ini Dinamakan Sebagai Kluster Sivagangga Dan Harap Semua Ambil Ambil Perhatian

Masyarakat perlu mengambil serius dengan saranan Kementerian Kesihatan dan kerajaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 yang berlaku di negara kita. Menerusi satu status daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menund1ng jari kepada mana-mana pihak bagi kes-kes kluster terbabit , namun jadikan kes ini sebagai satu teladan kepada semua.

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Penerangan mengenai Sivagangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu. PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara. Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau tidak mengikuti arahan kerajaan. Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menud1ng jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM. Jika kita alpa dan bersikap tidak kisah, kesannya bukan sahaja pada diri sendiri dan keluarga malah masyarakat sekeliling serta negara.

Langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan. Pakai pelitup muka sebaik keluar rumah untuk membiasakan diri dengan budaya norma baharu untuk melindungi diri.

Sumber: KKM via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم