Terkini KKM sahkan 1 lagi kluster baru disahkan di Kedah dengan libatkan 2 anggota polis. Rupa rupanya ini punca buat warganet terkedu.

Putrajaya, 14 Ogos – Satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan di Kedah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kluster dikenali sebagai Kluster Muda ini merupakan antara 20 kes baru hari ini.

Terkini KKM sahkan 1 lagi kluster baru disahkan di Kedah dengan libatkan 2 anggota polis. Rupa rupanya ini punca buat warganet terkedu.
“Kluster Muda di daerah Kuala Muda. Kes pertama (kes ke-9,114) adalah seorang anggota polis. Kes kedua (kes ke-9,147) hari ini adalah rakan kerja kepada kes pertama.


ARTIKEL MENARIK:Ramai pandang remeh tapi ia memerlukan kerjasama orang ramai. PM dedahkan supaya rakyat Malaysia berbuat sesuatu ini untuk menangani wabak COVID19
loading...


“Setakat hari ini, 124 kontak rapat disaring- 5 negatif, 117 masih menunggu keputusan. Pengesanan kes aktif dan langkah pencegahan diteruskan,” tulis KKM. Punca jangkitan kluster berkenaan masih di dalam siasatan. Sementara itu, seramai 11 individu disahkan positif COVID-19 setakat ini melibatkan Kluster Tawar di Baling hasil saringan ke atas 86 individu yang menjadi kontak rapat kes pertama kluster berkenaan.

Berdasarkan data KKM, Kedah mencatatkan 12 kes baru hari ini, menjadikannya negeri dengan jumlah kes baru tertinggi sehingga 12 jam tengah hari tadi. Negeri lain yang mencatat pertambahan ialah Pulau Pinang, 1 kes, Selangor (2), Kuala Lumpur (4) dan Sarawak (1). Maklumat lanjut mengenai kluster baru bakal menyusul.

Sumber: KKM

Mengejutkan Dr Noor Hisham dedahkan penularan kluster Sivagangga dipercayai gara gara aktiviti kunjung mengunjung ketika musim perayaan. Terkedu bila Dr Noor Hisham bongkarkan sesuatu.

Putrajaya, 10 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga lagi kes positif baru dari kluster Kurau. Menurutnya, kes tersebut dikenalpasti melalui saringan kontak rapat pesakit pertama kluster berkenaan.

“Ketiga-tiga kes positif ini telah dikenalpasti hasil pengesanan kes aktif secara saringan kontak rapat kes positif kluster ini. “Kluster ini melibatkan negeri Perak dan Pulau Pinang melibatkan kes pertama kluster ini iaitu ahli keluarga kes ke-9050 adik, biras dan anak saudara beliau berumur 2 tahun

“Kes pertama mempunyai kontak rapat dengan kes baru ketika kunjung mengunjung ketika sambutan Aidil Adha pada 30 Julai 2020,” katanya. Menurut beliau, anak saudara kes ke-9050 iaitu kes ke-9093 didapati mempunyai gejala demam dan selesema sejak 30 Julai 2020 manakala adik dan biras kes ke-9050 tidak mempunyai sebarang gejala.

Kesemua kes ini dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun Perak. Seramai 125 individu telah disaring setakat ini di mana 5 daripadanya dikesan positif, 112 negatif dan lapan kes masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Jelas Dr Noor Hisham, kluster Kurau dan Sivagangga didapati mencatat pertambahan COVID-19 sejak kebelakangan ini terutama selepas musim perayaan. “Siasatan yang dijalankan melalui pengesanan kes aktif dan saringan kontak rapat kes mendapati penularan kedua-dua kluster ini sebahagian besar disebabkan aktiviti kunjung-mengunjung semasa musim perayaan.

“Kebanyakan kes positif kedua-dua kluster ini terdiri daripada ahli keluarga, golongan warga emas dan kanak-kanak juga terdiri daripada kluster ini,” ujar Dr Noor Hisham. Jelasnya, antara individu yang terkesan dalam kluster ini merupakan lingkungan umur 2 tahun hingga 70 tahun.

“Aktiviti kunjung mengunjung walau dibenarkan masih tertakluk kepada SOP. “Individu yang tidak sihat dan bergejala tidak sepatutnya menghadiri sebarang perayaan,” pesan beliau menegaskan pematuhan SOP dalam kalangan orang ramai.
loading...


42 Kontak Rapat Dikesan Lepas Tular Murid Di Lembah Pantai Positif Covid 19. Mengejutkan Ini Keputusan Ujian Covid 19 Pelajar Itu.

KECOH di media sosial mengenai seorang pelajar di Lembah Pantai di Kuala Lumpur dikatakan dijangkiti Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat kes seorang pelajar sekolah di Seri Pantai, Lembah Pantai yang dikatakan dijangkiti Covid-19, sebagaimana yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan saringan demam denggi pelajar itu didapati positif dan pengesahan ujian Covid-19 sedang dijalankan di makmal bagi memastikan tiada tindak balas silang semasa ujian yang mungkin boleh berlaku memandangkan beliau dijangkiti demam denggi.

KKM, katanya telah menerima laporan daripada sekolah terbabit mengenai satu kes bergejala melibatkan seorang pelajar dan siasatan dijalankan mengikut protokol KKM, iaitu sebarang kes dilaporkan kepada kementerian itu akan disiasat terlebih dahulu dan sekiranya perlu tindakan selanjutnya seperti pengesanan kes akan dijalankan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pelajar Tingkatan 5 itu telah mengalami gejala muntah dan cirit- birit pada 9 Ogos lepas. “Pada 10 Ogos lepas beliau telah dibawa ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya dipindahkan ke pusat perubatan bagi rawatan lanjut di mana beliau telah disaring untuk demam denggi dan juga jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tular mengenai seorang pelajar di Lembah Pantai dikatakan dijangkiti positif Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata, sementara menunggu pengesahan ujian makmal tersebut, KKM telah memulakan aktiviti awal pengesanan kes secara aktif iaitu sebagai tindakan proaktif yang biasa dijalankan di lapangan bagi mencegah risiko penularan jangkitan.

Setakat ini, seramai 34 orang pelajar dan lapan orang guru dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pelajar tersebut dan daripada jumlah tersebut seramai 28 orang telah disaring dan 14 orang lagi telah diberi arahan untuk hadir ke Klinik Kesihatan bagi persampelan, katanya.

Semua individu yang telah disaring diberi arahan supaya menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebagai langkah pencegahan, manakala proses nyah cemar dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi yang telah dikenal pasti.

“Pemantauan ke atas kes bergejala ini dan semua kontak rapat beliau akan terus dipantau oleh pihak KKM. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya dan menambah kes COVID-19 hanya akan dilaporkan sebagai kes positif COVID-19 selepas ia diumumkan secara rasmi oleh KKM.

Katanya laporan dari mana-mana sumber lain akan dianggap sebagai spekulasi sehingga siasatan dijalankan dan disahkan oleh KKM. Justeru, masyarakat diminta supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut. – Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mSTar

Ramai Pandang Remeh Tapi Ia Memerlukan Kerjasama Orang Ramai. PM Dedahkan Supaya Rakyat Malaysia Berbuat Sesuatu Ini Untuk Menangani Wabak COVID19

MUAR, (Bernama) — Masyarakat perlu menganggap diri sendiri sebagai “petugas barisan hadapan” dan terus mengamalkan norma baharu dalam usaha membantu kerajaan memerangi penularan COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyeru masyarakat, Perdana Menteri berkata pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada perlu diperluaskan lagi. Katanya ini bagi mengelakkan daripada wujudnya kluster-kluster baharu yang menyebabkan peningkatan kes-kes positif COVID-19 di negara kita.

“Justeru, kesedaran kawalan kendiri yang tinggi baik di tempat kerja, tempat-tempat awam, tempat ibadat mahupun di rumah perlu ada dalam diri ahli masyarakat pada setiap masa,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu. “Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19, saya menyeru anda semua terus mempraktikkan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi garis panduan seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini.-bh

Peniaga Boleh Tarik Nafas Lega. Ini Bantuan Yang Dimaklumkan Oleh PM Dan Tarik Untuk Mohon Bantuan. Harap Semua Peniaga Ambil Perhatian Akan Perihal Berikut

Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini. INDIVIDU serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pinjaman bank boleh menarik nafas lega apabila mereka turut tidak terkecuali mendapat manfaat daripada keputusan terbaharu kerajaan berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.

Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu, golongan ini akan ditawarkan tiga jenis bantuan daripada pihak bank masing-masing, bergantung kepada situasi peminjam. “Pertama, membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau kedua,memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau ketiga, memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil,” kata Muhyiddin dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, petang Rabu.

Sementara itu ujar beliau, bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli, misalnya memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. “Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. “Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020,” ujar Muhyiddin lagi.-mstar

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم