Ada sahaja tidak kena dengan perkongsian yang dibuat. Noor Khiriah luahkan perasaan dia berhubungkait dengan komen yang diterima untuk setiap kali perkongsian

PELAKON Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, mengambil tindakan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkongsian dimuat naiknya di media sosial untuk liputan berita menyeluruh. Noorkhiriah berkata, cukuplah dengan perkongsian luahan-luahan berkenaan dimuat naik di Instagram untuk tatapan pengikutnya.

Ada sahaja tidak kena dengan perkongsian yang dibuat. Noor Khiriah luahkan perasaan dia berhubungkait dengan komen yang diterima untuk setiap kali perkongsian
“Saya fikir cukup kongsi luahan di Instagram saja. Tak perlulah diulas lebih lanjut untuk menjadi bahan berita di media pula. “Macam perkhidmatan van jnzh yang diwakaf itu, saya rasa tidak ada apa-apa lagi yang nak dikongsikan. Tiada cerita menarik pun,” katanya.

ARTIKEL MENARIK:Diuji lagi dengan ujian yang lagi berat. Insan yang disayang pergi menghadap illahi. Sebak bila baca ini luahan Hafiz buat insan yang tersayang.
loading...




Norkhiriah berkata, keputusan enggan bercerita mengenai perkara baik dilakukan sudah difikir dengan teliti dan semasak-masaknya.”Buat masa sekarang, inilah keputusan saya (tak bercerita lanjut). Lebih baik untuk tidak terlalu bercerita.

“Saya mohon maaf, jika tidak dapat memberi kerjasama. Apapun, saya sentiasa bersikap terbuka menjalin kerjasama lain dengan media,” katanya. Sebelum ini, Noorkhiriah dikata sering berhadapan kritikan daripada segelintir warganet yang menulis komen negatif pada setiap hantaran dimuat naiknya di Instagram.

Malah, ada segelintir warganet yang sanggup meninggalkan komen berbaur mak1 hamvn dan kata-kata kesat pada hantaran dibuat Noorkhiriah.Bagi ibu tiga anak ini, luahannya di Instagram itu sudah berpada-pada.Ujarnya, tidak ada apa yang perlu dibicara atau komen dengan panjang lebar lagi di media.


Nak Sangat Pakai Tudung Tapi Takut Tak Dapat Job. NoorKhiriah Imbas Kenangan Ketika Hendak Bertudung. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Dia Pernah Terfikir.

Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia pernah memberitahu seseorang yang dia bimbang untuk mula-mula berhijab kerana takut hilang pekerjaan dan kerjayanya sebagai pelakon. Menurut Noorkhiriah ketika 10 tahun lalu, dia seperti tidak yakin dengan rezeki Allah.

Pelakon Nur itu mendedahkan mesej pesanan ringkas mengenai kembimbangannya itu di akaun Instagram miliknya. “Nak berair ari mata rasanya, Nor (nama panggilannya) nak sangat dah bertudung sebenarnya cuma takut tak ada rezeki lepas ni. Nor tak yakin,” tulisnya 10 tahun lalu.

Norkhiriah menerusi entri tersebut turut memberi tahu akhirnya dia etap dengan keputusan untuk bertudung tanpa berfikir panjang. “MasyaAllah dia simpan lagi mesej ni. Sembilan atau10 tahun punya mesej. Punyalah takut mula-mula nak berhijab ,ni namanya tak yakin dengan rezeki Allah..

“Akhirnya saya gamble je dik. Allah tutup 1 jalan, 10 jalan Allah buka.. Alhamdulilah hidup sampai sekarang walaupun dalam poket ada RM10..Salam Maal Hijrah…,” katanya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terinsipirasi dengan kisahnya berhijrah.
Noorkhiriah merupakan pelakon yang banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999.

Noorkhiriah dengar, ikut arahan

DI kala segelintir penggiat seni tanah air gusar kerana pendapatan terjejas berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan dilanjutkan lagi, pelakon Noorkhiriah pula positif. Noorkhiriah, 44, yang pernah dikritik sebelum ini berkata pada masa sekarang dia selesa memantau dan akur dengan pengumuman dibuat pihak pemerintah.

Ujarnya, dalam situasi penularan wabak Covid-19 yang belum nampak penghujungnya, lebih baik dengar dan ikut apa disarankan kerajaan. “Dalam keadaan sekarang, bagi saya tahap kesihatan dan keselamatan diri lebih penting memandangkan ada keluarga serta anak pun masih kecil.

“Apatah lagi, pemberi rezeki adalah Allah. Oleh itu, buat masa sekarang haruslah banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya buat kita semua. “Bahkan, semoga Allah memberi kesembuhan dengan segera supaya kita dapat kembali dengan kehidupan yang lebih baik selepas ini,” katanya.


loading...


Berbicara mengenai aktiviti lakonannya, nama Noorkhiriah kembali menjadi perhatian selepas membintangi drama Nur dan Nur 2 di TV3 dengan watak Aishah. Bergabung dengan Azhan Rani dalam drama itu untuk watak antagonis sebagai ‘penunggang agama’, kedua-dua figura ini berjaya menarik perhatian.

“Untuk kerjaya lakonan, Alhamdulillah masih lagi dapat tawaran. Cuma, memandangkan sekarang tempoh PKP semuanya ditangguh lagi. “Saya akan tunggu tarikh baru untuk penggambaran. Tetapi, untuk Ramadan pula memang semua aktiviti lakonan saya hentikan seketika. “Lagi pun, saya sudah terbiasa tak berlakon sepanjang bulan puasa kerana memberi tumpuan pada pengurusan keluarga dan beribadat,” katanya.

Sehubungan itu, Noorkhiriah berkata dia mengharapkan semua rakyat di negara ini bersabar dalam berhadapan dugaan besar berkaitan krisis Covid-19 ini. Ujarnya, dia juga berterima kasih dengan kerajaan yang begitu berusaha membantu rakyat menerusi pengumuman rangsangan ekonomi dibuat.

‘Terima kasih ingatkan saya’ – Noorkhiriah

PELAKON Noorkhiriah berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram yang menegur mengenai bahaya wabak Covid-19. Noorkhiriah, 44, berkata, dia sedar khilaf diri yang kurang faham mengenai cara penularan wabak itu pada mulanya.

Pada 16 Mac lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, Noorkhiriah memuat naik hantaran di Instagram mengajak masyarakat menyertai majlis ilmu dan tindakannya itu dikritik hebat warganet.

Kebanyakannya menasihatkan Noorkhiriah mengenai bahaya Covid-19 dan melupakan hasrat untuk menghadiri majlis ilmu yang menghimpunkan ramai orang itu. “Apa yang berlaku di antara saya dengan segelintir pengikut ketika itu silapnya daripada saya juga. Memang pada mula saya kurang pemahaman berkaitan wabak Covid-19.

Alhamdulillah sekarang saya makin faham dan jelas dengan bahayanya. Terima kasih di atas ingatan kesedaran diberikan dan saya mohon maaf juga pada anda semua,” katanya. Menurut Noorkhiriah, melihat kepada situasi penularan wabak berkenaan ketika ini, dia mengakui sangat bimbang dengan apa yang berlaku.

Katanya, teruskan duduk di rumah sepanjang tempoh PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu dan kini dilanjutkan sehingga 14 April. Menurutnya, banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan memberi kesembuhan supaya dapat kembali dengan kehidupan yang lebih baik selepas ini. Noorkhiriah berkata, apa saja saranan daripada kerajaan harus dilihat secara positif demi kesihatan dan keselamatan kita semua.

Noorkhiriah begitu suka dengan watak Aishah yang dipegangnya dalam Nur serta menggayakan busana rekaan @hashtagsrihartamas

Noorkhiriah tak dapat lupakan Aishah

KUALA LUMPUR: Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie mengakui, sepanjang dua dekad berlakon, watak Aishah yang dibawanya dalam drama rantaian, Nur dan Nur 2 begitu membekas di hatinya. Noorkhiriah, 43, berkata, meskipun dikritik dan dibnci penonton, kesabaran Aishah sebagai isteri yang sanggup mempertahankan suaminya yang menjadi pennggang agama begitu menyntak emosinya.

“Setiap wanita yang melalui kehidupan berumah tangga pasti memahami perg00lakan dalam diri Aishah. Hakikatnya, apa yang berlaku dalam kehidupan Aishah turut dilalui wanita lain di alam realiti.“Dalam membnci, kita sebenarnya kasihan dengan Aishah yang membvta-tuli setia dan terlalu mempercayai suaminya, Ustaz Hamadi (lakonan Azhan Rani). Dia seperti mendapat kifarah atas perbuatannya dahulu yang memandang rendah terhadap, Nur (Amyra Rosli),” katanya.

Ibu kepada tiga anak itu mengakui, dia sangat berterima kasih kepada pengarah drama itu, Shahrulezad Mohameddin kerana berani mencabarnya untuk memikul watak yang membawanya keluar dari zon selesa.“Tidak semua pengarah berani melwan arus. Dia tahu kemampuan setiap pelakon, tetapi tidak mahu kami terus selesa dengan apa yang pernah diberikan.

“Dia sentiasa mencabar, malah memberi peluang kepada pelakon untuk keluar dari ruang selesa. Saya akui, watak Aishah ini ‘sesuatu’, malah saya sebak apabila Nur 2 tamat tayangannya, minggu lalu.“Sebagai pelakon, kami sudah berusaha memberikan persembahan yang baik dan mantap. Harapan saya, mana yang baik mesejnya diambil positif dan sebaliknya, jadikan sebagai sempadan dalam hidup kita,” katanya.-bh

Si comel Nur penuhi impian Noorkhiriah

KUALA LUMPUR: Sudah lama pelakon Noorkhiriah teringin memiliki cahaya mata perempuan malah rela mengambil anak angkat agar hasrat itu dipenuhi.Akhirnya, impian pelakon Nur itu termakbul, November lalu, apabila Noorkhiriah mengambil anak angkat perempuan yang diberi nama sama dengan drama rantaian popular itu.

Malah, foto dirinya bersama anak comel itu pernah dikongsi di Instagram, sebulan selepas proses pengambilan anak angkat yang kini berusia dua bulan itu, disempurnakan.Namun, ketika itu, Noorkhiriah belum bersedia berkongsi berita gembira sehinggalah mendapat keizinan suami.

“Alhamdulillah, akhirnya keinginan mendapat anak perempuan dipermudahkan.“Jika diikutkan, memang sudah lama teringin hendak memiliki anak perempuan. Kalau rezeki tak menyebelahi untuk hamil sekalipun, kalau dapat anak angkat, saya tak kisah,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Noorkhiriah pernah menyuarakan hasrat teringin anak perempuan kepada BH Online.Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 13 tahun lalu. Mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah, 10, dan Muhammad Yusoff, 8.

Bercerita mengenai si comel, Nur, Noorkhiriah berkata, bayi itu diperkenalkan seorang teman sebaik dilahirkan, November lalu.“Sahabat saya beritahu ada anak angkat yang memerlukan penjaga. Selepas mendapat persetujuan suami, kami

mengusahakan proses pengambilannya.“Semuanya berlaku tanpa dirancang rapi, namun dipermudahkan. Kami menjaga Nur sejak dilahirkan pada 10 November lalu,” katanya.Noorkhiriah berkata, ketika mula menerima Nur dalam hidupnya, dia tidak pernah terfikir soal seperti siapa yang akan menguruskan si kecil itu jika dirinya sibuk di lokasi.

“Hal itu nanti biar Allah tentukan saja… Saya reda. Setakat ini, semuanya lancar,” katanya.Mengenai pemilihan nama Nur, Noorkhiriah mengaku mendapat inspirasi daripada drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin yang dilakonkannya.

“Saya malas fikir panjang cukup saja nama Nur. Kalau nak letak nama lain selepas Nur, panjang berjela pula nanti.“Tapi kalau saya nak rasa lain sikit, boleh panggil dia Cahaya yang sama maksud dengan Nur,” katanya yang sibuk berada di di lokasi penggambaran drama Nur 2.Tambah Noorkhiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, dua anak lelakinya cukup mengalu-alukan kehadiran Nur.“Kami sekeluarga sudah anggap Nur macam drah daging sendiri,” katanya.-bh

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم