Pekerja sanggup berhenti tepi jalan gara gara nak mudahkan Tokti masukkan ubat. Sebak bila pekerja dedah usaha Tokti untuk dapatkan zuriat.

Program bual bicara Next To Neelofa yang bersiaran malam tadi ternyata membuatkan ramai tersentuh apabila penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza berk0ngsi mengenai cabarannya mendapatkan zvriat.

Pekerja sanggup berhenti tepi jalan gara gara nak mudahkan Tokti masukkan ubat. Sebak bila pekerja dedah usaha Tokti untuk dapatkan zuriat.
Setelah hampir 12 tahun berkahwin, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti akhirnya dikurniakan cahaya mata diberi nama Siti Aafiyah.

ARTIKEL MENARIK:Tiada jodoh lagi. Mengejutkan bila Joy Revfa bongkarkan terpaksa batalkan majlis pernikahan dengan kekasih misteri. Rupa rupanya ini punca.
loading...


Namun, kesedihan itu tidak terhenti di program Next To Neelofa kerana pekerjanya, Siti Fairuz juga turut berkongsi kenangan dengan Tokti. Perkara tersebut dikongsi Siti Fairuz menerusi satu posting di Twitter. “Bila menonton #NextToNeelofa ni, teringat moment masa drive dengan Kak Iti dari airport.

“CF (Siti Fairuz) jam 12.45, Kak Iti kena masukkan ubat ya. Haa apa lagi tepat pada jam tersebut, CF terus cari port untuk park tepi jalan untuk memudahkan Kak Iti memasukkan ubat ‘injection’. “Masa tu rasa seb4k sangat sebab saya melihat sendiri betapa berusahanya dia untuk mendapatkan zuriat

“Insya-Allah semoga selepas ini rezeki CF pula untuk mendapatkan cahaya mata. “Amin. Thanks Kak Iti kerana banyak mengajar erti bersyukur dan tidak berputus asa,” katanya. Perkongsian tersebut telah mengundang rasa seb4k warganet yang rata-ratanya kagum dengan kesabaran penyanyi kesayangan ramai itu.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar Siti Fairuz juga mendapatkan cahaya mata. Untuk rekod, Tokti sebelum ini pernah mengalami kegvguran pada November 2015. Dia kemudian berkongsi berita kehamilan pada 2017 sebelum selamat melahirkan Aafiyah pada 2018.

Selain itu, Februari lalu, Siti dikatakan menjalani operasi kecil di sebuah pusat perubatan swasta untuk persediaan hamil. Prosedur itu dilakukan kerana Siti menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya tiga tahun lalu untuk mengndungkan Siti Aafiyah.

Pada masa sama, jangan lupa saksikan Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: GEMPAK @LepatPisang

Lepas Nabila Razali Kali Ni Giliran Tokti Pula Dikritik Teruk Gara Gara Nyanyian Masa Live 3 Tahun Lepas Terkucil. Sekali Tokti Tampil Buka Mulut Beri Komen Padu Buat Warganet Terkedu.

Baru-baru ini nyanyian live Nabila Razali menjadi bualan peminat apabila dia sedikit ‘terkucil’ ketika menyanyikan single terbarunya, Peluang Kedua. Seorang pengguna Twitter membandingkan kesilapan Nabila itu dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang pernah tersalah teknik ketika persembahan Anugerah Bintang Popular 2017. Siti kemudian menjawab dan menerangkan keadaan sebenar berkenaan kejadian 3 tahun lalu berkenaan.

Jalani operasi kecil sehari sebelum kejadian

Siti menjelaskan, sehari sebelum persembahan berkenaan, dia menjalani operasi kecil untuk tujuan persenyawaan in vitro (in vitro fertilisation) dalam usaha hamil. Operasi itu adalah prosedur mengeluarkan ovum atau telur dan menyebabkan luka di bahagian perut.

Keesokannya, penyanyi kesayangan ramai ini menyertai acara berbasikal di waktu pagi sejauh 20km. Pada petangnya dia ke Putrajaya untuk sesi soundcheck di tapak acara ABPBH 2017 dan mula menyedari kemungkinan tidak boleh menyanyi dengan baik secara live.

Tidak melatah dengan penyebaran semula video itu, Tokti mengakui kelemahan dan menganggap kesilapan lalu sebagai pengajaran berguna untuk dirinya. “Pengajarannya, saya bukanlah robot boleh buat segala-galanya dan saya bukan muda macam dulu. Nyanyian saya malam tu saya rasa nyanyian paling terk dalam sejarah. Tapi tak apa saya tahu saya ada menyanyi sumbang dan tahu sebabnya kenapa.”


loading...


“Tok Ti pon terkucil”- Guna kesalahan Siti Nurhaliza back up Nabila Razali, Individu ini dikritik warganet

Dato’ Sri Siti Nurhaliza memang dikenali oleh semua orang di Malaysia dek bakat nyanyiannya yang masih lagi mampu menggoncang industri seni walaupun sudah 25 tahun aktif sebagai penyanyi. Oleh kerana pengalaman serta teknik vokalnya yang masih ampuh meskipun usia wanita itu yang kian meningkat, kebanyakan warganet berasa geram apabila ada seorang individu di Twitter yang mengungkit kesilapan vokal Tok Ti semasa berbincang mengenai masalah suara Nabila Razali.

Kisah bermula apabila penyanyi baru iaitu Nabila Razali telah ‘dtngkp’ melakukan kesilapan vokal semasa mempersembahkan lagu ‘Peluang Kedua’ dalam program lebaran di kaca televisyen. ‘Pitching’ Nabila Razali yang dikatakan lari itu telah menerima kritikan warganet kerana masing-masing kesal dengan mutu persembahan yang diberikan walaupun sudah beberapa tahun aktif dalam dunia seni.

Sepertinya gadis ini tidak menunjukkan sebarang kemajuan sejak memulakan karier nyanyiannya. Seorang individu pula tidak semena-mena telah mengungkit kesilapan penyanyi hebat iaitu Tok Ti bagi membuktikan bahawa semua penyanyi ada melakukan kesalahan semasa persembahan.

Katanya, warganet terlampau tegas dalam menegur penyanyi baru seperti Nabila namun hanya memandang sebelah mata apabila penyanyi hebat seperti Siti Nurhaliza mengalami masalah vokal. Langkah lelaki ini untuk ‘back-up’ kualiti vokal Nabila nyata memakan diri apabila warganet terus kerana berani menggunakan kesalahan Tok Ti dan membandingkannya dengan penyanyi baru.

‘Panas’ betul perdebatan di antara warga Twitter kerana perbandingan vokal Dato’ Siti Nurhaliza dengan Nabila Razali. Daripada pengamatan, rata-rata daripada warganet meminta penyanyi yang popular dengan lagu ‘Vroom Vroom’ itu supaya mengasah lagi bakat nyanyiannya. Ini kerana mutu vokalnya yang rendah sudah menjadi sebutan sejak daripada awal kemunculannya lagi.

Sumber: Twitter

Akhirnya Nabila Razali tampil dedahkan cerita sebenar tentang nyanyiannya yang terkucil ketika live. Rakan artis juga beri kata kata semangat.

SELEPAS tiga hari berdiam diri gara-gara nyanyian secara langsung menerusi lagu Peluang Kedua ‘terkucil’ di program MeleTOP mega Raya Ria baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali tampil membuat permohon maaf. Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, berkata dia meletakkan kesalahan tersebut atas dirinya sendiri dan akan cuba memperbaiki kelemahan itu masa hadapan.

“Assalammulaikum, pertama sekali, saya mohon maaf sangat kerana mengecewakan anda semua. Saya tidak meletakkan kesalahan itu kepada orang lain tetapi diri sendiri. Nabila tampil memohon maaf di Instagramnya.

“Saya akan pastikan memperbaiki diri menjadi lebih baik pada masa hadapan. Saya pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya,” kata Nabila. Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu membuat permohonan maaf tersebut di laman Instagramnya pada malam, Ahad.

Sedutan rakaman nyanyian secara langsung yang terkucil itu ketika di program tersebut menjadi tular dan mengundang kritikan serta kritikan daripada warganet di laman sosial. Terima kasih selalu ada bersama saya… anda tahu siapa anda.

Rata-rata warganet mempertikaikan kemampuan nyanyian pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi tersebut memandangkan kejadian itu bukan kali pertama berlaku. Biarpun menerima kritikan yang teruk namun masih ada lagi segelintir warganet dan rakan selebriti turut memberi kata-kata semangat dan berharap Nabila tidak berputus asa dalam bidang nyanyian.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pematah Hati ini turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan yang menghubunginya untuk memberi kata-kata positif serta semangat buatnya. Nabila berterima kasih kepada rakan dan peminat yang memberi kata semangat kepadanya.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, ketika ini dia sangat memerlukan kata sokongan dan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat semua orang. “Kepada yang DM, WhatsApp dan hubungi saya untuk tenangkan saya, terima kasih banyak sebab selalu ada bersama saya dan berikan kasih sayang yang banyak kepada saya.

“Anda tahu siapa anda. Saya sememangnya sangat perlukannya. Saya doakan segala yang baik-baik untuk anda semua,” ujarnya. Sementara itu, peminat dan beberapa rakan artis turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi Vroom Vroom ini.

“Bella… its ok setiap penyanyi pasti pernah jadi macam tu, Bella improve banyak tau. Abaikan kata-kata negatif dan jangan fikir banyak sangat. Semua orang berlajar dari kesilapan. Apa yang jadi itu normal” ujar Shiha.
“Saya masih bangga dengan awak” Hael Husaini.

“Kita manusia kakak… apa yang jadi bukan dirancang pun. Yang penting you improve a lot than before. Be proud of yourself,” ujar Wani Kayrie. “Tiada penyanyi yang tak buat silap atas pentas, teruskan kerjaya” ujar Mark Adam.

SUMBER : Mstar via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم