Muntah sampai ditahan wad. Mengejutkan bila tunang Raja Afiq ditahan wad hanya kerana ini. Rupanya dah 2 hari benda ni jadi pada tunang dia.

Penyanyi yang juga merupakan tunang kepada pelakon Raja Afiq, Soffwany terpaksa menerima rawatan di wad sebu ah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor selepas mengalami ker4cunan makanan. Soffwany yang juga merupakan bintang program realiti Suara Viral itu berkata, dia mula dimasukkan ke wad sejak malam semalam selepas mengalami cirit-birit dan muntah tanpa henti sejak dua hari lalu.


“Saya dah mula cirit-birit dua hari lepas selepas makan nasi lemak yang dijual di sebuah gerai.

ARTIKEL MENARIK:Spm matematik kelaut tapi kira duit je pandai. Muat naik gambar dengan ank tapi kapsyen yang jadi perhatian warganet. Sekali Sharnaaz bals komen memang win.
loading...


Doktor kata kemungkinan saya keracunan makanan. “Pada mulanya saya hanya pergi ke klinik, namun, keadaan semakin teruk apabila saya mula muntah-muntah pula dan minta tolong Afiq bawa pergi ke hospital,” katanya ketika dihubungi Gempak.


Begitupun menurut Soffwany, dia kini ditahan di wad pengasingan sementara menunggu keputusan ujian saringan Cov1d-19. “Sekarang ni pun saya masih menunggu di wad sementara dulu sebab prosedur operasi standard (SOP) untuk masuk wad sebenar kena tunggu keputusan saringan Covid-19 negatif

“Doktor kata nak buat pemeriksaan secara menyeluruh dulu. Petang ini saya akan buat ultrasound (ujian imbasan ultra bunyi),” katanya yang juga merupakan anggota polis. Begitupun, katanya, keadaan dirinya kini sudah beransur baik.

Soffwany mengikat tali pertunangan dengan Raja Afiq pada Mac lalu secara rahsia sebelum berkongsi kepada umum dua bulan kemudian. Saksikan program yang menampilkan Soffwany di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0v1d-19! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @kucing media online

Sumber : Gempak/ Berita Stedy Press

PKP eratkan Raja Afiq, Soffwany

PELAKON, Raja Afiq mengakui sedang berkawan rapat dengan anggota polis yang pernah tular memiliki suara merdu dan kini menjadi artis rakaman Suria Records iaitu Soffwany Yusoff. Afiq ketika dihubungi berkata, dia sudah lama mengenali wanita itu di media sosial, namun hubungan mereka mula rapat sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

“Kami sudah lama kenal, tapi hubungan semakin rapat sejak di awal PKP dilaksanakan. Ketika itu, banyak cerita berkaitan petugas barisan hadapan yang bertugas tanpa mengira masa demi kesejahteraan negara di media sosial.

“Soffwany antara petugas barisan hadapan yang sering memuat naik hantaran berkaitan pandemik Covid-19. Secara tidak langsung saya terpanggil untuk menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya di Instagram agar dia menjaga kesihatan dan berterima kasih kerana bersusah payah menjaga keamanan negara.

“Tidak lama selepas itu, dia membalas mesej saya dan kami mula bertukar nombor telefon dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga sekarang,” katanya. Afiq yang terkenal menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz berharap hubungan yang baru berputik itu berjalan lancar dan melangkah ke fasa seterusnya.


loading...


“Setakat ini, hubungan kami berjalan dengan baik. Walaupun jadual kerja kami tidak menentu tapi kami cuba saling memahami antara satu sama lain. “Perancangan untuk membawa hubungan ini ke fasa serius sudah tentu ada kalau sudah tertulis dia jodoh saya.

Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan tentukan. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik,” katanya. Terdahulu nama Soffwany pernah beberapa kali menjadi tular di Internet. Antaranya adalah gelagat anggota polis itu mendendangkan lagu raya berjudul Pulanglah mencetuskan ‘kegilaan’ warganet.

Soffwany dan Raja Afiq dah tunang

ANGGOTA polis yang kini bergelar penyanyi dikenali Soffwany Yusoff mendedahkan sudah mengikat pertunangan dengan pelakon Raja Afiq di Johor pada awal Mac lalu. Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, mereka merancang untuk bernikah pada Ogos ini, namun hasrat murni berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasa.

“Sepatutnya kami merancang untuk menamatkan ikatan pertunangan ini ke fasa perkahwinan pada Ogos nanti,  tetapi memandangkan PKPB masih berjalan, maka terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain. “Cuma, harapan kami semoga  majlis pernikahan diimpika dapat berlangsung sebelum tahun depan. 

“Namun, saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya kerana kami belum buat sebarang persiapan lagi seperti Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin. “Selain itu, saya juga perlu menjalani beberapa prosedur permohonan lain memandangkan kerjaya sebagai anggota polis,” katanya.

Menurut Soffwany atau nama sebenarnya, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, dia dan Raja Afiq juga tidak berniat merahsiakan majlis pertunangan selepas tiga bulan berkenalan. “Ketika di awal perkenalan kami, saya jarang melayan Afiq yang kerap menghantar mesej peribadi di Instagram. Namun, melihat pada kesungguhan itu saya akhirnya tertarik untuk berkawan.  

“Waktu berkawan, kami berborak banyak perkara terutama membabitkan perjalanan tugas polis kerana Afiq sangat berminat nak tahu. “Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan membuat keputusan untuk bertunang pada Mac lalu. Cuma, tarikhnya kami biarlah rahsiakan dan majlis pertunangan pun berlangsung di kediaman keluarga saya di Johor Bahru,” katanya. Sebelum ini, Soffwany pernah tular berikutan kelunakan suaranya mendendangkan lagu raya dan dia  juga bernaung sebagai penyanyi rakama di bawah syarikat SRC Records.


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم