BAHARU sahaja melancarkan single yang berjudul Bujang, penyanyi Hael Husaini berharap dapat menamatkan zaman bujang secepat mungkin.
Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, 33, berkata dia tidak berasa tertekan melihat rakan-rakannya yang mula melangkah ke alam perkahwinan bagaimanapun mengakui ingin merasai sendiri pengalaman berkeluarga dan berharap dapat ditemukan jodoh yang baik
ARTIKEL MENARIK:Muntah sampai ditahan wad. Mengejutkan bila tunang Raja Afiq ditahan wad hanya kerana ini. Rupanya dah 2 hari benda ni jadi pada tunang dia.
“Tak ada la tertekan tapi kadang-kadang saya pun nak merasa juga sebenarnya… sebab umur pun dah meningkat. “Sebenarnya tak salah pun nak jadi bujang. Cuma saya tengok kawan-kawan dah bertunang, dah berkahwin dan sebagainya. Saya yang umur meningkat ni bila tengok kawan-kawan, saya terfikir seronoknya hidup berkeluarga.
“Tapi tak apa la, saya yakin akan ada juga jodoh itu nanti. Saya cuma kena mencari dan banyakkan berdoa semoga yang baik-baik datang,” katanya kepada mStar. Hael ditemui pada sidang media program nyanyian Immortal Songs yang diadakan di Farm Fresh Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor pada Selasa.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Jampi ini menafikan dia bakal bertunang dengan penyanyi Dayang Nurfaizah, 39, dalam masa terdekat. Namun Hael berkata dia bakal mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya apabila sudah sampai masanya.
Hael menafikan bakal bertunang dengan Dayang Nurfaizah. “Tak ada… belum lagi. Saya tak nak jawab soalan ni. Saya tak mahu komen… bahaya soalan ini. “InsyaAllah kalau ada rezeki dengan sesiapa yang sudi dan kalau dah sampai jodoh, saya akan bertunang,” ujar Hael.
Hael dan Dayang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila mereka dilihat sering berkolaborasi di media sosial namun hubungan tersebut hanyalah antara sahabat. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kemenangan ‘manis’ Hael, Dayang
DINOBATKAN sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32) baru-baru ini adalah kemenangan pertama Hael Husaini pada acara itu selepas 13 tahun pembabitannya dalam industri hiburan tempatan.
Walaupun sebelum ini dia sudah dua kali memenangi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL), namun kemenangan di ABPBH 32 sesuatu yang manis untuknya. Bukan saja satu pencapaian baru dalam karier nyanyian terutama dengan rakan duet, Dayang Nurfaizah, tapi juga kegembiraan terbesar bagi semua peminat yang mengundi iaitu kelab peminat, Haelers dan peminat Dayang.
“Ini adalah berkat undian dan kerja keras peminat saya dan Dayang. Mereka sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya. Hael menganggap kekalahan pada tahun sebelum ini walaupun tersenarai sebagai Top 5 adalah bukan rezeki.
Malah, secara berseloroh Hael menyifatkan peminatnya masih berehat dan tahun ini mereka kembali dengan semangat dan harapan yang besar. “Mungkin sebelum ini mereka berehat sebentar. Jadi sekarang mereka datang balik dan memberikan sokongan jitu dan mengangkat Dayang dan saya. Malah, sokongan mereka juga tak pernah berbelah bahagi.
“Sebelum ini mereka ada dan sokongan tak pernah lepas, tapi ini semua rezeki. Kalau kita sudah berusaha sekali pun, tapi kalau memang bukan rezeki, nak buat macam mana,” katanya. Ditanya pesaing terdekat bagi kategori itu, Hael berkata, pasangan duet Alif Satar, Siti Nordiana dan kumpulan Floor88.
“Saya berasakan semua calon Top 5 ini ada kelebihan masing-masing. Malah, semuanya ada peminat yang kuat. Jadi, sesiapa saja boleh dan layak menang. “Alif Satar, Siti Nordiana dan Floor88, mereka ada pengikut yang ramai. Malah, mereka juga popular dan ‘in’ dalam pasaran muzik kita.
“Jadi, saya terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang. Apa pun, saya bersyukur dan rezeki berpihak kepada kami,” katanya.Melihatkan kepada kejayaan itu, Hael berkata, kerjasama dengan Dayang tidak terhenti setakat itu saja.
“Insya-Allah akan ada banyak lagi kerjasama saya dengan Dayang. Jadi, kena tunggu,” katanya.Mengenai status siapa penyanyi lagu Anta Permana sekiranya lagu ciptaannya itu layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34, Hael berkata, dia masih mencari penyanyi yang layak.
Ia berikutan keputusan penyanyi asalnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding pada acara itu. “Kami masih lagi berbincang untuk mencari siapa yang layak atau boleh menyampaikan lagu itu.“Insya-Allah, kalau sudah ada keputusan nanti, kita akan beritahu. Biar pihak Siti yang beritahu. Cuma, secara peribadi saya berasakan hanya Siti yang boleh menyanyikan lagu itu,” katanya.
via Era Kini
إرسال تعليق