Akui pernah kena kacau dengan lelaki orang. Wafariena dedahkan peristiwa yang dilaluinya sepanjang dia membintangi drama bualan orang ramai

Wafa dikritik gara-gara watak Nurul Ain yang ingin mengambil kebahagian Mia (lakonan Siti Saleha). WATAK sebagai Nurul Ain yang ingin mengambil suami kepada Mia Adriana (Siti Saleha) iaitu Kuzairi lakonan Shukri Yahaya menerusi drama 7 Hari Mencintaku 2 membuatkan pelakon Wafariena dikritik teruk oleh warganet di laman sosial.

Akui pernah kena kacau dengan lelaki orang. Wafariena dedahkan peristiwa yang dilaluinya sepanjang dia membintangi drama bualan orang ramai
Bagaimanapun Wafariena atau lebih mesra disapa Wafa, 25, berkata karakter sebenarnya sangat berbeza dengan watak Nurul Ain dalam drama tersebut dan dia tidak pernah terfikir untuk mengambil suami orang.

ARTIKEL MENARIK:Ada orang mencurigakan datang rumah. Akhirnya Nabila Huda tampil buka mulut beri penjelasan tentang hal itu. Rupa rupanya ini yang jadi malam tu.
loading...




Pemilik nama Wafariena Roslan mengakui pernah diganggu lelaki berstatus suami orang namun dia tidak pernah melayan g0daan tersebut.
Wafa pernah diganggu suami orang sebelum jadi pelakon. “Wafariena dan Nurul Ain adalah orang yang sangat berbeza. Memang karakter kami tidak sama pun dan banyak perbezaan. Nak ambil suami orang itu, memang tidak la. Kalau orang tak kenal saya, mesti akan fikir saya sombong.

“Tapi kalau dah kenal, memang saya suka mengusik orang dan gemar bercakap. Tak kenal kata kita pendiam, dah kenal dia suruh kita duduk diam. “Sebenarnya sebelum saya dikenali, ada saja suami orang yang menganggu saya. Tapi memang saya tak layan langsung. Saya pula memang jenis keluar bersama keluarga, jadi orang takut nak kacau,” kata Wafa kepada mStar.


Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain sahaja saya pakai.

Menerusi drama yang mengisi slot Akasia itu, watak Nurul Ain diwujudkan sebagai per0sak rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya). Lakonan tersebut berjaya membuatkan penonton berang dan tidak puas hati dengan Nurul Ain sehinggakan ada yang memanggilnya dengan perkataan tidak baik serta ada yang mahu simbah asid.

Dalam pada itu, Wafa yang juga seorang penyanyi ini juga mengakui ada segelintir warganet menyangka dirinya membuka tudung sedangkan pemakaian hijab itu hanya untuk watak dalam drama tersebut. Wafa sememangnya tidak bertudung.



loading...


“Sehingga kini masih ada lagi yang kritik saya di DM dan komen di Instagram saya tapi saya biarkan sahaja. Tapi ada yang kritik dan marah kenapa saya buka tudung selepas dikenali. “Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain sahaja saya pakai. Tapi orang yang baru nak follow saya memang tak tahu yang saya sememangnya tidak bertudung,” ujarnya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

Penangan Watak Nurul. Wafariena Dedahkan Ada Makcik Yang Sampai Sanggup Berbuat Sesuatu Ini Dan Bermacam Lagi Yang Dia Lalui

KUALA LUMPUR: Watak Nurul Ain menerusi drama yang kini mencetuskan fenomena, 7 Hari Mencintaiku 2, memberi impak besar kepada bakat baharu, Wafariena Roslan, 25, apabila ada yang mahu simbah asid, selain mak1 hamun dengan perkataan kesat yang tidak terhitung banyaknya. Watak Nurul Ain melukai hati penonton gara-gara usaha gadis itu yang memp0rak-per4ndakan rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya) dalam drama siaran slot Akasia di TV3 itu.

Bagaimanapun, ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada gadis kelahiran Pulau Pinang itu.Wafariena atau lebih mesra disapa Wafa berkata, dia menerima mesej langsung (DM) dalam akaun Instagram (IG) setiap hari. Kritikan penonton menandakan lakonannya menjadi.”Walaupun kena mak1 hamvn, saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya.

“Saya sudah jangka watak Nurul Ain akan menerima impak besar. Ada yang memanggil saya dengan gelaran tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin televisyen (TV), kemudian menghantarnya kepada saya.”Cuma, saya perlu berhati-hati apabila ada yang cakap mahu berbuat sesuatu dengan asid ke wajah. Nasib baik kita dikehendaki memakai pelitup wajah, jadi sukarlah mereka mengcam wajah saya.


“Tetapi, pernah juga saya dimarahi seorang makcik ketika sedang makan, gara-gara terlalu tidak menyukai Nurul Ain. Awalnya, saya agak terkejut dan memintanya bersabar, tetapi semuanya baik-baik sahaja, malah dia siap bergambar dengan saya,” katanya kepada BH Online. Wafa yang mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak tahun lalu bersyukur kerana drama rantaian pertama yang dijayakannya tinggalkan kesan kepada penonton. Tawaran membintangi drama arahan Jamal Khan itu diterima pada saat akhir. “Mungkin ini adalah permulaan baik untuk bakat baharu seperti saya. Sebelum ini, saya pernah menjayakan beberapa telefilem, tetapi lakonan belum cukup menyerlah. Berbeza dengan watak Nurul Ain.

“Alhamdulillah, tawaran lakonan semakin banyak diterima. Sebagai pelakon baharu, saya tak boleh memilih watak. Saya akan menerima apa sahaja tawaran untuk mengasaah bakat dan pengalaman dalam bidang lakonan,” katanya yang pernah membintangi telefilem berjudul Rinding, Main Kahwin Kahwi dan Kisah Seram Hostel.

Menjawab pertanyaan, tidakkah bimbang jika tawaran diterima tidak meninggalkan impak seperti Nurul Ain, Wafa berkata, tidak risau sebaliknya sentiasa yakin dengan setiap karakter yang dilakonkan.Sebelum melangkah dalam dunia lakonan, Wafa berkata, dia terlebih dahulu mencuba nasib sebagai penyanyi.Katanya, dia kini bernaung di bawah syarikat MAP Music, sedang sibuk mempromosikan single pertama berjudul Carilah Aku.Wafa yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin pernah berkerja sebagai penyanyi sambilan dan mengikuti pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).-bh

Tular Gara Gara Watak Nurul. Wafariena Kejutkan Orang Ramai Apabila Dia Membuka Cerita Pekerjaan Asal Dia Sebelum Melakonkan Watak Tersebut

Sedia maklum, drama berjudul 7 Hari Mencintaiku musim kedua kini membanjiri laman sosial dimana ramai penonton memberikan pandangan mereka setelah menonton drama tersebut di kaca televisyen pada setiap Isnin hingga Jumaat. Walau bagaimanapun, penangan watak Mia Adriana, Khuzairi mahupun Mak Leha bukan sahaja yang menjadi buah mulut warganet malah watak Nurul Ain juga tidak henti-henti hangat diperkatakan.

Walau bagaimanapun, menerusi sumber bahawa watak dibawakan oleh pelakon Wafariena Roslan itu merupakan pendatang baru dan lebih mesra disapa Wafa.Biarpun begitu, pelakon berusia 25 tahun ini ternyata tidak henti-henti juga tular dilaman sosial mengenai pelakon tersebut yang berasal dari Pulau Pinang.Meskipun meraih kritikan namun ia juga merupakan satu petanda bahawa watak Nurul dilakonkan olehnya itu berjaya setelah tinggalkan kesan luar biasa terhadap penonton.

Melalui sumber juga, Wafa ini terlebih dahulu melibatkan diri dalam bidang muzik dan dilaporkan selepas tamat sekolah, dia menjadi penyanyi secara freelance selain pernah mengikuti pancaragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).Dalam pada itu, dia juga sebelum ini pernah berlakon dalam filem Buntat dan beberapa telefilem seperti Kisah Seram Hostel, Rinding, dan Main Kahwin-Kahwin.Selain itu, Wafa ini sebenarnya artis dibawah naungan MAP Music dan ternyata dia sedang mempromosikan single terbaru yang diberi tajuk Carilah Aku.-hcl

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم