Rasa kesal dan sedih menyelibungi diri. Elly Mazlein kongsi cerita yang dia tak sempat tunaikan permintaan yang satu ini

Aktres dan pengacara Elly Mazlein, 40, mendedahkan dia sempat menziarahi pelakon veteran, Abu Bakr Juah, 72, pada awal bulan lalu. Walaubagaimanapun, Elly terkilan dan berasa sedih kerana tidak sempat untuk memenuhi permintaan beliau untuk makan Kari Kepala Ikan.

Rasa kesal dan sedih menyelibungi diri. Elly Mazlein kongsi cerita yang dia tak sempat tunaikan permintaan yang satu ini
“Sempat jumpa ayah awal bulan hari tu. Kata mama dan Zarith, ayah tak ada selera nak makan.”Masa Sharifah datang (ayah Abu Bakr suka panggil saya dengan nama Sharifah), ayah cuba makan sebab nak Sharifah gembira.

ARTIKEL MENARIK:Ramai salah faham. Mas Idayu luah rasa kesal bila isu yang melibatkan anak dan Aman Graseka masih berlarutan angkara satu pihak ini
loading...




“Sharifah sempat tanya, ayah nak makan apa, nanti Sharifah masak.. Ayah cakap nak makan Kari Kepala Ikan. “Ok nanti ayah datang rumah Sharifah, Sharifah masak untuk ayah. Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Sedih tak sempat nak masak untuk ayah,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah pelakon drama Kampung People, dia akan menunaikan janjinya untuk melawat seperti mana yang diberitahu kepada anak ayah.”Sebenarnya dah bagi tau Zarith (anak ayah Abu Bakaar Juah) yang Sharifah janji nak datang hari ini ziarah ayah, tapi Allah lebih sayangkan ayah.

“Ayah tunggu ya.. Sharifah datang sekarang nak tengok ayah buat kali terakhir dan seperti mana yang Sharifah janji nak datang hari ini. Al-Fatihah buat ayah,” tulisnya lagi.Semalam, beliau dikatakan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.35 petang di kediamannya.-gmpk

“Garang hanya ketika bertugas di sebalik tirai besi, waktu lain dia kelakar” – Anak syukur dapat tunai impian terakhir ayah


ANAK kedua kepada pelakon veteran Allahyrhm Abu Bakr Juah iaitu Zarith Abu Bakaar meluahkan rasa syukur apabila impian bapanya untuk berada di samping keluarga pada saat-saat akhir hidupnya tercapai. Menurut Zarith, 37, biarpun tiada kata-kata atau ucapan terakhir daripada bapanya namun dia dan keluarganya reda dengan pemergian bapanya.

“Alhamdulillah mak, adik-beradik dan cucu dapat berkumpul di saat-saat akhir bapanya sudah tiada kecuali suami saya yang tak dapat balik sini sebab bekerja di Kemboja. Adik bongsu Zarith iaitu Benjamin (kiri) berhenti kerja untuk menjaga bapa mereka.

“Semua adik-beradik abah dan keluarga mentua dapat datang semalam (Sabtu).”Abah pergi secara tenang dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya. Kata-kata terakhir itu tak ada tapi untuk dia bersama dengan keluarga di saat akhir tercapai.

“Interaksi terakhir abah bersama dengan kami melalui genggaman dan juga dia ada mengalirkan air mata seakan tahu sesuatu bakal berlaku,” kata Zarith kepada mStar.Allahyrhm Abu Bakr, 72, hembus nafas terakhir di kediamannya di Alam Damai pada pukul 6.35 petang Sabtu, akibat sakit teruk hati dan beliau selamat disemadikan kira-kira pukul 9.50 pagi Ahad di Tanah Persemadian Alam Damai, Cheras.


loading...


Abu Bakr bersama isteri dan anak-anaknya. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980.Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Danial Nor, 39, Zarith, Safinas dan Benjamin Nor, 28 serta seorang cucu lelaki.

Allahyrhm Abu Bakr terkenal dengan watak antag0nis dan antara filem lakonannya iaitu Senjakala, Rempit Sampai Ke Langit serta Dukun.Abu Bakaar merupakan pesara kerajaan dengan jawatan terakhirnya pada 2005 ialah Pengarah Kanan, Jabatan Pnjra Malaysia, Taiping Perak.Mak belum bersedia untuk ditemu bual begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain.

Dalam pada itu, Zarith memberitahu bapanya mempunyai karakter yang berbeza dengan setiap lakonannya dan mereka sekeluarga pasti akan merindui lawak jenaka abah”Semua rakan beliau mengetahui dia kelakar. Walaupun beliau dikenali dengan watak antag0nis tapi sebenarnya dia seorang yang kelakar.

“Apa yang kami akan rindu tentang abah… kelakar dia la, suka berlawak. Untuk watak garang itu abah hanya gunakan ketika bertugas di Jabatan Pnjra Malaysia, ” ujarnya.Isteri Abu Bakr, Rusidah masih bersedia dengan pemergian suami tercinta.

Sementara itu, isteri kepada Allahyrhm iaitu Rusidah serta anak-anak yang lain terutama bongsu, Benjamin belum bersedia untuk berkongsi perasaan selepas kehilangan orang tersayang.”Mak masih bersedih dan dia berada di rumah sahaja. Mak belum bersedia untuk ditemu bual begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain.”Terutama adik bongsu kami yang berhenti kerja untuk menjaga abah. Dia banyak berjasa dan memang kami adik-beradik yang bergilir membantu mak untuk menjaga abah,” katanya.-mstar

Abu Bakaar Juah pergi buat selamanya selepas seminggu tenaat akibat sakit teruk hati


PELAKON veteran Abu Bakaar Juah pergi buat selamanya kira-kira pukul 6.35 petang Sabtu akibat knsr hati di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Cheras.Pelakon Den Wahab yang menetap di kawasan perumahan yang sama memberitahu Allahyrhm menghembuskan nafas terakhir di hadapan isteri dan anak-anaknya.

“Abu Bakr baru sahaja pergi buat selamanya kira-kira pukul 6.35 petang tadi di rumahnya. Dia menghembuskan nafas terakhir disamping isteri dan anak-anaknya. Kali terakhir Den Wahab (empat dari kanan) menziarahi Abu Bakr pada Selasa lalu.”Pada mulanya, saya dapat info mengenai beliau sudah tiada menerusi jawatankuasa masjid di taman perumahan kami.

“Walaupun dah disahkan tapi saya tetap nak dapatkan pengesahan daripada anaknya,” kata Den Wahab kepada mStar.Dalam pada itu, anak kedua kepada Abu Bakaar iaitu Zarith Abu Bakr berkata, Allahyrhm akan disemadikan di Tanah Persemadian Islam Alam Damai pada pukul 10 pagi, Ahad.Sebelum ini, Abu Bakaar yang kini berusia 72 tahun disahkan penghidap sakit teruk usus pada 2016 dan menjalani 12 pusingan kimoterapi.

Masa hari saya menziarahi Abu Bakaar, dia memang sudah dalam keadaan tenaat dan tak mampu untuk bercakap.


Dalam pada itu, Den berkata dia ada menziarahi Abu Bakaar pada Selasa lalu yang ketika itu beliau dalam keadaan tenat dan pada hari yang sama juga melawat Allahyrhm pengarah Yusof Kelana yang sudah tiada pada pagi, Sabtu.

“Rumah kami memang sangat dekat, jadi saya ada menziarahinya pada Selasa lalu. Kebetulan hari yang sama juga, saya ada ziarah pemergian Yusof Kelana.”Masa hari saya menziarahi Abu Bakr, dia memang sudah dalam keadaan tenaaat dan tak mampu untuk bercakap.”Tapi masa itu, dia tenung saya sedalam-dalam dan genggam tangan saya erat,” ujarnya

Allahyrhm Abu Bakr terkenal dengan watak antag0nis dan antara filem lakonannya iaitu Senjakala, Rempit Sampai Ke Langit serta Dukun.Abu Bakaar merupakan pesara kerajaan dengan jawatan terakhirnya pada 2005 ialah Pengarah Kanan, Jabatan Pnjra Malaysia, Taiping Perak. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980 dan dikurniakan empat cahaya mata serta seorang cucu.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

via Era Kini
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم