PENYANYI Siti Sarah menegur sikap segelintir ahli peniagaan yang sanggup memalukan diri sendiri demi gimik untuk melariskan produk dijual.
Menerusi laman Instagramnya hari ini, penyanyi lagu Semakin itu meluahkan rasa kesal apabila semakin ramai peniaga yang terikut-ikut dengan gaya pemasaran tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Ramai salah faham. Mas Idayu luah rasa kesal bila isu yang melibatkan anak dan Aman Graseka masih berlarutan angkara satu pihak ini
“Apa yang saya nak cakap ini mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak, tapi sebagai seorang wanita, Melayu dan Islam, saya harus bercakap fasal benda ni. “Saya rasa ramai orang yang nak berniaga, terikut-ikut dengan cara ahli perniagaan luar sehingga ada yang sanggup menggoncangkn buah dda, mengenakan pakaian separuh tak berpakaian dan sampai sanggup menjatuhkn air muka.
“Sebagai seorang Islam, ada banyak lagi cara untuk buat duit. Insya-ALLAH kita boleh buat duit tanpa mengaibkan diri dan tanpa perlu buat benda yang boleh menjatuhkn maruah kita,” luahnya kesal.
Menurut Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, biarpun dia juga tidak sempurna, namun tidak pernah terlintas untuk menggunakan pendekatan sebegitu untuk melariskan jualan. “Dalam dunia ini tak ada orang yang tak buat silap. Saya sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah tak cukup kain dan jah1l, tapi tak sampai sanggup jual ‘barang’ untuk meniaga. Tergoncng, melompat dan ada yang beraksi atas katil untuk ambil gambar.
“Makin lama makin ramai (mengambil pendekatan sama). Yang pompuan dah sama naik, tak tahu dah yang mana lelaki, yang mana perempuan,” katanya. Dalam perkongsian yang sama, Sarah juga mangakui mula meluat dengan pendekatan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.
“Saya faham, anda kuat dan dan tidak ada seorang pun yang mampu menjatuhkan anda, kerana mungkin ada yang menjaga. Disebabkan itulah makin lama, makin menjadi. “Ingat anda saja dalam Malaysia ini yang buat duit? Saya sendiri dah naik menyamph. “Bagi saya tak perlu nak melompat, goncang-goncang, terkinja-kinja atau tunjuk, kulit pun boleh buat duit banyak,” tegasnya.
Isu Menduakan Pasangan. Siti Sarah Sanggup Bertindak Macam Ni Sekiranya Ia Berlaku Pada Dirinya Dan Jawapannya Mengejutkan Orang Ramai
Sejak kebelakangan ini, ada sahaja isu menduakan pasangan yang berlaku dalam masyarakat yang menjadi satu topik yang hangat diperkatakan dan mendapat pelbagai reaksi ‘panas’ orang ramai.Walau bagaimanapun, penyanyi Siti Sarah ditemu bual oleh mStar bagi berkongsi caranya melindungi ikatan perkahwinan antaranya bersama pelawak terkenal, Shuib Sepahtu daripada gangguan orang ketiga telah mendapat perhatian umum.
Menjawab persoalan tersebut, ujar Sarah bahawa secara jujurnya dia tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya ia berlaku dan menganggap ia sebagai kehendak Allah dan segala apa yang terjadi itu atas izin Allah.Baginya juga, mermpas telefon suami atau peluk kerana tidak bagi keluar adalah perkara yang tidak boleh dibuatnya namun apa yang boleh dilakukan adalah menjaga hubungannya dengan Allah.
Dalam pada masa yang sama, dia turut berkongsikan perkembangan dirinya dan suami. Seperti diketahui juga, selain melibatkan diri dalam dunia hiburan tanah air, pasangan suami isteri ini juga dikenali sebagai usahawan yang berjaya.Kejayaan pasangan ini membuatkan peminat juga menjadikan mereka sebagai inspirasi apatah lagi tidak henti-henti cawangan minuman Bubble Bee milik mereka dibuka.Biarpun begitu, diruangan komen rata-rata memuji pasangan ini dalam menjaga rumah tangga mereka yang kini juga bahagia bersama tiga orang anak.Sumber:hcl
Bisnes Makin Maju Tapi Cabaran Makin Mencabar. Shuib Luah Rasa Takut Jika Terkena Buatan Orang Sampai Dia Nekad Buat Macam Ni Untuk Elak Daripada Menjadi Sasaran
Kini sudah bergelar usahawan berjaya dan terdedah dengan hasad d3ngki orang yang melihat kejayaannya, Shuib Sepahtu akui dia sentiasa berwaspada untuk menjaga diri daripada anas1r tidak baik seperti b0moh. Sedar di dalam dunia perniagaan pasti akan timbul rasa tidak puas, Shuib berkata dia mengamalkan ayat suci Al-Quran sebelum tidur. Malah, dia juga sudah bersedia jika berdepan perkara itu.
“Mandr3m, itu yang saya takut tapi buat masa sekarang insya-Allah tidak ada dan minta dijauhkanlah. Saya sentiasa beringat sebelum tidur dan saya faham dalam dunia bisnes ini pasti akan ada orang tidak puas hati dan hasad d3ngki. “Tapi saya bersedia walaupun tak minta orang hantar benda bukan-bukan kepada saya dan keluarga. Minta s1mpang!” katanya kepada Astro Gempak.
Kini sudah membuka cawangan ketiga perniagaan minuman Bubble Bee, Shuib merancang untuk membuka beberapa cawangan lain sekitar Lembah Klang dan negeri di utara serta selatan Semenanjung Malaysia. “Kami akan berkolaborasi dengan beberapa selebriti lagi selepas ini untuk membuka cawangan lain yang berpotensi menjalankan perniagaan ini. “Antara yang dalam perbincangan Achey, Fad, Ray Era, Shaheizy Sam dan Nabil Ahmad,” tambahnya.-rotikaya
Yakin terima gelaran Datuk apabila malu sering bertemu Datuk Seri. Akhirnya Shuib dedahkan punca dia terima dan pertimbangkan gelaran tersebut
PELAWAK Shuib berkata dia sedang mempertimbangkan tawaran kurniaan gelaran Datuk dari sebuah negeri. Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, bagaimanapun berkata dia masih perlu memikirkan beberapa faktor sebelum bersetuju menerima gelaran tersebut. “Cuma perlu saya cakap ya sahaja, dah dapat Datuk! Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini. “Tapi saya masih fikir-fikir lagi… saya ada bertanya pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu.
“Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya. Saya sendiri tertanya sesuai ke nak dapat gelaran itu walaupun mereka kata kriteria itu dah cukup… tak tahulah kita tengok dahulu macam mana!,” katanya kepada mStar. Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini ditemui semasa pelancaran cawangan ketiga Bubblebee Malaysia yang diadakan di Suite Apartment Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sementara itu, Shuib berkata sebagai ahli perniagaan dia melihat gelaran tersebut mampu memberikan kelebihan kepadanya dalam beberapa hal. Lebih-lebih lagi dia dikelilingi oleh usahawan yang berpengaruh yang turut memiliki gelaran tersebut. Shuib banyak berurusan dengan tokoh korporat.. “Kalau dari sudut bisnes rasa macam saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini. Secara peribadi saya rasa perlu gelaran Datuk ini! “Saya selalu hadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan bergelar Datuk Seri dan Datuk ada kala membuatkan saya rasa janggal diri. “Apabila ada gelaran mungkin rasa dia lain sikit… itulah tak tahu nak cakap lagi! Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerima gelaran itu,”-ctto
300 datang nak kerja dengan Shuib Sepahtu
Sebelum ini KIRA-kira 300 orang ‘datang’ sesi temuduga pekerjaan yang ditawarkan syarikat perniagaan minuman milik pelakon dan pelawak popular, Shuib Sepahtu, Rabu lalu. Sebahagian besarnya adalah individu yang kehilangan pekerjaan akibat penularan pandemik Covid-19 dan sanggup beratur panjang untuk mencuba nasib.
Shuib yang juga penyampai radio Hot FM berkata, dia sendiri tidak sangka sambutannya melebihi jangkaan mereka sehingga terpaksa mengadakan sesi temuduga itu selama dua hari. “Kami tidak jangka angka kehadiran itu. Temuduga itu sepatutnya diadakan sehari saja dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang tapi dilanjutkan hingga 9 malam. Bakinya, kami sambung keesokannya.
“Menurut kaki tangan saya, rata-rata yang hadir memang baru kehilangan kerja disebabkan kesan situasi pandemik baru-baru ini. Memang sangat tersentuh apabila mendengar kesusahan mereka,” katanya kepada Harian Metro. Daripada 300 calon yang hadir, Shuib memaklumkan mereka akan mengambil 100 orang untuk bekerja sebaik beberapa cawangan kedai berkenaan dibuka di sekitar Lembah Klang.“Sekarang, kami cuma baru buka satu cawangan di Shah Alam. Penghujung Jun dan awal Julai, kami akan buka pula beberapa cawangan di Bangi, Setapak, Rawang dan lain-lain. -hcl
via Era Kini
إرسال تعليق