Tiada jodoh lagi. Mengejutkan bila Joy Revfa bongkarkan terpaksa batalkan majlis pernikahan dengan kekasih misteri. Rupa rupanya ini punca.

USAHAWAN kosmetik Joy Revfa mengesahkan ikatan pertunangan dengan jejaka yang dikenali sebagai Z.A pada Mac lalu sudah berakhir. Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 32, berkata, keputusan untuk membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung Jun lalu itu disebabkan tiada lagi keserasian antara mereka.

Tiada jodoh lagi. Mengejutkan bila Joy Revfa bongkarkan terpaksa batalkan majlis pernikahan dengan kekasih misteri. Rupa rupanya ini punca.
“Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga kerana telah membuat keputusan terlebih dahulu untuk memutuskan pertunangan dan membatalkan pernikahan yang sepatutnya diadakan pada bulan Jun lalu.

ARTIKEL MENARIK:Setakat ini hubungan Pu Abu dan bekas isteri kedua baik je. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Pu Abu tampil bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.
loading...


“Keputusan ini dipersetujui sepenuhnya juga oleh ibunda saya sendiri. Saya tidak menyalahkan sesiapa dan anggap saya dan dia tidak serasi lagi untuk bersama namun kami masih berkawan seperti biasa,” kata Joy kepada mStar.

Sebelum ini, Joy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Z.A pada 14 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup. Menerusi laporan mStar pada 15 April lalu, Joy memberitahu enggan mendedahkan wajah dan identiti bekas tunangnya kerana bimbang diganggu pihak luar.

Dalam pada itu, Joy berkata, dia akan menghubungi penaja yang bertanggungjawab menyiapkan persiapan pernikahan tersebut dan membuat permohonan maaf. “Mohon maaf kepada penaja-penaja pernikahan yang telah siap 70 peratus semata-mata untuk persiapan nikah nanti. Saya akan hubungi satu persatu setiap penaja.


Joy bersama keluarganya dan keluarga bekas tunang.

“Saya sedar, jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih… ia semua rahsia Allah. “Perancangan Allah tu jauh lebih indah. Mohon maaf sekali lagi kepada keluarga pihak lelaki di atas keputusan drastik ini dan juga buat keluarga terdekat sebab kali ni tak jadi lagi,” ujarnya.

Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun namun mereka berpisah pada 25 Oktober 2017. Sebelum itu, Joy pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Kucing Media Online

Sumber : Mstar/ Berita Harian
loading...


Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi

KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi, Hafiz Hamidun, usahawan kosmetik, Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi perniagaan di Shah Alam, semalam. Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 32, bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti jejaka pilihan hati yang bakal dinikahi, tahun ini.

Malah, pada perkongsian di Instagram, Joy ‘menutup’ wajah tunang dan anggota keluarganya, namun meletakkan tag di bawah akaun @zurev_ahmax pada entri terbabit. “Majlis pertunangan dibuat sederhana dan tertutup. Saya bersyukur majlis dihadiri teman rapat seperti Heliza Helmi, Mawar Karim dan Lufya.

“Insya-Allah, majlis perkahwinan dirancang, tidak lama lagi… Insya-Allah tahun ini juga,” katanya kepada BH Online. Joy bersyukur ibunya, Sofia Abbas merestui pertunangan ini malah menjadi individu penting dalam membuat hiasan bagi setiap sudut rumah.

“Dulang hantaran pun ibu saya sediakan,” katanya. Bercerita mengena jejaka pilihan hati, Joy mengaku mengenali rakan kongsinya itu, akhir tahun lalu. “Kami bertemu pada mesyuarat di mana saya mahu melebarkan skop perniagaan dalam bidang kecergasan diri.

“Tunang saya adalah jurulatih kecergasan dan memiliki perniagaan sendiri. Akhirnya, kami jadi rakan kongsi di bawah Merve Fitness. “Sejak itu, kami mula kenal hati budi masing-masing. Dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman saya,”

katanya sambil menambah tunangnya menjaga solat dan hubungan dengan bukan muhrim, selain mendalami ilmu agama. Joy pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk dengan Hafiz. Namun, mereka berpisah pada 2017. Dalam perkahwinan pertama, Joy dikurniakan anak, Arryan Firdaus yang berusia enam tahun.

Tak pernah bersaing siapa kahwin dulu – Hafiz Hamidun

PENYANYI dan komposer, Hafiz Hamidun, mengakui belum merancang untuk menamatkan zaman dudanya dan tidak pernah bersaing dengan bekas isterinya, Joy Revfa bagi mencari pengganti. Menurut Hafiz, 35, dia juga berharap bekas isterinya yang juga usahawan kosmetik itu dipermudahkan segala urusannya.

“Buat masa sekarang, saya belum merancang untuk menamatkan zaman duda lagi. Siapa dulu yang bertemu jodoh, tak menjadi masalah. “Kalau dia bertemu jodoh terlebih dahulu, Alhamdulillah. Insya-Allah, jalannya lebih mudah selepas ini kerana semuanya sudah selesai dan ada dokumentasi lengkap,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada Hafiz mula mengenali mana-mana wanita yang ambil hatinya, katanya, dia berkawan dengan ramai orang. “Untuk saya, tunggu dulu kerana buat masa sekarang berkawan dengan ramai orang,” katanya. Hafiz juga tidak melatah setiap kali dikaitkan dengan nama bekas isterinya itu.

“Saya tak kisah pun. Pada saya, kalau orang masih nak mengaitkan saya dengannya, okey saja sebab memang kami ada sejarah bersama. “Cumanya, bila orang minta untuk mengulas mengenai dia dan kekasihnya, saya tak boleh komen apa-apa kerana itu jodoh dia.

“Saya pun tak mahu dia selama-lamanya menjadi ibu tunggal. Kami dah dapat hak masing-masing dan semuanya selesai dengan cara baik. Harapnya, tidak ada orang yang melaga-lagakan kami lagi,” katanya. Hafiz dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkahwin pada 1 Mei 2017 dan berpisah pada 25 Oktober 2017. Terbaru, Hafiz menghasilkan lagu baru berjudul Starlela yang dinyanyikan oleh Ifa Raziah, Zizi Kirana dan Bella Astillah.

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم