Lebih lapan ribu individu pulang dari luar negara. Ismail Sabri dedahkan jumlah kes positif di antara mereka

Daripada 8,011 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai lalu, seramai 20 orang positif Covid-19 dan dibawa ke hospital.

Lebih lapan ribu individu pulang dari luar negara. Ismail Sabri dedahkan jumlah kes positif di antara mereka

SERAMAI 20 individu yang pulang dari luar negara dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana positif Covid-19 setakat ini.



ARTIKEL MENARIK:Khuatir kluster Sivagangga makin meningkat saban hari. Pengarah JAIS mengarahkan penduduk untuk tidak melakukan sesuatu ini demi keselamatan orang ramai
loading...


Menurut Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 20 individu itu adalah sebahagian daripada 8,011 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dari 24 Julai sehingga semalam (Sabtu).

Sementara itu baki 7,991 yang lain ditempatkan di 31 buah hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah untuk menjalani kuarantin wajib.

“Mereka telah pulang dari 30 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan PKPP pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Ismail memberi jaminan bahawa barangan keperluan mencukupi, mudah diperoleh dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan. Ujarnya, ini berdasarkan pemantauan harian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pada Sabtu, pemantauan dibuat ke atas 12 jenis bekalan barangan di 543 premis perniagaan termasuk peruncit (390), pemborong (130) dan pengilang (23).

“Maka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakkan fizikal dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya lagi.

Beliau berkata penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 1,733 pemeriksaan khas Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP dan mendapati 1,697 premis mematuhi SOP ditetapkan manakala 35 premis diberi nasihat dan satu premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP. – BERNAMA


loading...


Isu Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin.P Prabakaran Berpendapat Akan Membebankan Beberapa Golongan Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menanggung kos kuarantin di pusat kuarantin atau membenarkan individu pulang dari luar negara menjalani kuarantin di rumah.Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, keputusan kerajaan mewajibkan individu terlibat menjalani kuarantin di pusat kuarantin membebankan golongan yang kurang kemampuan.

“Ini termasuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang bimbang pulang ke tanah air kerana tidak mampu menampung caj kuarantin yang berubah-ubah. Kerajaan Singapura menanggung kos kuarantin rakyatnya sementara pekerja asing perlu menanggung kos tersebut.”Berbeza di Malaysia saya boleh katakan secara terbuka ada sesuatu yang tidak kena selepas kerajaan beberapa kali mengubah keputusan berhubung isu kuarantin dan kos pusat kuarantin,” katanya.

Beliau diminta mengulas isu kuarantin Malaysia-Singapura yang dilaksanakan di Johor Bahru Sentral semalam selepas bertemu penduduk Taman Wahyu bagi meninjau kolam takungan tercemar disebabkan sampah di Lakeville Jalan Kuching hari ini.Menurutnya, belum tiba masanya kerajaan membantu industri perhotelan kebajikan rakyat lebih utama buat ketika ini.

“Kebajikan individu di pusat kuarantin perlu diuruskan sama seperti penduduk ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi sebelum ini yang ditanggung Kementerian Kesihatan.”Pelaksanaan kuarantin di hotel ini disebabkan segelintir individu yang tidak patuh arahan untuk kekal di rumah tetapi Sarawak, mereka dipantau menerusi Sistem Pengesanan Global (GPS) membolehkan pergerakan dikesan,” katanya. Dalam pada itu, beliau menggesa supaya kekerapan ujian swab terus dipergiatkan terutama di sempadan Johor- Singapura yang dilihat lebih efektif dalam mengesan pesakit Covid-1-sinarharian

Kerajaan tanggung lebih separuh kos kuarantin wajib warganegara

KOS yang perlu ditanggung setiap individu yang dikuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin berjumlah RM4,700.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi rakyat Malaysia perlu membayar maksimum RM2,100 atau 44.7 peratus untuk caj bilik hotel dan makan sebanyak tiga kali sehari.

“Kerajaan pula menanggung baki kos RM2,600 atau 55.3 peratus termasuk kos pengangkutan dari Pintu Masuk Sempadan ke stesen kuarantin, kos makan minum serta peralatan perlindungan diri (PPE) petugas kesihatan, keselamatan dan sekretariat serta kos pembersihan dan ‘decontamination’ di stesen kuarantin.

“Bermula 24 Julai lalu, kerajaan memutuskan supaya semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warga asing dibenarkan masuk ke negara ini perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan kerajaan.”Mereka yang terbabit perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin termasuk kos ujian saringan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, seramai 1,631 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di sembilan stesen kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor setakat 24 Julai hingga 27 Julai lalu.

“Mereka pulang dari 22 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda dan Australia.”Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan 1,776 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing sejak semalam.

“PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu tebabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya.Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dib0losi pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19.-mymetro

 via Era Kini
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم