Gelombang kedua banjir dijangka bakal berlaku. Agong beri pesanan awal pada agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua agensi kerajaan berkaitan dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak leka serta bertindak proaktif dalam memastikan persediaan menghadapi kedua banjir pada tahap terbaik.

Gelombang kedua banjir dijangka bakal berlaku. Agong beri pesanan awal pada agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah nasihat Seri Paduka itu susulan amaran tahap waspada atau kuning iaitu hujan berterusan yang dijangka dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Januari oleh Jabatan Meteorologi.

ARTIKEL MENARIK:Hasil Kajian Pemansuhan Hukuman Mati Akan Dibentangkan




“Menzahirkan keprihatinan tinggi Baginda terhadap kemaslahatan rakyat, Seri Paduka menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana-bencana banjir sebelum ini untuk membaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya segala urusan pasca banjir.

“Sehubungan itu, Seri Paduka menasihati agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak leka dan proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan penyelarasan pengurusan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di tahap terbaik.

“Seri Paduka menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa menerusi persediaan awal dengan disusuli tindakan terancang, operasi-operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, khususnya mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi dan juga pedalaman, dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah menasihatkan rakyat khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku episod banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan.

“Seri Paduka  turut menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir, juga peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada sekiranya paras air naik secara mendadak akibat hujan lebat yang berterusan.

“Ini termasuk mematuhi semua arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sekiranya dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan diri dan ahli keluarga tersayang,” katanya.

Katanya lagi, Seri Paduka turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku ini tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana. Sumber: UTUSAN ONLINE 

Agong Beri Pesanan Menerusi Tiga Rangkap Pantun Menarik Perhatian Ahli Parlimen.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menarik perhatian ahli-ahli Parlimen apabila baginda mengakhiri titah dengan tiga rangkap pantun.

“Izinkan beta untuk mengakhiri titah ini menerusi tiga buah rangkap pantun sebagai pesanan tulus ikhlas beta buat ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.


Dari Segamat ke Kota Tinggi,
Hajat mulanya ke Kuala Pahang;
Kepada Yang Berhormat ikhlaslah berbakti,
Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.

Kalau memandang langit yang tinggi,
Jangan lupa rumput di bawah;
Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati,
Martabatkan negara kembali bermaruah.

Rempah halia digaul diuli,
Buat ramuan nasi kebuli;
Sumpah setia ketaatan diberi,
Pertahankan negara dan ibu pertiwi.

Sebelum itu, baginda bertitah setelah lebih setahun berlalu, negara masih lagi belum bebas sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.

Titah baginda, negara dan rakyat telah terlalu lama dibelenggu dengan masa hadapan yang kelam, bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemurungan ekonomi.

Menurut baginda, terlalu ramai rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik itu dan terlalu ramai juga rakyat yang telah kehilangan sumber rezeki.

“Ratusan pucuk surat telah beta terima dari rakyat beta yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menasihatkan semua ahli Parlimen supaya jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.

“Justeru; beta menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 serta membawa kembali sinar kepada rakyat beta dan negara tanah tumpahnya darah kita.

“Semoga Malaysia serta rakyat yang beta kasihi akan terus diberkati dan dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan taufik dan hidayah; aman sentosa serta hidup bersatu padu di bawah lindungan-Nya,” titah baginda. 

Sumber: – Harakahdaily.


loading...


YDP Agong Dan Pemaisuri Naik Sampan Untuk Menzahirkan Keprihatinan Tinjau Keadaan Banjir Di Pahang.

Menzahirkan keprihatinan terhadap orang yang terlibat dengan banjir, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan meninjau keadaan banjir di Kampung Acheh, Pekan, Pahang pagi ini. Baginda berdua yang meninjau dengan sampan, turut berkenan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Acheh dan Balai Raya Kampung Acheh, selain meluangkan masa menyantuni orang yang terlibat dengan banjir di PPS berkenaan. Dalam lawatan itu, baginda berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mngsa banjir bagi meringankan beban yang ditanggung akibat ben.cana banjir.


“Baginda berdua dijadualkan meneruskan lawatan ke beberapa kampung di sekitar Pekan, Pahang yang telah dilanda ben.cana banjir,” kata kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook Istana Negara, hari ini. Turut mengiringi ialah anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Jihan Azizah. Keberangkatan baginda berdua mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi baginda terhadap orang yang terlibat dengan banjir yang memerlukan bantuan.



Baginda berdua turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan. Sumber dipetik dari mykmu, Facebook Istana Negara

Agong Pandu Kereta Sendiri Turun Padang Untuk Melihat Rakyat Yang Terlibat Dengan Banjir. Sekali Rupanya Ada Dua Orang Sedang Berdiri Di Belakang Kereta Agong Dan Rupanya Ini Puncanya.

Musim Monsun Timur Laut yang kini sedang negara kita menyebabkan enam negeri dilanda banjir iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak. Dengan sifat yang sentiasa prihatin terhadap rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memandu sendiri meredah banjlr di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Menyeru pihak berkuasa untuk terus hulurkan bantuan

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Bagina Raja Permaisuri Agong bekenan mengadakan lawatan yang mengejut ke kawasan banjir iaitu daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mngsa-mngsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran. Turut berangkat bersama merupakan YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.


Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar semua mangsa banjlr tabah mengharvngi dvgaan dan muslbah yang menlmpa mereka serta menyeru pihak berkuasa supaya terus menghulurkan bantuan kepada mngsa banjlr di negeri yang terjej4s, khususnya pihak Agensi Pengurusan Benc4na Negara (NADMA).

Dengan penul4ran pandemlk C0vld-19 dan kenaikan k3s posltif yang menddak di negara ini, Seri Paduka Baginda menitahkan supaya norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dapat diterapkan walaupun dalam operasi menyelamat mngsa banjlr.

Yang di-Pertuan Agong, katanya turut berkenan meluangkan masa bersama mngsa banjlr dan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban serta menyeru seluruh rkyat bersama baginda mendoakan agar benc4na banjlr tidak akan berpanjangan. Dalam pada itu, Tuanku Azizah melahirkan penghargaan kepada pihak Polis yang sentiasa menjaga keselamatan baginda berdua.

“Sewaktu memandu, rupanya ada p0lis di atas Hilux …… tabik kpd p0lis yg sentiasa menjaga kami berdua!” tulis Tuanku Azizah di akaun ig rasmi milik baginda Dalam pada itu menurut seorang warganet, tindakan p0lis bergayut di atas Hilux membuatkan kenderaan menjadi lebih berat dan mengurangkan penolakan air

Sempat ‘singgah’ kurniakan sumbangan kepada pemandu lori

Dalam perkongsian itu juga ada menyatakan Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dalam perjalanan menuju ke Maran, berkesempatan berhenti menuruni kenderaan rasmi baginda untuk kurniakan sumbangan kepada pemandu-pemandu lori. Pemandu-pemandu lori itu terkndas aklbat kenaikan banjlr di Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur. Daulat Tuanku

Ruangan komen turut dib4njlri dengan pujian oleh rkyat kerana sangat prihatin akan nasib rkyat dan sanggup turun padang mered4h banjlr untuk menlnjau serta kurniakan bantuan kepada rkyat yang dilnda benc4na banjlr.

“Bangunan Kelas Saya Belajar Hanya Nampak…” – Siti Nurhaliza Sayv Tengok Keadaan Banjlr Di Pahang

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sedlh apabila melihat keadaan bnjlr burvk yang berlaku di negeri kelahirannya, Pahang. Lebih mervntun hati, kata beliau apabila sekolah yang pernah menjadi tempatnya menlmba ilmu turut ditengg4lami banjlr.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Lipis, Pahang yang hanya menmpakkan bahagian atap sahaja.

“Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjlr, namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mngsa banjlr. Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya, Allah!” luahnya.
Pada masa sama, katanya, dia turut menyeru mana-mana pihak yang sudi untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi merlngan beb4n mereka yang terkes4n akibat banjir bruk. Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak follower, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa sahaja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah aklbat benc4na banjlr,” katanya yang turut berkongsi semula hantaran Instagram daripada pengurusnya, Rozi Abdul Razak. Rozi yang juga merupakan Naib Yang DiPertua, alumni Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford (LOCA) turut menzahirkan rasa sedlh dengan apa yang berlaku.

“Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khaz4nah-khaz4nah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada gal4ng ganti, hampir tenggel4m sepenuhnya. Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja,” katanya.
Sehingga kini, jumlah mngsa bnjlr di Pahang meningkat kepada 17,104 orang yang ditempatkan di 242 pusat pemindahan sementara.

Sumber: trendingsangat Via rentasasia 

viaEra Kini

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم