Lelaki warga Perancis itu bebas daripada gejala COVID-19 dan negatif ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.PUTRAJAYA: Lelaki warga Perancis yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada 20 Ogos lalu telah dimasukkan ke stesen kuarantin Langkawi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan bebas daripada gejala COVID-19 selain ujian saringan yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati hasilnya negatif.
ARTIKEL MENARIK:Ambil ujian COVID19. Vivy Yusof dedahkan keputusan ujian dia dan suami malahan bapanya juga beri satu pesanan khas buat Vivy
Susulan keputusan itu, beliau berkata, lelaki tersebut dibenarkan meneruskan perjalanan dengan menaiki penerbangan domestik ke Langkawi.Beliau berkata, lelaki itu yang termasuk dalam program Malaysia My Second Home (MM2H) pada awalnya diberi kelonggaran menjalani kuarantin di rumahnya.
Bagaimanapun, dia telah dihantar ke stesen kuarantin Langkawi pada pukul 7.30 malam hari yang sama.“Mulai 24 Julai 2020, kerajaan telah mewajibkan semula semua pengembara yang tiba di Malaysia untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin, maka syarat mengenai kuarantin di rumah bagi MM2H adalah terbatal.
“Oleh itu, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, pengembara ini telah ditahn oleh Pasukan Gerakan Am kerana memakai gelang merah jambu yang memberi indikasi statusnya sebagai person under investigation (PUS) dan berada di kawasan awam,” kata Dr Noor Hisham lagi.
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham merakamkan penghargaan di atas kerjasama dan keprihatinan agensi-agenis lain dan rakyat dalam mengawal dan mencegah penularan COVID-19.“Kementerian akan sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap pandemik COVID-19 ini dilaksanakan selari dengan keputusan semasa kerajaan,” kata Dr Noor Hisham lagi.-bh
Geng Gelang Pink. Ketua Polis Dedahkan Punca Tiga Anggota Tentera Ini Dikenakan Tindakan Susulan Aktiviti Mereka Yang Tidak Sewajarnya Mereka Lakukan
SIBU, 18 Ogos — Tiga anggota tentera dari kem tentera di sini ditahan kerana didapati tidak mengikuti perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 23 dan 28 tahun, masing-masing berasal dari Kelantan, Melaka dan Johor, didapati tidak mematuhi perintah itu semasa beradai di Jalan Channel pada pukul 3.00 petang semalam.
“Orang awam yang melihat ketiga-tiga mereka di dalam sebuah kereta Proton Saga berwarna putih, masing-masing memakai gelang tangan (tanda perlu kuarantin) di Jalan Channel. Kehadiran mereka di kawasan awam kemudiannya dilaporkan ke ibu pejabat polis di sini, yang kemudiannya menghantar satu pasukan petugas untuk mengesan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya semasa diperiksa, anggota tentera yang dipercayai baru kembali ke Sibu itu didapati memakai gelang tangan berwarna putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dan siasatan lanjut mendapati mereka telah diarah menjalani kuarantin di berek, namun sebaliknya tidak dipatuhi mereka. Beliau berkata anggota tentera itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Kesksaan dan Seksyen 22(b) Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. — BERNAMA
Episod Gelang Pink Masih Ada Sambungan. Suami Isteri Buat Alasan Kononnya Hidap Alahan Kulit Dan Ini Kebenaran Di Sebalik Kejadian Yang Berlaku
Sejak usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara dipergiatkan gara-gara pandemik COVID-19, timbul pula isu yang tidak enak mengenai kedegilan pemakai ‘gelang pink’. Untuk pengetahuan ramai, sebenarnya wristband atau tag khas berkenaan diberikan oleh pihak KKM kepada semua individu yang tiba dari luar negara selepas selesai buat saringan kesihatan. Kaedah dentifikasi ini sangat penting supaya status mereka yang dalam kuarantin ini diketahui masayarakat dan tidak boleh disembunyikan.
Sepasang suami isteri dari Kampung Kuala Sanglang ditahn cuba sembunyikan ‘gelang pink‘
Selain itu, mereka juga ‘diharamkan’ sama sekali daripada mencabut sepanjang tempoh kuarantin dan hanya pihak kesihatan saja yang boleh mengendalikan alat penanda tersebut. Namun semalam, tindakan sepasang suami isteri yang nekad menyembunyikan gelang pink berkenaan telah berjaya digagalkan oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang.
Bagi alasan hidap alahan kulit…walhal sanggup ikut jalan tikus untuk beli barang
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, individu yang berusia 54 dan 65 tahun terbabit ditahan ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 3.30 petang. Gara-gara memberikan alasan hidap alahan pada kulit, mereka diberkas kerana gagal memberi alasan munasabah apabila melalui ‘jalan tikus’ sekali gus keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) iaitu Kampung Kuala Sanglang. Bagaimanapun, mereka kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumber: Astro Awani
Masih Berlarutan Kes Gelang Pink. Kali Ini Kisah Seorang Gadis Selamba Sahaja Pakai Gelang Pink Tapi Bila Disoal Siasat Rupanya Ini Kisah Disebaliknya
IPOH: Gelang merah jambu dipakai seorang individu dikesan di sebuah kedai makan di sini, bukan untuk pesakit di bawah pengawasan (PUS) COVID-19, sebaliknya gelang pengenalan masuk ke sebuah taman tema. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berkaitan penafian itu daripada peniaga restoran yang dikunjungi individu terbabit hari ini.
“Pengadu (peniaga) menerima gambar yang tular melalui WhatsApp mengatakan seorang pelanggan wanita memakai gelang merah jambu yang dikhaskan untuk individu dikuarantin berkaitan COVID-19, datang dan makan di restoran miliknya. “Selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) restoran didapati pelanggan berkenaan bukan memakai gelang merah jambu berkenaan, tetapi gelang ‘tag’ masuk ke sebuah taman tema di sini,” katanya.
A Asmadi berkata, pengadu membuat laporan jam 5 petang hari ini untuk menafikan gambar yang tular itu dan meminta polis mengambil tindakan sewajarnya kerana perkara ini mengakibatkan imej restoran pengadu terjejas. Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memakai gelang untuk PUS COVID-19 yang didkwa berlegar di sekitar sebuah kedai makan di sini.Laporan polis juga dibuat dan siasatan lanjut mengenainya turut dijalankan JKN Perak-bh
Tular Gambar Pasangan Pakai Gelang Pink. Hasil Siasatan Rupanya Gelang Pink Tu Bukan Gelang Pengesanan Covid 19. Akhirnya Tuan Badan Tampil Bongkarkan Sesuatu
Gambar pasangan kekasih tersebut tular selepas didkwa memakai gelang berwarna merah jambu pengesanan Covid-19 di kawasan parkir Bukit Bendera. GEORGETOWN – Dua individu memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang didapati berada di kawasan parkir kenderaan di Bukit Bendera, Air Itam di sini disahkan negatif (koronavirus) Covid-19.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kedua-dua yang merupakan pasangan kekasih itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita.
Beliau berkata, wanita tersebut ternampak pasangan tersebut berjalan di parkir kenderaan pusat peranginan itu pada jam 3.25 petang, 2 Ogos lalu. Menurutnya, hasil siasatan mendapati pasangan itu memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang dikhaskan kepada pengunjung sebuah kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini.
“Hasil keterangan pasangan itu, mereka ke sebuah kedai haiwan peliharaan, Corgi & The Gang Pet Cafe pada jam 12.30 tengah hari, 2 Ogos sebelum ke Bukit Bendera. “Mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang bertulis ‘Husky And The Gang’ untuk memasuki premis tersebut.
“Oleh kerana mereka ingin kembali ke kedai tersebut pada sebelah malam, mereka tidak mennggalkan gelang itu kerana premis itu membenarkan pengunjung yang telah datang ke premis untuk masuk semula dengan syarat memakai gelang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.
Menurutnya, semakan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendapati nama mereka tiada dalam senarai pesakit dalam pemantauan (PUS) di daerah Seberang Perai Utara (SPU). Soffian berkata, kedua-duanya yang tinggal di Butterworth itu mengaku merupakan individu yang tular di media sosial.
“Mereka yang berusia 21 dan 22 tahun itu mengaku tidak pernah ke luar negara. Kedua-duanya berada di kaunter tiket furnikular Bukit Bendera pada jam 3 petang pada hari sama selama sejam untuk menunggu giliran membeli tiket.
“Oleh kerana menunggu terlalu lama, mereka membatalkan hasrat untuk naik ke Bukit Bendera, lalu pergi ke Pasaraya Queensbay di Bayan Baru,” katanya. Katanya, kedua-duanya yang bekerja sebagai operator kilang dan pembantu kedai itu tidak mempunyai rekod lampau.
Terdahulu, tular gambar wanita dan lelaki memakai gelang berwarna merah jambu pengesanan Covid-19 berada di tempat kawasan parkir kenderaan dipercayai berhampiran sebuah rumah ibadat di Bukit Bendera di sini. Paparan yang dimuat naik pengguna Facebook itu mengatakan telah terserempak dengan pasangan yang memakai gelang tangan merah jambu itu semasa berselisih di tangga keluar dari pusat pelancongan berkenaan.
SUmber:sinarharian via Era Kini
إرسال تعليق