KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Pemansuhan Hukuman Mati dijangka membentangkan hasil kajian mereka tidak lama lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata hasil kajian itu akan diserahkan kepada beliau dengan kadar segera sebelum dibentangkan ke Kabinet.
ARTIKEL MENARIK: Data Terbaru Tunjuk Lokasi Sebenar MH370 Terhempas Di Hutan, Lokasinya Tidak Jauh Dari Malaysia
“Jawatankuasa ini diminta melihat isu berkenaan daripada beberapa aspek, dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.
“Satu perkara kritikal dinilai jawatankuasa berkenaan adalah keberkesanan hukuman mati sebagai usaha pencegahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 2019 untuk mendapatkan respons orang ramai terhadap cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori serta meneliti akibat kesan pembatalan hukuman itu.
“Wujud gesaan berulang supaya hukuman mati ini dimansuhkan.
“Sebagai Menteri, peranan saya adalah untuk menilai keberkesanan hukuman ini sebagai pencegahan. Kita mesti mengkaji perkara ini dengan teliti sebelum membuat keputusan,” katanya.
Dalam masa yang sama, katanya, perlu dilihat keberkesanan aspek pemulihan banduan, jika boleh, langkah itu menjadi pilihan yang lebih baik, dan demi kepentingan masyarakat yang lebih besar,” katanya.
Wan Junaidi menjelaskan pemansuhan hukuman itu selaras dengan aspirasi kerajaan bagi memulihkan penjenayah, seterusnya membolehkan mereka kembali ke dalam komuniti masing-masing sebagai ahli masyarakat yang berguna.
“Jika mereka sudah menghabiskan masa mereka dipenjarakan dan membayar kesalahan mereka, menunjukkan penyesalan yang tulus terhadap apa yang mereka lakukan dan sudah dipulihkan sepenuhnya, maka tidak sepatutnya kita menutup pintu pada mereka,” katanya.
Rang undang-undang meminda undang-undang mengenai pemansuhan hukuman mati, serta undang-undang lain yang berkaitan, dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang suku ketiga 2022.
Kredit -BHonline via
إرسال تعليق